PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Tuesday, 17 July 2012

KENAPA SUSAH NAK BERTERAWIH ?



Ramadhan bakal menjelma , Insya Allah kalau ada rezeki kita akan jumpa Ramadhan pada hari sabtu ini , jadi bermulanya malam sebelum hari Sabtu itu kita semua pergi beribadat . Solat terawih. Kalau nak diingatkan semula tentang solat terawih ni , banyak . Dulu masa kecil-kecil , aku selalu sangat pergi solat terawih . Mungkin hati kotor dah time dewasa ni , ada yang pergi ada yang tak . Tapi aku cuba untuk elak untuk menjadi seperti itu . Tipulah kalau aku katakan yang aku tak pernah tinggalkan solat terawih pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya .

Baiklah itu pengakuan jujurku dn aku harap aku berupaya nak sedarkan diri aku sendiri dalam hal-hal yang sebegini pada masa akan datng. Insya Allah . Entry ini sebenarnya nak kisah tentang solat terawih lah , kat sini ku nak senaraikan kenapa solat terawih kita yang kita rancangkan kadang-kadang tak jadi =p

1. PERUT BOROI SANGAT



Al maklumlah baru selesai menikmati juadah berbuka puasa , mak pulak ada masak makanan kegemaran kita . Sebelum tu kita dah jamah macam-macam kuih-muih yang kita beli di bazar ramadhan. Masya Allah , macam-macam dugaan . Itu belum syaitan ada lagi nak datang hasut , kalau ada entah satu lori penuh bawa makanan balik rumah .

Mula-mula minum air , makan kuih , murtabak . Minum air . Makan nasi . Tambah nasi . Minum air . Makan buah . Ishh tak berhenti makannya , mana tak boroi perut tu  , kita digalakkan makan sederhana . Cuba lah kita ingat tentang saudara mara islam kita di bumi Palestin tu , lagi teruk , nayo jo .

Maghrib pun kadang-kadang lambat disebabkan perut yang memboroi ni , kadang-kadang nak masuk Isyak barulah sembahnyang . That's why lah boleh tak pergi terawih sebab rasa mengantuk lepas tu , huarghhh , time to sleep (for that time) . Tapi bila habis je waktu terawih (contoh macam pukul 10 malam) , terus jadi sugar bugar dan lapar sekali lagi . Okay , situasi ini untuk orang yang kuat makan je , macam aku . Haha .

2. SAKIT PERUT



Ini sama je macam perkara di atas , cuma aku nak tambahkan sikit lah dalam hal ini . Kalau perut boroi mungkin kita makan banyak , dan kalau sakit perut mungkin kita makan banyak ATAU makan makanan yang dah basi . Kadang-kadang kalau orang bujang ni main tibai je beli apa-apa pun makanan , asal sedap dalam padangan mereka untuk berbuka puasa . Kalau nak diingatkan semula dulu aku pernah keracunan makanan sebab makan ayam golek tepi jalan . Urghhh separuh nyawa dah aku masa tu .

Tapu perkara yang macam ni lah buat kita beringat tentang diri kita , lain kali pastikan kebersihan sesuatu makanan sebelum beli . Kalau nak jadi jugak tu tak boleh nak tahan lah kan ? Apa kata bulan puasa tahun ni , ramai-ramai masak sendiri je kat rumah , walaupun tak sedap kita yang tentukan dan lihat sendiri apa yang kita masak =D .

3. MALAS 


Penyakit yang tak boleh blah , kalau ini berlaku memang nak kena makan selipar lah . Tengok gambar kat atas pun rasa nak bagi kaki je kat Garfield tu , dasar pemalas! Haha . Perangai ini memang susah nak hindar , ia terjadi kat sesiapa je yang nak jadi . Kalau dah spesis malas tu memanglah pemalas . Susah nak jadi rajin kecuali dengan azam dan iltizam yang sangat kuat untuk diri sendiri . Adui , macam cakap kat cermin je aku ni .=p


Sampai di sini sahaja entry kali ini , banyak-banyak takut terbabas dan loya buat pembaca . Bye !


3 comments:

Unknown said...

kengkadang..termalas..dek kerana keboroian kekenyangan...tamak sunggoh sy time berbuka..
moga pengisian ramadhan kali ni lebih bermakna

Lyaa Suriany said...

kdg2 mls mengatasi
heehehe
setan dah kena ikat pun , still mls

Unknown said...

yumida : ya , buat azam baru , hih3.
lyaa : haha sebab lebih malas dri syaitan .

++++-----++++