PenCinTA TegaR
SIMPANAN UNTUK PTPTN
My BLOG Too...(R.I.P)
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Tuesday, 17 July 2012
KENAPA SUSAH NAK BERTERAWIH ?
Ramadhan bakal menjelma , Insya Allah kalau ada rezeki kita akan jumpa Ramadhan pada hari sabtu ini , jadi bermulanya malam sebelum hari Sabtu itu kita semua pergi beribadat . Solat terawih. Kalau nak diingatkan semula tentang solat terawih ni , banyak . Dulu masa kecil-kecil , aku selalu sangat pergi solat terawih . Mungkin hati kotor dah time dewasa ni , ada yang pergi ada yang tak . Tapi aku cuba untuk elak untuk menjadi seperti itu . Tipulah kalau aku katakan yang aku tak pernah tinggalkan solat terawih pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya .
Baiklah itu pengakuan jujurku dn aku harap aku berupaya nak sedarkan diri aku sendiri dalam hal-hal yang sebegini pada masa akan datng. Insya Allah . Entry ini sebenarnya nak kisah tentang solat terawih lah , kat sini ku nak senaraikan kenapa solat terawih kita yang kita rancangkan kadang-kadang tak jadi =p
1. PERUT BOROI SANGAT
Al maklumlah baru selesai menikmati juadah berbuka puasa , mak pulak ada masak makanan kegemaran kita . Sebelum tu kita dah jamah macam-macam kuih-muih yang kita beli di bazar ramadhan. Masya Allah , macam-macam dugaan . Itu belum syaitan ada lagi nak datang hasut , kalau ada entah satu lori penuh bawa makanan balik rumah .
Mula-mula minum air , makan kuih , murtabak . Minum air . Makan nasi . Tambah nasi . Minum air . Makan buah . Ishh tak berhenti makannya , mana tak boroi perut tu , kita digalakkan makan sederhana . Cuba lah kita ingat tentang saudara mara islam kita di bumi Palestin tu , lagi teruk , nayo jo .
Maghrib pun kadang-kadang lambat disebabkan perut yang memboroi ni , kadang-kadang nak masuk Isyak barulah sembahnyang . That's why lah boleh tak pergi terawih sebab rasa mengantuk lepas tu , huarghhh , time to sleep (for that time) . Tapi bila habis je waktu terawih (contoh macam pukul 10 malam) , terus jadi sugar bugar dan lapar sekali lagi . Okay , situasi ini untuk orang yang kuat makan je , macam aku . Haha .
2. SAKIT PERUT
Ini sama je macam perkara di atas , cuma aku nak tambahkan sikit lah dalam hal ini . Kalau perut boroi mungkin kita makan banyak , dan kalau sakit perut mungkin kita makan banyak ATAU makan makanan yang dah basi . Kadang-kadang kalau orang bujang ni main tibai je beli apa-apa pun makanan , asal sedap dalam padangan mereka untuk berbuka puasa . Kalau nak diingatkan semula dulu aku pernah keracunan makanan sebab makan ayam golek tepi jalan . Urghhh separuh nyawa dah aku masa tu .
Tapu perkara yang macam ni lah buat kita beringat tentang diri kita , lain kali pastikan kebersihan sesuatu makanan sebelum beli . Kalau nak jadi jugak tu tak boleh nak tahan lah kan ? Apa kata bulan puasa tahun ni , ramai-ramai masak sendiri je kat rumah , walaupun tak sedap kita yang tentukan dan lihat sendiri apa yang kita masak =D .
3. MALAS
Penyakit yang tak boleh blah , kalau ini berlaku memang nak kena makan selipar lah . Tengok gambar kat atas pun rasa nak bagi kaki je kat Garfield tu , dasar pemalas! Haha . Perangai ini memang susah nak hindar , ia terjadi kat sesiapa je yang nak jadi . Kalau dah spesis malas tu memanglah pemalas . Susah nak jadi rajin kecuali dengan azam dan iltizam yang sangat kuat untuk diri sendiri . Adui , macam cakap kat cermin je aku ni .=p
Sampai di sini sahaja entry kali ini , banyak-banyak takut terbabas dan loya buat pembaca . Bye !
Subscribe to:
Posts (Atom)



