PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Tuesday, 29 January 2013

MISI MENABUNG

2013 dah menjelma 28 hari , baru kini aku nak mencoret apa yang tersarang dalam fikiran aku . Tahun ini aku macam lebih nak berusaha untuk menulis dalam blog ini , ishh kadang-kadang rasa seperti Azam Tahi Ayam je . Mana taknya , bila dah lama tak buat entry mula lah beritahu semua orang kononnya nak menulis sangat , tapi habuk pon tarak . Sebulan satu dua entry sahaja yang keluar . Aiyoo . Dulu lainlah , hidup-hidup blogger sentiasa dihujani dengan pelawat yang sempoi-sempoi dan semuanya friendly .

Terkenang semula dunia blogger dulu-dulu , dah dua tahun dah . Baiklah tak mahu mengenangkan kisah lama  lagi . Entry kali ini mungkin semuanya berkaitan dengan aku , yang tentang emo-emo semua dah tiada ye ? Maybe kot... hurmm =(

Menabung . Satu jalan yang ada untuk orang yang tiada duit . Bukan maksud aku tiada duit langsung tapi tiada duit yang cukup untuk dibelanjakan . Duit tabung ini adalah anugerah . Kenapa aku mengatakan begitu ? Hishh , sebab ini adalah pengalaman . Masa aku sekolah rendah aku pernah menabung , 50 sen setiap hari . Bila dikumpul-kumpul selama 3 bulan dapatlah RM150++ . Perghh , banyaklah tu bagi pelajar sekolah rendah . Duit itu pula aku simpan dalam bank , wah bahagianya hidup aku . =)




Sekolah rendah pun aku menabung juga , tapi tak lama sangat . Menabung pun sebab niat nak beli MP3 player . Wah bahagia gila masa tu ada dapat MP3 Player , kalau pelajar sekolah sekarang entah apa dah diorang ada , Samsung Tab , Samsung S lah dan macam-macam lagi lah . Gila ! Bila dah dapat duit untuk beli MP3 Player itu terus aku keluar ke bandar , time tu hari sabtu . Hari outing untuk pelajar asrama . Wah mahal gila gua cakap sama korang harga MP3 Player tu , kalau sekarang mungkin bawah RM50 je dah . Azam menbeli MP3 player berhasil dan harga yang cukup untuk membawanya ulang ialah RM100 . Sedangkan sekarang aku dah tak tahu MP3 itu pergi ke mana . Haishh !

 Baiklah bila dah masuk universiti amalan menabung sudah dilupakan . Duit yang aku kumpul sampai beribu-riban dulu dah habis . Ye, dah habis . Selama setahun lebih berada dalam pengajian ketika diploma duit yang aku simpan dah habis . Perghhh duit PTPTN dah dapat , tapi sebab baru rasa bebas tiada orang yang boleh mengawal sikap aku yang membazir ini . Macam-macamlah aku beli dulu , kalau tanya member rapat-rapat aku confirm diorang akan katakan aku ini pembeli henset yang TAK SETIA .




Semasa zaman diploma , aku dah ada 6 handphone . Satu semester satu handphone . What the ???? Dan semua handphone tu dah ada yang rosak , jual dan macam-macam lagilah . Haiyya ! Sekarang masuk ijazah sarjana muda . Hanya berpegangkan satu prinsip sahaja . Berbelanja apabila mahukan barangan sahaja . Okay muktamad ! Tapi satu kelemahan aku bila pergi kedai buku dan majalah . kalau tak pergi dalam tempoh yang lama , 5,6 majalah akan aku sebat dan harganya mungkin hampir kepada RM50++ . Itu belum dengan novel lagi . Tapi nasib baiklah aku jenis lambat nak membaca buku yang ada tulisan banyak sangat ni . Hehe .

Tahun 2013 aku dah muncul dengan azam baru tapi lambat sampai . Hehe . Tapi usaha itu kan penting ? Aku cuba untuk menabung semula . Kalau nak diikutkan duit-duit yang aku belanjakan dulu mungkin sekarang aku dah boleh kahwin . Hehe , tapi takde lagi calon . Acaner tuh ? Hoho , lupakanlah ...

Okay kita buat pengiraan di sini . Jika setiap hari simpan RM 1.00 , kalau sebulan dapat RM 30.00 . Kalau 3 bulan dapat RM 90.00 . Itu belum kira dengan jumlah yang kadang-kadang terisi dengan tak sengaja . Contohnya ada satu hari itu kita masukkan duit RM 5.00 dalam tabung kita . Hah , mungkin dah RM 100.00++ untuk masa 3 bulan yang mendatang . Aku tak kata yang menabung ini membantu kita untuk membeli Samsung SIII dan Samsung Galaxy Tab 2 atau sebagainya , tapi kita akan merasa bahagia dengan apa yang sedang kita usahakan . =)



Lagipun dengan macam-macam impian dan harapan aku di masa depan , mungkin kita dapat capai apa yang kita hajati suatu hari nanti . Insya Allah , yang penting kita kena bersabar . Aku akui yang kadang-kadang lembab sangat hidup aku ini tapi aku percaya kepada rezeki masing-masing . Kalau ada yang sebaya atau seusia dengan aku dah bekerja dan juga berkahwin tapi rezeki aku belum tiba lagi untuk berbuat demikian . Mungkin satu hari nanti dan mungkin dapat lebih dari apa yang kita impikan sekarang . Baiklah teruskan perjuangan anda =)



P/S : Nak kahwin umur 28 tahun ke atas selepas dah dapat kerja , kereta dan rumah impian . Insya Allah =)


3 comments:

Miss A said...

all the best untuk menuju cita-cita awak! hehe

aDisH.sHidA said...

akak pun nak menabung jugak..menabung untuk jejalan...sehari rm1 pun dah ok kan

arie eiman said...

uyooo..hebt la awak..
tapi bile dah simpan duit tu,, sy selalu je korek tabung tu ambik syiling basuh baju kat dobi..bile dah penuh gatal je tangan nak korek tabung..achano???

++++-----++++