PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Friday 30 August 2013

MERDEKA BERSAMA YANG TERCINTA.



                  Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


       31 Ogos 2013. Buka mata , sambil teringatkan siarang langsung sempena menyambut kemerdekaan semalam . Terpesona . Sudah 56 tahun kita merdeka . Tapi masih dijajah . Haishh , ada lagi . Tapi sekarang siapa yang kisah ? Belum nak kisah lagi selagi Malaysia tak bergolak , puiii .

      Pagi sabtu 31 Ogos 2013. Lengang di atas dataran itu waktu dahulu kini sudah dipenuhi dengan orang ramai yang bergelaran di situ. Peluh-peluh menitik di antara dahi , dagu dan celah ketiak aku tak dapat dibendung lagi . Rasa macam nak lap peluh je , tapi bila tengok awek-awek litar jadi rasa macam cool. Berlagak! Haha .

" Best ke tengok perarakan?"

"Entah , jom laa . "

"Malas aku , tengok kat rumah je pun dah ok"

" Ikut kau la , aku malas nak ajak orang tak patriotik cam kau ni"

" Patriotik tak semestinya pergi perarakan"

"Tapi kalau dok dalam bilik terperap je , ada aku kisah ? Sambil mengaji takpe jugak , ini asyik dok menghayun kepala kat dinding , Black Metak wak lu "

" aaahhh , mampos aku laa"

     Memang berlagak . Abu a.k.a Abuza Black . Abuza Black tu dia gelarkan diri dia , dia kawan aku . Sumpah aku tak nak pun niat nak kenal dia , tapi tetibe wujud dalam hidup aku . Punah hidup aku 3 tahun hidup dengan dia . Munafik lebih. Hahaha . Bajet black metal sedangkan tak sedar dia tu slave je sebenarnya . Slave Allah S.W.T . =)


Nak diikutkan nak pergi perarakan , tapi macam malas lak bila takde member .

Tiba-tiba ..

"Teettt , Tettt , Tettt , Tettt , Tettt"

Bunyi mesej whatsapp masuk dari I phone 8 aku. Korang ada ? Dengki lettew . Haha .


Awek aku. =D


Cuba teka mana awek aku ? (kalau taktahu memang sah lah korang main terjah je)


MEREKA , MERDEKA , MERDEKA 


"Alamak , pukul 10 dah ke ? Alahai nak pergi perarakan apa kalau macam ni , Hehehe , takpe laa awek aku dah mesej bagi gambar-gambar dia di dataran merdeka membuatkan hati aku gembira .

Daripada melayan Abuza Black yang Black Metal kolot tu , baik aku layan kecomelan gambar gadis memakai baju hitam berebalang oren tu . heee . 

"thanks u awak" 

"welkem , nanti update dalam blog awak ye?"

" heee , okay sayang.."

"Heeeeeee..terima kaseh awak"

"Sama-sama,take care"




TAMAT.



Pesanan Cap Jari kaki : SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA KU                                               GEMILANG. =)


Saturday 17 August 2013

3 JENIS KUDA DALAM DIRI MANUSIA



Manusia ada tiga jenis ; kuda ladang , kuda lumba dan kuda sarkas . Ini aku ambil status daripada member aku d BBM . Aku tak tahu la dia sedang baca ke tak , tapi aku rasa tak , sebab member-member rapat aku tak beritahu pun link url nya walaupun mereka tahu aku blogger . Ceh blogger apa ? Blogger hampas ! Nak tulis entry takde konsisten langsung . Time ada mood je bolehnye , takpon tengah-tengah memang mood kosong boleh la nak melalut what ever di dalam blog ini . Okay cukup mukadimah mengarut !


Aku masih keliru lagi apa maksud status dia ni . Kuda ladang , kuda lumba dan kuda kursus . Manusia ni ada sama jenis dengan kuda ke ? okay , kalau korang fikirkan pasal nafsu kuda tu mungkin betula la jugak , kalau tak , takkan la ada kes rogol tiap-tiap hari kan ? Hemmm , okay tutup cerita lucah tersebut .

Kalau kata sifat kuda tu sesetengah orang je la , ada juga macam anjing , platipus , gajah dan khinzir. Itu memang tidak dinafikan . Tapi kepada pembaca blog sekalian , korang ialah manusia yang terpuji . hehehe , pandai mujuk nohhh.


Baiklah kita pergi ke satu-satu jenis kuda yang dia maksudkan tadi . Kuda ladang ? hemmm mungkin manusia ni yang suka duduk rumah je kot , tapi kalau pembaca sekalian ada pandangan dan cadangan cuba kongsi dengan aku , mungkin nanti aku boleh perjelaskan lagi . =)
Manusia yang aku rasa ikut je apa-apa rules kat atas muka bumi ataupun dinamakan Macai . Opsss , nanti ada yang salah sangka lak . macai tak semestinye merujuk kepada prokerajaan. Maaf ye sesiapa yang terasa. Manusia jenis kuda ladang ni mungkin manusia yang hanya mengikut apa yang perlu dilakukan dengan penuh tersusun . Kalau hari tu dia kena pergi kerja , kerja je la dia . Kalau hari tu kena menebas rumput tepi rumah , menebas je laa die .

ENTRY MENGARUT ? Okay , fine korang berhak nak nafikan perkara di atas . hehe .


Okay jenis kedua ialah kuda lumba , yang ni aku rasa agak bagus laa tapi penuh egois . Yang ni kejarkan kemewahan , harta dan segalanya laa . Mereka kalau bekerja akan buat sungguh-sungguh (okay itu bagus) , tapi kalau ada niat di sebalik tu macam mana ? Korang pernah liha kuda berlumba tak ? Untuk apa tu ? Untuk menang kan ? Sama la seperti manusia yang jenis ni juga , jenis nak dapatkan kepentingan yang tersendiri sahaja . Tapi apa-apa pun manusia jenis ni ialah manusia yang penuh semangat dan keringat .

ENTRY MENGARUT ? Errr, okay ... sekali lagi .



Jenis ketiga ialah juda sarkas . Bila kita ke sarkas orang akan terhibur . Orang akan ketawa . Gelak-gelak itu memang wajib , betul tak ? Manusia jenis ini bagi aku mungkin jenis yang tak kisah diketawakan , sebab dia ni jenis penghibur , macam pelawak kat Malaysia ni lah . Bagi mereka diorang hanya untuk digelak . Walaupun ada mesej-mesej yang cuba disampaikan tapi dah nama pelawak memang orang tak fikir apa dah . Mungkin kalau buat agak lawak cerdik , persembahan tak laku . tapi bila buat lawak lucah...euuwwwww penuh dengan orang suka dan gelak . Semacam macam tu laa .

Bukan nak target kat pelawak je tapi tuju juga kepada sesiapa yang berkenan . Contohnya dalam satu kumpulan kawan-kawan , akan ada seoarang jenis seperti ini , jenis sarkas ini . Sebabnya kerja nya asyik menghibur orang . Dia tak kisah orang nak kata apa kat dia . kalau tak satu sekupumlan itu semstinya bosan dan asyik blur je . Kot.. hehehe .



ENTRY MENGARUT ? Hummm okay , ikutlah nak cakap apa-apa pun , bagi aku ianya best , tapi kalau ada yang rasa entry ini macam cinai , just jujur je . Hehehe . Bye. Ehh , jap tadi terfikir lak , sebab apa member aku tu tak tulis sal haiwan lain ? kenapa kuda ? Korang ada jawapan tak ? Hummmm =o






Thursday 15 August 2013

MASA

           
           Bila berkata tentang masa , orang akan katakan masa itu emas . Masa itu emas . Means that ? Bila kita dapat masa kita boleh jadi kaya dan harta itu boleh dikongsi untuk semua masayarakat di muka bumi ini . Kalau betul masa itu emas , dah ramai fakir miskin yang sudah menjadi kaya . Yang sudah ada kereta mewah dan sebagainya . Masa itu emas , memang ungkapan yang sangat-sangat tak bagi untung kat sesiapa yang tidak memahaminya.






Sebenarnya pemahaman emas itu adalah , masa takkan ditemui semula . okay kita fikir , bila difikirkan semula satu saat yang lalu , apakah yang anda lakukan ? Sedut nafas atau melepaskan nafas ? Walaupun perkara itu kita boleh melakukan beberapa kali namun waktu untuk kita melakukan perkara itu tidak boleh diulang . maksud penulis , jika waktunya 03.05.2013 pada pukul 2:30:45 petang , tentunya masa waktu itu sudah tidak ketemu lagi , yang kita temu adalah pada pukul 2:30:46 petang . Aneh kan ?

Ada yang hairan ke dengan kenyataan penulis ? Dipendekkan cerita macam ni laa , Abu berjalan di atas jambatan di kampungnya pada pukul 3:56 petang . Ali berjalan 3:57 petang . Masakan mereka boleh berjalan bersama-sama di atas jambatan dan melakukan perkara yang sama ? Harap pembaca sekalian faham la hendaknya .



Masa sukar untuk dipusing semula , kalau boleh pun jika anda yang mengubahnya sendiri . kalau ada yang gatal tangan , syok je nak pusing-pusing waktu pukul berapa yang dia nak . Lainlah kalau kita berada di dunia Doraemon . Senang je . Guna alatan-alatan yang tak boleh diterima dek akal tapi boleh diterima dek sains itu . =)

Kadang-kadang kita merasakan masa berlalu sangat cepat . Contohnya keluar dengan awek . Baiklah tak tahu jam mana yang kita tengok , alih-alih dari pukul 8.00 pagi sudah sampai waktunya pukul 5.30 petang . kalau yang sedang bercinta dan pernah bercinta , anda mesti pernah menghadapinya . Kalau yang single jangan kecil hati pulak , tak semestinya orang yang bercinta sahaja . Kalau kita berborak dengan kawan kita , ada banyaknya cerita dan macam-macam lagi lah yang dibualkan tentunya perjalanan jam akan bertambah cepat . Ini kerana kita tidak melihat jam tangan semasa kita bercakap . Kadang-kadang terasa rugi kalau asyik berborak je (bila difikirkan semula) , sebab akan membuang masa sahaja . Apa pandangan anda jika anda sendiri yang membuang masa ? ohhh tentulah rugi .



Masa kan emas , kalau masa itu dibuang , tentunya seperti kita membuang emas . Fuhhh , orang kaya pun taknak buang emas , kalau boleh masa yang ada tu macam-macam lagi perkara yang boleh dilakukan . hehehe , kadang-kadang penulis pun begitu .

Cukuplah dulu kita bercerita tentang masa , mungkin nanti ada bahagian kedua pula untuk membicarakan tentang masa ini . Akhir kata , anggaplah masa itu sebagai emas yang fantasi tapi berharga dalam diri ini =) .
Assalam .


GAMBAR PILIHAN ENTRY KALI INI #01






++++-----++++