PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Friday 14 September 2012

AYAT NAK MINTAK NOMBOR TELEFON AWEK

Hello ! Perempuan adalah seorang bakal wanita . Sukar bagi seorang lelaki untuk mengenali seseorang wanita dan begitu juga sebaliknya . Dalam status IN RELATIONSHIP belum tentu lagi pasangan masing-masing tahu tentang perangai sebenar kita sendiri . Bila dah berkahwin barulah tahu yang lagit tu rendah atau tinggi . Opsss terlalu jauh cerita di atas dengan tajuk entry .

Baiklah , banyak cara sebenarnya nak dapat nombor phone seorang awek yang HOT dan OHSEM . Tapi bagi seorang lelaki yang pemalu macam aku (erghh...sudahlah!) , ada satu cara sahaja nak dapatkan nombor awek yang kita minat . Facebook ! Kalau untung dapat , kalau tak say Goodbye and come to your mama aje lah , LOLS ! Haha .

 Ayat SPONTAN nak dapat nombor  telefon awek !



1. " Eh , nombor awak ke ni dalam phone saya ni , cuba miskol jap "

2. " Awak nak nombor tepon awak , nak bagi polis sebab awak ragut hati saya "

3. " Awak , cuba miskol nombor saya jap , henset saya hilang lah "

4. " Henset awak elok tak ? Pinjam sat , nak tepon henset saya yang jatuh dalam lonkang tadi "

5. " Ni nombor tepon saya , sama tak ? Kalau tak cuba awak tunjuk yang awak punya "

6. " Boleh saya tahu nombor tepon awak daripada tahu umur awak yang nampak macam tua je dah "

7. " Eh , bagi nombor awak , saya takut terlepas bas jap lagi ni . Saya nak gi tandas jap "

8. " Saya macam kenal awak , cuba bagi nombor awak , mana tahu ada nama dalam henset saya ni "

9. " Nombor tepon awak berapa ek ?"
    "Kenapa pulak ni ?"
    " Ayah saya minta, kot-kot awak jadi menantu dia ke ."

10. " Awak........... nak..... nom....bb..bo..r...rrr...., bo...ll..eehh ...t...aaakk??? "


Hah cam ne , ada yang nak ikut semua cara di atas , try aje . tapi aku bukan yang ngajar nie ye , Idea tetibe muncul lak sebab member aku update pasal ni kat FB dia . haha .

Sebenarnya nak nombor awek ni perlukan masa , jangan tiba-tiba je nak terus . Nanti terus tak layan korang langsung , padan muka =p


P/S : Ini nombor saya ... 013-9hvsdgfgdsgbvhjgvvknvjv....... cuba MISKOL .
 

Monday 10 September 2012

SALAH SIAPA BILA CURANG ?

Korang rasa curang tu kejam atau tidak ? Satu pengertian yang membuatkan kadang-kadang manusia ni pening . Curang boleh datang dari pelbagai sudut . Contohnya bila tengok pakwe kita sendiri bermesra dengan awek lain , terasa nak mencabar pakwe tu untuk menjadi cemburu juga seperti yang kita lalui .



Baiklah teruskan dengan entry ini . Curang pula merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam perhubungan cinta-cintun. Tapi apa yang memaksa kita untuk menjadi curang ? Macam-macam .

Lelaki atau perempuan yang lebih curang ? Hurmmm , bergantung dengan diri masing-masing juga sebenarnya . Pondan pun boleh curang dengan pasangannya , apatah lagi lelaki dan perempuan. Ada lelaki mengatakan perempuan lebih curang , kenapa begitu ? Mungkin mereka putus cinta sebab awek mereka curang .

Dan jika perempuan pula kata pakwenya curang dengannya  , ini menunjukkan pengalaman mereka sendiri mendidik mereka mengatakan begitu . Jangan lah kita bersikap begitu kerana hukum karma mungkin terjadi kepada diri kita satu hari nanti . Hukum karma tidak akan lari dari hidup kita . Contohnya kalau kita gelak kepada orang bila orang itu jatuh dalam longkang , mungkin satu hari nanti selepas 3 tahun ke , 50 tahun ke akan terkena kepada kita semula . Mungkin tak jatuh longkang , tapi mungkin kita akan diketakawakan oleh rakan kita yang jatuh longkang sebelum ini =)


Jagalah perhubungan kita sendiri . Perempuan biasanya suka menceritakan masalah mereka kepada seorang rakan lelaki yang rapat kepadanya . Dan dalam sedar ataupun tak sedar , mereka akan menjadi lebih rapat . Perempuan lebih suka diberi perhatian . Jika ada perhubungan jarak jauh yang memerlukan komitmen , sukar untuk kita bayangkan .

Perempuan mudah cair , Itu adalah berdasarkan pengalaman yang pernah aku rasakan . Dan bagi lelaki pula berkawanlah seperti biasa . Sifat dan cara untuk perempuan dan lelaki untuk curang adalah berbeza-beza . Ini termasuk dalam perasaan dan emosi masing-masing .



Cukup sampai di sini dulu , next entry cerita lain lak =)


p/S : Berkawan dengan awek orang jee ..


++++-----++++