PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Thursday 19 July 2012

PAHANG di LIGA SUPER 2013

Fuhh , barulah lega dapat habis tengok play-off Liga Super Malaysia 2012 sebentar tadi . Tiba-tiba rasa nak update tentang bola sepak Malaysia pulak tengah malam ni . Mana taknya pasukan kesayangan aku , Pahang berjaya melangkah ke Liga Super untuk musim depan . Walaupun dikecam teruk sebab dah masuk Liga Perdana tahun lepas , tetapi dengan semangat dan azam pasukan yang digelar Tok Gajah , mereka berjaya mendapat nombor kedua di bawah pasukan ATM .

Pahang menang dengan keadaan yang sungguh mengujakan bagi diri aku . Walaupun keadaan 2-0 memberi sinar harapan untuk Pahang melangkah ke Liga Super dengan lebih awal namun 2 gol yang hadir di separuh masa kedua untuk Kedah buat aku cuak ! Sungguh sehh !

penjaring gol kedua Pahang , Boris .


Dalam masa tambahan , Kedah dapat kad merah untuk Khyrill Muheymen sebab dah dapat 2 kad kuning . Time tu aku rasa Pahang boleh nak score tapi tak boleh , apa yang bolehnya Pahang dapat 2 kad merah pula menerusi Gopinathan dan Azlan . Macam semangat Chelsea yang tak pudar-pudar untuk menang sesuatu perlawanan , Pahang tak mudah berputus asa .


Gopinathan , pemain pertama Pahang dilayang kad merah


Penalti akhirnya yang akan menentukan keputusan perlawanan .

Kedudukan 2-2 selepas 5 sepakan masing-masing daripada Kedah dan Pahang . 4 sepakan penalti Pahang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang , Wan Azraie Wan Teh . Power gilaa kau bro . Haha , bangga aku dengan keeper Pahang sekarang ni . Kapten Pahang , Jalaluddin Jaafar yang berumur 37 tahun berjaya memenangi perlawanan ini selepas berjaya menjaringkan penalti untuk Pahang . Tahniah Pahang . Tahniah Tok Gajah .

Jumpa di LIGA Super 2012 tahun depan .



 fuhhh.nasib baik .....

1 comment:

miss yatie said...

yes...jumpa di piala malaysia pulak...heee

++++-----++++