PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Sunday 3 June 2012

DEFINISI KAWAN BAIK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN


Kawan baik . Jika perkataan kawan dan baik itu dipisahkan , tentunya sudah menjadi maksud yang berbeza daripada apa yang aku nak sampaikan . Definisi kawan baik adalah seorang sahabat yang rapat dengan kita , yang tahu kebaikan dan keburukan kita . Yang selalu ada di samping kita . Yang selalu ada untuk bantu kita tak kira masa . Contohnya kalau Abu dan Mamat (bukan nama sebenar) adalah kawan baik , tentunya mereka banyak berkongsi apa jua masalah ataupun cerita mereka .

Kawan baik juga boleh ditafsirkan untuk lelaki dan perempuan . Namun stigma masyarakat banyak mengatakan mereka adalah pasangan kekasih . Contohnya kalau ada lelaki dan perempuan keluar bersama , adakah mereka terus layak digelar pasangan kekasih ? Itu memang dah ada dalam kepala otak manusia masing-masing . Jangankan adik beradik disangka pasangan kekasih sudahlah . Lagi fitnah itu .






Baiklah berbalik kepada definisi kawan baik antara lelaki dan perempuan , macam-macam pendapat tentang kenyataan kali ini . Kita lihat maksud-maksud yang diberi oleh rakan-rakan aku di facebook .


1. SUKAR DITAFSIR .

Yup . Itu aku sangat setuju . Definisi ini sangat susah untuk ditafsir . Macam-macam persoalan yang bermain dalam kepala otak kita bila ditanya tentang definisi seperti tajuk di atas . Ada yang mengatakan bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi kawan baik . Mungkin ada yang tak berapa suka tentang kenyataan kali ini . Ia ikut pandangan masing-masing juga , contohnya jika Azam (bukan nama sebenar) berkata begini ,

"rakan baik aku semuanya lelaki , perempuan takde langsung "

Itu kehidupan dia , dia suka dan selesa untuk berkawan dengan lelaki . Boleh menceritakan masalahnya kepada lelaki . Mungkin tidak ramai tapi jika dapat seorang sudah cukup buatnya . Ada yang pula berkata begini ,

"aku kalau ada kawan baik perempuan bagus jugak , bukan apa .. aku segan kalau nak cerita masalah love story dengan lelaki , nanti dia ingat aku main-main , kata aku jiwang laa , dermmmm "


2. TEMAN TAPI MESRA

Ini aku pernah lalui semasa zaman sekolah hari tu , definisi ini kadang-kadang memberikan aku kekeliruan . Kadang-kadang membuatkan diri aku seperti di atas pagar . Betulkah ini slogan yang sesuai untuk mengatakan tentang hubungan kawan baik antara lelaki dan perempuan ? Bukan apa , ianya macam tak sesuai . Kerana maksud mesraitu pun sudah menjadikannya hubungan yang lebih daripada rakan . Anda setuju ? Baiklah teruskan membaca ...


3. AKAN ADA PERASAAN DI LUAR JANGKAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Perasaan di luar jangkaan . Bagaimana dengan maksud itu ? Di luar jangkaan ini membawa maksud di mana situasi itu adalah lebih daripada yang kita fikirkan . Kadang-kadang kita takkan sangka apa yang akan berlaku pada masa depan . Mungkin kita berkawan dengan orang itu , contohnya Aminah (bukan nama sebenar) dan Akmal (bukan nama sebenar) berkawan sudah lama namun tiba-tiba setelah 3,4 tahun mereka merasakan seperti mereka ini sedang bercinta . Sudah tiada orang lain untuk mereka cintai selain kawan baik mereka sendiri . Tapi mungkin cinta itu bertepuk sebelah tangan juga .

Kita tengok drama melayu , banyak contoh yang seperti di atas . Contohnya jika Daim(bukan nama sebenar) sukakan Farah(bukan nama sebenar) sejak umur 4 tahun lagi sehingga 27 tahun , namun Farah sukakan orang lain . Malahan dia sendiri tidak pernah menyimpan perasaan cinta pada Daim . Dan konflik akan berlaku jika ia terus berlanjutan .


4. "BoyFriend SAYA PUN BESFREN SAYA"

Ini kata luahan daripada seorang rakan facebook kepada aku berhubung dengan entry ini . Sebelum dia berkapel dia kata kepada aku bahawa lelaki itu pernah menjadi besfren dia . Then selepas lama berkenal , ianya bertukar kepada perasaan sayang . Dan jika ini berlaku tentunya perhubungan akan menjadi lebih rapat . Tetapi sayangnya hubungan mereka tidak lama . Tapi apa yang aku nak nasihatkan ialah kekalkan ex-bf tu sebagai besfren . Maksudnya jadikan slogan ini pula sebahagian dalam hidup .

"EXBOYFRIEND SAYA PUN BESFREN SAYA"





5. MATLAMAT BERKAWAN YANG JELAS

kalau saya, ok je berkawan baik tak sama jantina, asal matlamat berkawan tu jelas...kalau terjatuh cinta..hmm...kalau ok..teruskan la...mungkin keburukannya ialah apabila terjatuh cinta...tak dapat kawal diri dan menjejas hubungan baik yang terjalin. apa2pun, kena terima dengan hati terbuka jika kawan baik kita tu sudah berpunya...


berterus terang lebih baik dari berdiam diri dan menyimpan perasaan...kemudian terima dengan hati terbuka bila terpaksa menerima hakikat dia dah berpunya. Kalau simpan sape nak tau kan .


Cemburu adalah sifat semulajadi manusia...kena pandai kawal dn jgn berlebihan..huhuhu...kawan​ baik sy lelaki, sy ok je...sayang ttp sayang tp masing2 tau hakikat diri sendiri



Tiga baris di atas ialah pandangan daripada rakan facebook saya sendiri . (copy paste)

Bagi aku betul katanya , kita kenalah faham dengan maksud BERKAWAN itu . Ianya sangat berbeza dengan maksud BERMUSUH . Jika kita minat pada kawan baik kita sendiri tidak salah tapi pandai-pandailah bagaimana untuk mengendalikan situasi itu supaya jika sudah berpisah (harap-harap tak) kita boleh teruskan berkawan lagi walaupun pada permulaanya sukar . Apa yang penting sahabat itu menjadi arah petunjuk untuk kita di dalam hidup ini .


Sekian .



P/S : Mak saya kawan baik saya . heee . !!!






1 comment:

Dkna Abza said...

kadang2 kawan baik kita adalah terdiri dari lelaki atau perempuan..tapi sesetengah orang bila cakap kawan baik lelaki dia pikir dah couple..ermmm..mereka yang menilai..yang pasti kita je yang tau sape kawan kita :)

++++-----++++