PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Wednesday 18 July 2012

PERKARA YANG DILAKUKAN SELEPAS PUTUS CINTA





Pernah bercinta ? Entry kali ini tentang cinta ? Tapi bukannya cinta monyet , tapi bila dah putus cinta . Opss , entry kali ini mungkin ada kena mengena dengan pembaca juga , siapa tahu kan ? Siapa rasa cili dialah yang rasa pedasnya =P

Putus cinta terlalu sukar . Kadang-kadang terlalu mudah (ini untuk yang dah biasa) . Bila tengok filem janda-jandaku gengster rasa macam tak logik pulak bila dah kahwin 5 kali tapi jodoh tak berapa nak kuat , dah jalan cerita kan ? Macam-amacm lah boleh karang , kalau putus cinta 5 kali , korang pernah tak ? Okay , jujur aku katakan kat sini yang aku tak pernah clash sampai 5 kali . Kenapa aku cerita pasal putus cinta pula untuk entry kali ini ? Baiklah inilah sebabnya .

Apa tindakan korang bila dah putus cinta ? Macam-macam , ada tak korang alami macam aku senaraikan di bawah ni (berdasarkan pengalaman jiran sebelah rumah atok aku) .

1. MAKAN BANYAK



Okay ini mungkin kerana tekanan , bila dah putus rasa macam tak tahu nak buat apa lagi kan ? Kalau dulu kita boleh nak mesej ke call atau hangout ngan dia , tapi bila dah bosan tak tahu nak buat apa , makan adalah hak yang asasi bagi individu tersebut . Salah satu cara bagi menenangkan fikiran yang kusut masai . Kadang-kadang ada yang tak sedar makan terlalu banyak sampai akhirnya perutnya sangat-sangat penuh .

"mak , perut adik dah Boroi laaa .."

2. TAK LALU MAKAN



Ini berlawanan dengan apa yang terjadi untuk perkara yang pertama tadi. Ada jugak peelnya yang macam ni , rasa nak lempang pun ada gak , yelah kalau kita ni asyik nak makan je , tapi bila dah ajak dia nak makan tengah hari tapi dia tak nak , rasa macam nak ketuk je kepala orang ni . Bayangkanlah Ahmad tu sebagai roomate korang yang baru putus cinta , tiba-tiba rasa tak selera nak makan sebab baru putus cinta . Bila korang ajak , TAKNAK. Ishh menyusahkan adalah , dia tak habis duit nak makan tapi lainnya dengan aku , (haha,dengki sebab hal tu) =P

Terlalu memikirkan kenapa dia putus cinta ? Kenapa perempuan/lelaki tu tak suka dia lagi ?
Apa salah dia ? terfikir jugak kadang-kadang pernah ke yang dia korek hidung dan tunjuk kat awek dia ? Hurm , TAK PERNAH . Ishh , kalau dah macam-macam fikir tu , APA PUN TAK BOLEH ! Haha .

3. PERGI JALAN SESORANG



Ini bila rasa diri tu diLONELYkan. Kesian kan ? Kadang-kadang pergi makan sorang , pergi joging sorang dan macam-macam lagilah sorang . Kalau kita ajak dia pergi mana-mana , tak mahu . sebab katanya nak releasekan Tension. Eyhh pernah tensen ke kalau putus cinta ? Bagi aku enjoy je (macam dah biasa je,wakaka) .

Ingat boleh ke jadi macam dalam filem , bila duduk sorang-sorang tiba-tiba ada terlanggar dengan sorang awek ni , berkenalan dan bercinta . kemudian berkahwin . Hamboi senang sungguh . Haha . Apa yang paling penting berusaha lah ye ?!

4. KELUAR DENGAN MEMBER SOSIAL



Tadi pergi jalan sesorang , sekarang keluar dengan member sosial . Member sosial ? Korang tahu ke apa dia tu ? baiklah biar aku jelaskan , nanti macam-macam pulak korang fikirkan , GAY lah , LESBIAN lah , PELACUR laa , macam-macam . Macam ni , teman sosial tu macam teman yang boleh bawak kita dalam keadaan happy selalu , no kesedihan masa keluar tu . Kiranya masa keluar dengan member-member yang macam tu , rasa ENJOY !

5. BERIBADAT DAN BERDOA



Hurm , lebih baik macam ni kan ? Teruskan berdoa dikurniakan jodoh yang baik daripada sebelumnya dan janganlah terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti . Contohnya kalau ada boyfriend ataupun girlfriend , takyah lah nak demand sangat bila ada member lain nak berkenalan . Jodoh semua atas kehendak Allah . Jangan lupa tu , mungkin pakwe/makwe yang korang pegang tangan sekarang bukan milik korang selamanya . Mungkin berpacaran pula dengan orang paling kau benci satu ketika dulu (opss , ini pun sumber filem jugak ni) . Haha .

Baiklah tutup cerita , yang penting semua-semua nya okay sahaja kan ? Bye =D



5 comments:

Mila Ahmad said...

biasa dilakukan no 4 tu.
no 5 tu xperlulah bila putus cinta je baru nak igt TUHAN sepatutnya setiap saat kita berdoa padanya mintak petunjuk dan hidayah kan? :)

najihahfara said...

selalunye bz kan diri & keep move on. sedih sehari 2 dah la. huhu

ღKekunangpelangiღ said...

Air mata pun dah kering. Asyik kita ja kena. Sepatutnya dah boleh semakin matang. Bunga bukan sekuntum kan. :)

ღKekunangpelangiღ said...

Air mata pun dah kering. Asyik kita ja kena. Sepatutnya dah boleh semakin matang. Bunga bukan sekuntum kan. :)

miss yatie said...

yg no5 itulah yang terbaik, tapi seperti kata, mila ahmad, jangan ingat Tuhan waktu susah saja...

++++-----++++