PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Thursday 31 January 2013

BILA DAH MALAS ...







Bila dah malas .... Hurm , bila dah malas macam-macam perkara yang tertangguh . Banyak yang tak disiapkan dan sebagainya . Bila dah malas nak study , result pun jadi malas nak dapat pointer yang lebih bagus . Tak rasa macam hukum karma ke ? Hehe , saya tak rasa langsung . Ini semua sebab kemalasan dalam diri yang dah lama tak terpendam . Bila dah malas nak bersukan , peluh pun malas nak keluar . Betul tak ? Bila peluh malas nak keluar , lemak pun malas nak terbakar dalam badan . Ehh , senang macam tu je ke ? Yup , kesimpulannya saya MALAS untuk membikin satu kesimpulan yang sangat kreatif dan hebat .

Orang yang malas kadang-kadang ada yang berjaya . Satu perkara ialah bila dah malas untuk malas . Semunya berkaitan dengan malas , apa peduli ? Apa pula kalau nak kata bila dah malas nak tahu hal politik . Mungkin ada sesetengah orang rasa tiada apa-apa , mungkin sesetengah orang katakan YA . Bila dah malas nak tunjuk rajin , cuba tunjuk malas . Tentunya malas akan menjadi satu habit atau tabiat dalam hidup kita yang dalam kemalasan ini . Baiklah pening baca entry kali ini berkaitan dengan malas =)



Malas merupakan satu tabiat yang ada dalam diri kita ini sendiri . Tok imam pun ada sifat malas . Bukan malas untuk beribadat tetapi malas untuk berbuat jahat . Ehh , betul ke ayat ni ? Kalau ada cikgu bahasa melayu membaca kisah yang aku sampaikan ini tentu beliau akan memberikanku gred D . Dungu . Malas untuk berkomunikasi . Malas untuk bergerak . Malas untuk makan . Malas untuk tidur . Itu semua okay lagi , tapi apa kata kalau ada yang malas untuk beribadat . Okay , hak masing-masing . Malaysia kan negara demokrasi . Kahkahkah !!!

Malas untuk menegur pemimpin juga terpalit dalam kisah hidup yang negatif di Malaysia ini . Pemimpin lakukan salah laku yang salah macam tiada apa-apa pun , padahal mereka yang patut kita jaga . Tegur mereka , katakan pada mereka yang tidak boleh berpelukan lelaki dan perempuan sesama mereka . Lembu pun malu dengan hal begini , baiklah sorry ... nanti menteri lembu naik marah siapa susah ? Singa JANTAN juga .

Malas untuk menimbulkan masalah satu agenda yang baik dalam hati seseorang manusia . Bila dah kata malas , nak buat macam mana . Tetap malas lah . Contohnya :

" Man , tolong belikan susu tepung untuk adik kau ni ? "

" Malaslah mak ! "

" Okay , fine..... "

Ada ke mak menjawab seperti itu ? Oh itu mak yang malas untuk mendidik anak-anak . Ayah lagi malas kot ? Ehh yeke ? Mana tahu ? Tengok kat jiran-jiran atau adik sendiri yang dah bernikah . Hahaha . Baiklah aku malas nak mencetuskan sesuatu isu . Isu malas ini memang banyak di Malaysia ini . kadang-kadang aku rasa aku pemalas juga . Online dan terus online . Bukankah itu juga satu perbuatan malas . Malas untuk bergerak . Bila nak menegur perbuatan orang yang melakukan kejahatn , kita malas untuk campur hal mereka . Malas jugak , aishh bila boleh rajinnya . =( Nasiblah . Hahaha .



Bila dah malas , apa kerja pun tak jadi .
Bila dah malas , anak diabaikan
Bila dah malas , cakap pun teragak-agak .
Bila dah malas , semuanya diam .
Bila dah malas , kapel pun boleh putus .
Bila dah malas , hubungan suami isteri boleh terpisah .
Bila dah malas , tauke balak bankrap .
Bila dah malas , negara takkan maju .
Bila dah malas , PM kita tak sayang kita dah . Hahaha .





Jangan guna perkataan malas untuk rasakan diri kita ini bagus . Jangan katakan yang malas adalah makhluk yang paling akrab dengan anda . Malas adalah musuh kita , musuh negara . Jangan pula malas untuk berfikir . Malas berfikir , apa pun tak jadi . naya kan ? Baiklah menutup pena pada hari ini ialah malas itu racun . Noktah .


P/S : Malas nak couple , nak kumpul duit je dulu . Hahaha .=D


Tuesday 29 January 2013

MISI MENABUNG

2013 dah menjelma 28 hari , baru kini aku nak mencoret apa yang tersarang dalam fikiran aku . Tahun ini aku macam lebih nak berusaha untuk menulis dalam blog ini , ishh kadang-kadang rasa seperti Azam Tahi Ayam je . Mana taknya , bila dah lama tak buat entry mula lah beritahu semua orang kononnya nak menulis sangat , tapi habuk pon tarak . Sebulan satu dua entry sahaja yang keluar . Aiyoo . Dulu lainlah , hidup-hidup blogger sentiasa dihujani dengan pelawat yang sempoi-sempoi dan semuanya friendly .

Terkenang semula dunia blogger dulu-dulu , dah dua tahun dah . Baiklah tak mahu mengenangkan kisah lama  lagi . Entry kali ini mungkin semuanya berkaitan dengan aku , yang tentang emo-emo semua dah tiada ye ? Maybe kot... hurmm =(

Menabung . Satu jalan yang ada untuk orang yang tiada duit . Bukan maksud aku tiada duit langsung tapi tiada duit yang cukup untuk dibelanjakan . Duit tabung ini adalah anugerah . Kenapa aku mengatakan begitu ? Hishh , sebab ini adalah pengalaman . Masa aku sekolah rendah aku pernah menabung , 50 sen setiap hari . Bila dikumpul-kumpul selama 3 bulan dapatlah RM150++ . Perghh , banyaklah tu bagi pelajar sekolah rendah . Duit itu pula aku simpan dalam bank , wah bahagianya hidup aku . =)




Sekolah rendah pun aku menabung juga , tapi tak lama sangat . Menabung pun sebab niat nak beli MP3 player . Wah bahagia gila masa tu ada dapat MP3 Player , kalau pelajar sekolah sekarang entah apa dah diorang ada , Samsung Tab , Samsung S lah dan macam-macam lagi lah . Gila ! Bila dah dapat duit untuk beli MP3 Player itu terus aku keluar ke bandar , time tu hari sabtu . Hari outing untuk pelajar asrama . Wah mahal gila gua cakap sama korang harga MP3 Player tu , kalau sekarang mungkin bawah RM50 je dah . Azam menbeli MP3 player berhasil dan harga yang cukup untuk membawanya ulang ialah RM100 . Sedangkan sekarang aku dah tak tahu MP3 itu pergi ke mana . Haishh !

 Baiklah bila dah masuk universiti amalan menabung sudah dilupakan . Duit yang aku kumpul sampai beribu-riban dulu dah habis . Ye, dah habis . Selama setahun lebih berada dalam pengajian ketika diploma duit yang aku simpan dah habis . Perghhh duit PTPTN dah dapat , tapi sebab baru rasa bebas tiada orang yang boleh mengawal sikap aku yang membazir ini . Macam-macamlah aku beli dulu , kalau tanya member rapat-rapat aku confirm diorang akan katakan aku ini pembeli henset yang TAK SETIA .




Semasa zaman diploma , aku dah ada 6 handphone . Satu semester satu handphone . What the ???? Dan semua handphone tu dah ada yang rosak , jual dan macam-macam lagilah . Haiyya ! Sekarang masuk ijazah sarjana muda . Hanya berpegangkan satu prinsip sahaja . Berbelanja apabila mahukan barangan sahaja . Okay muktamad ! Tapi satu kelemahan aku bila pergi kedai buku dan majalah . kalau tak pergi dalam tempoh yang lama , 5,6 majalah akan aku sebat dan harganya mungkin hampir kepada RM50++ . Itu belum dengan novel lagi . Tapi nasib baiklah aku jenis lambat nak membaca buku yang ada tulisan banyak sangat ni . Hehe .

Tahun 2013 aku dah muncul dengan azam baru tapi lambat sampai . Hehe . Tapi usaha itu kan penting ? Aku cuba untuk menabung semula . Kalau nak diikutkan duit-duit yang aku belanjakan dulu mungkin sekarang aku dah boleh kahwin . Hehe , tapi takde lagi calon . Acaner tuh ? Hoho , lupakanlah ...

Okay kita buat pengiraan di sini . Jika setiap hari simpan RM 1.00 , kalau sebulan dapat RM 30.00 . Kalau 3 bulan dapat RM 90.00 . Itu belum kira dengan jumlah yang kadang-kadang terisi dengan tak sengaja . Contohnya ada satu hari itu kita masukkan duit RM 5.00 dalam tabung kita . Hah , mungkin dah RM 100.00++ untuk masa 3 bulan yang mendatang . Aku tak kata yang menabung ini membantu kita untuk membeli Samsung SIII dan Samsung Galaxy Tab 2 atau sebagainya , tapi kita akan merasa bahagia dengan apa yang sedang kita usahakan . =)



Lagipun dengan macam-macam impian dan harapan aku di masa depan , mungkin kita dapat capai apa yang kita hajati suatu hari nanti . Insya Allah , yang penting kita kena bersabar . Aku akui yang kadang-kadang lembab sangat hidup aku ini tapi aku percaya kepada rezeki masing-masing . Kalau ada yang sebaya atau seusia dengan aku dah bekerja dan juga berkahwin tapi rezeki aku belum tiba lagi untuk berbuat demikian . Mungkin satu hari nanti dan mungkin dapat lebih dari apa yang kita impikan sekarang . Baiklah teruskan perjuangan anda =)



P/S : Nak kahwin umur 28 tahun ke atas selepas dah dapat kerja , kereta dan rumah impian . Insya Allah =)


++++-----++++