PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Wednesday 15 May 2013

#1 PAK MAT






Diam sejenak . Hanya bunyi cengkerik yang bermain . Awan kolumbus menutupi segala ruang yang ada . Poster-poster calon-calon pilihanraya yang kalah masih bertebaran di sana-sini . Dilenyek lori pasir . Dilanggar bas mini . Serta diludahi oleh Pak Mat yang ingin terlalu membuang kahak hijau yang ada .

Penyakit Pak Mat teruk . Tapi tiada siapa peduli . Sebab apa ? Sebab beliau tidak pernah dapat masuk rancangan Bersamamu TV3 . Kena masuk rancangan tu baru orang boleh simpati . Tapi tengok kat rancangan tu , orang ada rumah jugak walaupun da nampak macam bangsal . Takde lak yang gelandangan .

Pak Mat mempunyai seorang isteri . Beliau merupakan bidadari bagi Pak Mat . Ketika berumur 19 tahun , Pak Mat kahwin . Kahwin dengan seorang anak dara yang tulen . Zaman berubah . Umur 19 tahun sekarang , 60 peratus aku percaya tiada dara . Kajian aku . Bukan kajian korang . Lantak aku .

Pak Mat tidak menyesal mengahwini gadis itu walaupun ibu bapanya yang merancang . Zaman dulu . Zaman komunis . Zaman tiada Kosmo . Zaman tiada fitnah dari Utusan . Zaman Harakah belum wujud . Zaman Sinar Harian yang masih belum hidung untuk dikorek . Zaman demi zaman . Lima orang anak bersama dengan isterinya itu .



Cantik . Ayu . Manis . Gebu . Ramping . Itu sifat-sifat fizikal isteri Pak Mat . Tapi itu dulu . Sekarang dah masuk kubur . Tanah kubur yang menimbusnya . Pak Mat takde arah hidup . Anak ? Cucu ? Tunggu zaman Facebook berkubur belum tentu mereka ingin menjenguk ayah mereka . Mungkin dah anggap mati pun . Kenapa macam tu ? Lantak diorang lah . Bukan salah aku . Aku hanya menulis cerita yang tak berkarisma ini sahaja .

Pak Mat berjalan seorang diri . Tiada arah hidup . Dulu dia sihat . Macam-macam pernah dia lakukan . Judi . Nombor Ekor . Betina . Semua Pak Mat tak buat semua tu . Tak pernah pun Pak Mat sentuh benda-benda haram itu kecuali rokok . Rokok haram ? Entah . Aku tak pernah hisap rokok . Jadi aku rasa diri aku tak haram laa .

Pak Mat terus berjalan dan berjalan. Tak sangka ada yang memerhati . Ada yang menengok . Ada yang prihatin .

Mansor . Anak saudara Pak Mat . Berumur 28 tahun . Anak muda yang hobinya merempit . Tapi tak pernah nak menyakiti Pak Mat . Layan pun tak . Macam mana nak sakiti Pak Mat . Tapi hari ini lain . Hari ini Mansor tak macam biasa . Mansor rasa lain . Mansor mahukan sesuatu dari orang tua itu . Dia tahu Pak Mat ada duit yang banyak selepas kematian isterinya dulu .


Isteri Pak Mat kerja kerajaan . Pencen ada laa . Nak kata kerja apa , maaf . Aku tak mahu sebut . Yang penting perkara itu tak menjejaskan hormon perempuannya . Mansor menuju ke arah Pak Mat , Pak Mat hampir terkejut . Nasib baiklah jantungnya ada di dalam badan , kalau tak sudah tentu jantungnya itu mengepam dengan laju bila dilihat dari luar . Dan tentu juga Mansor tidak berani mendekati Pak Mat . Pak Mat sekarang umurnya 80 tahun . Lebih kurang sama dengan Perdana Menteri ke-4 Malaysia .

Beza Pak Mat dengan PM ke-4 ialah Pa mat tak berduit . Kasta terlalu memainkan peranan dalam kehidupannya . Aku pun rasa macam tu . Tertindas di negara sendiri .

Mansor perlahan-lahan menerpa ke arah Pak Mat . Terus terjatuh . Terus tersungkur . Sakit . Itu mungkin keluhan insan yang jatuh itu . Bengang . Geram . Mansor tak sangka yang Pak Mat hilang begitu sahaja . Mansor tak sangka Pak Mat boleh hilang dalam sekelip mata . Mana Pak Mat ? Mana dia pergi ? Jasad yang Mansor lihat tadi tiada sudah . Lenyap . Mansor pelik . Mansor tak tahu nak kata apa . Bibirnya pecah kerana tersungkur .


Kubur pasangan bahagia itu cukup meriah dengan dahan-dahan patah yang jatuh serta daun-daun buruk yang berhamparan di atas kubur mereka . Pasangan ini merupakan pasangan bahagia . Meraka menikah ketika masih remaja . Remaja zaman 2020 sekarang apa mereka tahu ? K-Pop . K-Pop . K-Pop . K-Pop dan K-Pop lagi . Kalu dulu suka makan karipap , tapi zaman sekarang suka makan K-Pop . Menari tertungging . Tunjuk punggung bulat . Itu zaman sekarang , bukan dulu .

Kubur yang tertulis nama KAMARIAH binti SAMAD dan MAT TOPA bin IDRUSI sangat menyedihkan bagi Syarifah . Siapa Syarifah ? Apa kaitan dengan Kamariah dan Mat Topa ? Siapa pula Mansor ? Pak Mat ?


#sambungan


P/S : Idea cerita datang dari insan ini =D



++++-----++++