Assalamualaikum salam ramadhan semua . Entry kali ini tiada isi yang penting pun yang nak disampaikan cuma nak mengucapkan Salam Ramadahan al-Mubarak . Itu je . Tapi ada yang lagi penting aku nak buat kat sini , macam ni , ada satu soalan untuk korang semua . Bila kali terakhir korang semua dapat kad raya ? Ahha , kalau aku mungkin 5 tahun yang lepas , tak berapa nak ingat sangat lah . =)
Korang semua nak kad raya daripada aku tak ? Hehe . Sekarang ni aku sedang programkan satu rancangan di mana aku nak kembalikan tradisi yang pernah kita kecapi dulu . Cewah , macam retis pulak dah . Maksud aku di sini , sekarang kan kecoh dah dengan twitter , Facebook , Instragram lah dan macam-macam lagi . Sebelum hari raya Aidilfiri ini aku akan beri kepada 10 orang yang bertuah untuk dapat kad raya daripada aku . Lepas tu , kalau sudi kita bertukar-tukarlah pula kad raya . Kalau nak lagi faham korang baca syarat di bawah ini :
1. Mesti baca blog aku , kalau tak follow pun takpe . (aku bukan gila follower,haha) .
2. Buat entry bertajuk 'KAD RAYA DARIPADA SYAFIKWAY 2012' .
3. Dalam entry tu , hanya tuliskan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' dan letakkan gambar yang berkonsepkan bulan Syawal . (contoh gambar ada di bawah)
4. Lepas dah siap entry tu , tinggalkan link blog anda di dalam ruangan komen dalam entry aku ini .
5. 10 yang bertuah aku akan hubungi nanti .
TARIKH TUTUP : 08 OGOS 2012 .
Gambar yang menarik perhatian aku akan dapat kad raya daripada aku !! Hehe .
# kalau aku dapat balasan kad raya daripada 10 yang bertuah tu , aku akan beri duit raya kat diorang, Insya Allah =)) .
Semua yang baik datang daripada Allah S.W.T , semua yang jahat datang dari diri kita sendiri . Bersedekah itu amalan mulia . Jom SOLAT !!!
PenCinTA TegaR
SIMPANAN UNTUK PTPTN
My BLOG Too...(R.I.P)
Thursday, 26 July 2012
Thursday, 19 July 2012
PAHANG di LIGA SUPER 2013
Fuhh , barulah lega dapat habis tengok play-off Liga Super Malaysia 2012 sebentar tadi . Tiba-tiba rasa nak update tentang bola sepak Malaysia pulak tengah malam ni . Mana taknya pasukan kesayangan aku , Pahang berjaya melangkah ke Liga Super untuk musim depan . Walaupun dikecam teruk sebab dah masuk Liga Perdana tahun lepas , tetapi dengan semangat dan azam pasukan yang digelar Tok Gajah , mereka berjaya mendapat nombor kedua di bawah pasukan ATM .
Pahang menang dengan keadaan yang sungguh mengujakan bagi diri aku . Walaupun keadaan 2-0 memberi sinar harapan untuk Pahang melangkah ke Liga Super dengan lebih awal namun 2 gol yang hadir di separuh masa kedua untuk Kedah buat aku cuak ! Sungguh sehh !
Dalam masa tambahan , Kedah dapat kad merah untuk Khyrill Muheymen sebab dah dapat 2 kad kuning . Time tu aku rasa Pahang boleh nak score tapi tak boleh , apa yang bolehnya Pahang dapat 2 kad merah pula menerusi Gopinathan dan Azlan . Macam semangat Chelsea yang tak pudar-pudar untuk menang sesuatu perlawanan , Pahang tak mudah berputus asa .
Penalti akhirnya yang akan menentukan keputusan perlawanan .
Kedudukan 2-2 selepas 5 sepakan masing-masing daripada Kedah dan Pahang . 4 sepakan penalti Pahang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang , Wan Azraie Wan Teh . Power gilaa kau bro . Haha , bangga aku dengan keeper Pahang sekarang ni . Kapten Pahang , Jalaluddin Jaafar yang berumur 37 tahun berjaya memenangi perlawanan ini selepas berjaya menjaringkan penalti untuk Pahang . Tahniah Pahang . Tahniah Tok Gajah .
Jumpa di LIGA Super 2012 tahun depan .
Pahang menang dengan keadaan yang sungguh mengujakan bagi diri aku . Walaupun keadaan 2-0 memberi sinar harapan untuk Pahang melangkah ke Liga Super dengan lebih awal namun 2 gol yang hadir di separuh masa kedua untuk Kedah buat aku cuak ! Sungguh sehh !
penjaring gol kedua Pahang , Boris .
Gopinathan , pemain pertama Pahang dilayang kad merah
Kedudukan 2-2 selepas 5 sepakan masing-masing daripada Kedah dan Pahang . 4 sepakan penalti Pahang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang , Wan Azraie Wan Teh . Power gilaa kau bro . Haha , bangga aku dengan keeper Pahang sekarang ni . Kapten Pahang , Jalaluddin Jaafar yang berumur 37 tahun berjaya memenangi perlawanan ini selepas berjaya menjaringkan penalti untuk Pahang . Tahniah Pahang . Tahniah Tok Gajah .
Jumpa di LIGA Super 2012 tahun depan .
fuhhh.nasib baik .....
Wednesday, 18 July 2012
PERKARA YANG DILAKUKAN SELEPAS PUTUS CINTA
Pernah bercinta ? Entry kali ini tentang cinta ? Tapi bukannya cinta monyet , tapi bila dah putus cinta . Opss , entry kali ini mungkin ada kena mengena dengan pembaca juga , siapa tahu kan ? Siapa rasa cili dialah yang rasa pedasnya =P
Putus cinta terlalu sukar . Kadang-kadang terlalu mudah (ini untuk yang dah biasa) . Bila tengok filem janda-jandaku gengster rasa macam tak logik pulak bila dah kahwin 5 kali tapi jodoh tak berapa nak kuat , dah jalan cerita kan ? Macam-amacm lah boleh karang , kalau putus cinta 5 kali , korang pernah tak ? Okay , jujur aku katakan kat sini yang aku tak pernah clash sampai 5 kali . Kenapa aku cerita pasal putus cinta pula untuk entry kali ini ? Baiklah inilah sebabnya .
Apa tindakan korang bila dah putus cinta ? Macam-macam , ada tak korang alami macam aku senaraikan di bawah ni (berdasarkan pengalaman jiran sebelah rumah atok aku) .
1. MAKAN BANYAK
Okay ini mungkin kerana tekanan , bila dah putus rasa macam tak tahu nak buat apa lagi kan ? Kalau dulu kita boleh nak mesej ke call atau hangout ngan dia , tapi bila dah bosan tak tahu nak buat apa , makan adalah hak yang asasi bagi individu tersebut . Salah satu cara bagi menenangkan fikiran yang kusut masai . Kadang-kadang ada yang tak sedar makan terlalu banyak sampai akhirnya perutnya sangat-sangat penuh .
"mak , perut adik dah Boroi laaa .."
2. TAK LALU MAKAN
Ini berlawanan dengan apa yang terjadi untuk perkara yang pertama tadi. Ada jugak peelnya yang macam ni , rasa nak lempang pun ada gak , yelah kalau kita ni asyik nak makan je , tapi bila dah ajak dia nak makan tengah hari tapi dia tak nak , rasa macam nak ketuk je kepala orang ni . Bayangkanlah Ahmad tu sebagai roomate korang yang baru putus cinta , tiba-tiba rasa tak selera nak makan sebab baru putus cinta . Bila korang ajak , TAKNAK. Ishh menyusahkan adalah , dia tak habis duit nak makan tapi lainnya dengan aku , (haha,dengki sebab hal tu) =P
Terlalu memikirkan kenapa dia putus cinta ? Kenapa perempuan/lelaki tu tak suka dia lagi ?
Apa salah dia ? terfikir jugak kadang-kadang pernah ke yang dia korek hidung dan tunjuk kat awek dia ? Hurm , TAK PERNAH . Ishh , kalau dah macam-macam fikir tu , APA PUN TAK BOLEH ! Haha .
3. PERGI JALAN SESORANG
Ini bila rasa diri tu diLONELYkan. Kesian kan ? Kadang-kadang pergi makan sorang , pergi joging sorang dan macam-macam lagilah sorang . Kalau kita ajak dia pergi mana-mana , tak mahu . sebab katanya nak releasekan Tension. Eyhh pernah tensen ke kalau putus cinta ? Bagi aku enjoy je (macam dah biasa je,wakaka) .
Ingat boleh ke jadi macam dalam filem , bila duduk sorang-sorang tiba-tiba ada terlanggar dengan sorang awek ni , berkenalan dan bercinta . kemudian berkahwin . Hamboi senang sungguh . Haha . Apa yang paling penting berusaha lah ye ?!
4. KELUAR DENGAN MEMBER SOSIAL
Tadi pergi jalan sesorang , sekarang keluar dengan member sosial . Member sosial ? Korang tahu ke apa dia tu ? baiklah biar aku jelaskan , nanti macam-macam pulak korang fikirkan , GAY lah , LESBIAN lah , PELACUR laa , macam-macam . Macam ni , teman sosial tu macam teman yang boleh bawak kita dalam keadaan happy selalu , no kesedihan masa keluar tu . Kiranya masa keluar dengan member-member yang macam tu , rasa ENJOY !
5. BERIBADAT DAN BERDOA
Hurm , lebih baik macam ni kan ? Teruskan berdoa dikurniakan jodoh yang baik daripada sebelumnya dan janganlah terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti . Contohnya kalau ada boyfriend ataupun girlfriend , takyah lah nak demand sangat bila ada member lain nak berkenalan . Jodoh semua atas kehendak Allah . Jangan lupa tu , mungkin pakwe/makwe yang korang pegang tangan sekarang bukan milik korang selamanya . Mungkin berpacaran pula dengan orang paling kau benci satu ketika dulu (opss , ini pun sumber filem jugak ni) . Haha .
Baiklah tutup cerita , yang penting semua-semua nya okay sahaja kan ? Bye =D
Tuesday, 17 July 2012
KENAPA SUSAH NAK BERTERAWIH ?
Ramadhan bakal menjelma , Insya Allah kalau ada rezeki kita akan jumpa Ramadhan pada hari sabtu ini , jadi bermulanya malam sebelum hari Sabtu itu kita semua pergi beribadat . Solat terawih. Kalau nak diingatkan semula tentang solat terawih ni , banyak . Dulu masa kecil-kecil , aku selalu sangat pergi solat terawih . Mungkin hati kotor dah time dewasa ni , ada yang pergi ada yang tak . Tapi aku cuba untuk elak untuk menjadi seperti itu . Tipulah kalau aku katakan yang aku tak pernah tinggalkan solat terawih pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya .
Baiklah itu pengakuan jujurku dn aku harap aku berupaya nak sedarkan diri aku sendiri dalam hal-hal yang sebegini pada masa akan datng. Insya Allah . Entry ini sebenarnya nak kisah tentang solat terawih lah , kat sini ku nak senaraikan kenapa solat terawih kita yang kita rancangkan kadang-kadang tak jadi =p
1. PERUT BOROI SANGAT
Al maklumlah baru selesai menikmati juadah berbuka puasa , mak pulak ada masak makanan kegemaran kita . Sebelum tu kita dah jamah macam-macam kuih-muih yang kita beli di bazar ramadhan. Masya Allah , macam-macam dugaan . Itu belum syaitan ada lagi nak datang hasut , kalau ada entah satu lori penuh bawa makanan balik rumah .
Mula-mula minum air , makan kuih , murtabak . Minum air . Makan nasi . Tambah nasi . Minum air . Makan buah . Ishh tak berhenti makannya , mana tak boroi perut tu , kita digalakkan makan sederhana . Cuba lah kita ingat tentang saudara mara islam kita di bumi Palestin tu , lagi teruk , nayo jo .
Maghrib pun kadang-kadang lambat disebabkan perut yang memboroi ni , kadang-kadang nak masuk Isyak barulah sembahnyang . That's why lah boleh tak pergi terawih sebab rasa mengantuk lepas tu , huarghhh , time to sleep (for that time) . Tapi bila habis je waktu terawih (contoh macam pukul 10 malam) , terus jadi sugar bugar dan lapar sekali lagi . Okay , situasi ini untuk orang yang kuat makan je , macam aku . Haha .
2. SAKIT PERUT
Ini sama je macam perkara di atas , cuma aku nak tambahkan sikit lah dalam hal ini . Kalau perut boroi mungkin kita makan banyak , dan kalau sakit perut mungkin kita makan banyak ATAU makan makanan yang dah basi . Kadang-kadang kalau orang bujang ni main tibai je beli apa-apa pun makanan , asal sedap dalam padangan mereka untuk berbuka puasa . Kalau nak diingatkan semula dulu aku pernah keracunan makanan sebab makan ayam golek tepi jalan . Urghhh separuh nyawa dah aku masa tu .
Tapu perkara yang macam ni lah buat kita beringat tentang diri kita , lain kali pastikan kebersihan sesuatu makanan sebelum beli . Kalau nak jadi jugak tu tak boleh nak tahan lah kan ? Apa kata bulan puasa tahun ni , ramai-ramai masak sendiri je kat rumah , walaupun tak sedap kita yang tentukan dan lihat sendiri apa yang kita masak =D .
3. MALAS
Penyakit yang tak boleh blah , kalau ini berlaku memang nak kena makan selipar lah . Tengok gambar kat atas pun rasa nak bagi kaki je kat Garfield tu , dasar pemalas! Haha . Perangai ini memang susah nak hindar , ia terjadi kat sesiapa je yang nak jadi . Kalau dah spesis malas tu memanglah pemalas . Susah nak jadi rajin kecuali dengan azam dan iltizam yang sangat kuat untuk diri sendiri . Adui , macam cakap kat cermin je aku ni .=p
Sampai di sini sahaja entry kali ini , banyak-banyak takut terbabas dan loya buat pembaca . Bye !
Monday, 16 July 2012
BILA DAH GAGAL....
Apa rasanya kalau apa yang kita inginkan tak dapat ? Rasa sakit hati atau pasrah sahaja dengan ketentuan takdir ? Tidak bagiku . Dulu aku GAGAL , sekarang aku semakin GAGAL . Dulu kuat main , sekarang banyak berangan . Hey susah nak bagi motivasi kat diri sendiri kecuali bila kita teringat kat orang yang kita sayang macam mak ayah kita yang berusaha mendidik kita sampai masuk Universiti . Ingat senang ke nak masuk universiti ? Bila tengok budak-budak lain dapat pointer yang gempak rasa berbangga je , hanya tersenyum . Kadng-kadang tergelak sesorang pun ada . Tapi bila result kita sendiri ?? Hurmm , hanya mampu meratap .
Dulu bila kita tengok result orang lain teruk , kita anggap yang mereka gagal untuk belajar dengan betul . Tapi bila kita tengok sendiri result kita yang teruk . Ishhh , macam mana aku nak teruskan belajar ni ? tenang beb tenang ! Semuanya not impossible . Kena tukar cara study , itu yang penting .
Dulu time aku diploma , aku akan sediakan diri aku untuk exam . Bila tiba waktunya nak exam aku belajar . Itu cara yang senang kan ? Tapi bila degree lain je jadinya , PEMALAS yang amat sangat . tak tahu lah nak jadi apa . Banyak berangan ke arah yang lain ketika study . Tak boleh nak fokus apa yang kita sedang belajar .
Pointer semester ini paling teruk dalam hidup aku , dan ini adalah first time aku tak study di library ketika exam . Ada kaitan ke ? entahlah aku sendiri pun keliru juga dengan kenyataan yang macam ni . Semester lepas aku pergi library tapi takde lah hardcore macam diploma dulu . Kadang-kadang terfikir kenapa aku tak teruskan apa yang aku dah buat ketika diploma dulu ?
Masa diploma time aku kat library memang aku rajin sangat , terlalu rajin . Hishh time degree jadi pemalas , kenapa ? Ambil mudah sangat kot . Baiklah macam-amacam azam yang kadang-kadang kita bangkitkan sejak mula semseter lagi tapi tak menjadi ketika pertengahan semester , apa kes ?! Takpelah mungkin ini pengajaran bagi diriku , kawan-kawan yang lain good luck .=)
Friday, 13 July 2012
SOMBONG DALAM BLOGGER , OH TIDAK!
Nak kata ada idea , banyak . Nak kata tak reti menulis , dapat juga tulis perkataan SAYA . Tapi tak tahu lah di mana silapnya blog yang kita tuliskan ni kadang-kadang syok sendiri . Tapi takpe , rezeki masing-masing kan ? Kalau yang baru lagi dalam blogger memanglah susah nak capai apa yang dia ingin capai . Kadang-kadang kita juga tak boleh nak selesa dengan apa yang kita ada . Ini terjadi pada blogger-blogger yang dah lama , memang diorang tak puas hati dengan tarafik mereka walaupun pada hakikatnya blogger yang baru ni sungguh berpuas hati bila ada orang view blognya sahaja , tak baca pun takpe. Tapi itulah manusia , pelik . kadang-kadang ok , kadang-kadang tak .
Kadang-kadang kita kena pandai tarik perhatian pembaca , nak-nak yang tak glamour ni hah , yelah kan . Mana orang nak kenal korang semua kalau korang tak pernah bermaha mesra dengan blogger lain . Sama lah macam kita berjiran dengan sesiapa pun . Kalau di kampung sekarang masih kenal lagi jiran-jiran walaunpun sejauh 1000 meter , namun di bandar-bandar kurang dah . Jiran sebelah rumah pun tak tahu nama , ok baiklah tutup cerita ini di sini . Aku nak sampaikan tentang blog sahaja bukan pasal jiran .
Pernah tak rasa apa yang kita tulis tiada orang nak baca langsung ? Ada tak ? Blogger baru memang lah akan terjadi yang demikian . Walaupun kita rasa apa yang kita tulis itu sungguh-sungguh bagus namun apabila dibaca oleh orang tiada yang LIKE pun . Macam mana tu ? Takkan nak memaksa . Satu tips di sini ialah jangan menyombong .
Sekarang kan banyak dah group yang ada dalam Facebook pasal kumpulan Blogger . Tumbuh bagaikan cendawan . Kadang-kadang tiada apa pun dalam group tu yang kita ingin bicarakan cuma ping blog sahaja . Kalau ping sahaja laku ke ? Kalau ada yang LIKE apa yang korang ping dalam group blog tu , itu adalah POSITIF. Sangat positif .
Cuba korang dekatkan diri anda dengan dia , kalu belum berkawan cuba untuk ADD , kalau dia tak nak approve tu hak dia lah . Tapi sekurang-kurangnya kita dah mencuba sendiri . Tengok pula blog mereka , macam mana cara presentationnya . Adakah lebih bagus berbanding kita sendiri ? Jangan pilih bulu dala hal ini . Semuanya ini adalah pengalaman aku belaka .
Tak kenal maka tak cinta kan ? Baiklah tutup dulu kes ini , muak nanti orang nak baca blog aku . takut lebih-lebih terbabas pulak , bye !

CANTIK DALAM KONTEKS TERBABAS
Bila jumpa awek lawa je terus nak mengorat ? Hey , mabuk ke apa ? Awek berdahi licin kadang-kadang menjadi sasaran . Letaklah gambar dalam Facebook muka berkedut teruk , kita tengok apa yang berlaku ? Laku ke tak muka korang semua . hehe .
Baiklah inilah apa yang aku nak katakan untuk hari ini . Awek lawa dan cantik adalah satu anugerah , biasa kita lihat awek lawa ni pakwenya tak hensem . Tapi siapa kita yang mengatakan mereka tak hensem ? Kita bukan pakwe/makwe mereka . Oh jangan doakan . Haha . Awek dahi licin memang seronok nak dilihat , kalau tengok sangat comel tu lagilah ye . Lagi lah geram , ye dowk ? Haha . Okay , aku terkecuali =p .
Betul ke lawa ni boleh buat kita bahagia ? Dari satu sudut , ada betulnya jugak . Ini sebabnya bila kita lihat wajah dia , ya Allah cantiknya ! Rezeki rezeki . Terus kita rasa nak bersama dengannya selalu , disampingnya selalu , ini bagi pakwe yang mementingkan kecantikanlah . Namun mungkin ada pakwe yang sedang baca blog ini yang ada makwe tak berapa nak lawa marah kat aku . Haha . Sabar beb , sabar .
Dalam hal ini , masing-masing lah kan ? Korang nak bercinta , bukannya pihak jiran sebelah rumah kau kan ? Ada aku kisah atau tak ? Baiklah bermula semula dengan permulaan cerita kita tadi . Kenapa lelaki suka cari perempuan yang berdahi licin ? Sebab itu untuk calon isteri . Kenapa nak cari calon isteri yang berdahi licin ? Jawapan aku mudah je , nak cium masa lepas akad nikah nanti lah , kalau muka bergerutu nak ke ? Haha . Aku jujur terlebih ni , takut ada yang sentap pulak .
Aku taknak cakap lebih-lebih nanti jadi hukum karma pulak , naya kan ? Haha . Baiklah , kalau bakal isteri tu tak boleh nak berdahi licin sangat , make up aje lah . Senang kan ? Hoho . Okay , kenyataan yang aku berikan ini sangat lah lemah . Terlalu lemah untuk dibahaskan di dalam dewan Parlimen Blogger , sebab semuanya pandai-pandai . Aku tak cakap , orang lain yang habaq mai . Hehe .
Kita teruskan lagi dengan perihal awek cantik ini . Ada satu status yang aku baca petang tadi dalam Facebook , ada kawan aku ni dengki yang gay boy dan lesbo gurl semua pasangan dia macam sempurna . Cantik , lawa , hensem dan tampan . Korang perasaan tak ? Ada ke macam si loser jadi gay ? Semuanya muka-muka bajet hensem dan memang sah hensem kan ? Muka kampung ni susah nak tengok ada yang gay , tapi tak tahu lah pulak kan ? Semuanya tercatat dalam diari masing-masing lah .
Korang yang takde awek atau pakwe ni nak dengki tak bila pasangan gay dan lesbian ni dapat pasangan yang sempurna bagi zahirnya ? Mesti ada kan ? Ok , kita fikir semula , kalau nak diikutkan semula memang zahir lawa dan hensem tapi ada satu yang sangat jijik dan menjengkelkan dan aku rasa pembaca dapat tahu apa dia . Hehe .
Okay cukup dulu di sini aku menaip , terlalu bebas nanti takut terbabas pulak . See you ya !
Hye yuyu , sowi amek gamba awak =)
Baiklah inilah apa yang aku nak katakan untuk hari ini . Awek lawa dan cantik adalah satu anugerah , biasa kita lihat awek lawa ni pakwenya tak hensem . Tapi siapa kita yang mengatakan mereka tak hensem ? Kita bukan pakwe/makwe mereka . Oh jangan doakan . Haha . Awek dahi licin memang seronok nak dilihat , kalau tengok sangat comel tu lagilah ye . Lagi lah geram , ye dowk ? Haha . Okay , aku terkecuali =p .
sorang lagi awek berdahi licin =)
Dalam hal ini , masing-masing lah kan ? Korang nak bercinta , bukannya pihak jiran sebelah rumah kau kan ? Ada aku kisah atau tak ? Baiklah bermula semula dengan permulaan cerita kita tadi . Kenapa lelaki suka cari perempuan yang berdahi licin ? Sebab itu untuk calon isteri . Kenapa nak cari calon isteri yang berdahi licin ? Jawapan aku mudah je , nak cium masa lepas akad nikah nanti lah , kalau muka bergerutu nak ke ? Haha . Aku jujur terlebih ni , takut ada yang sentap pulak .
Aku taknak cakap lebih-lebih nanti jadi hukum karma pulak , naya kan ? Haha . Baiklah , kalau bakal isteri tu tak boleh nak berdahi licin sangat , make up aje lah . Senang kan ? Hoho . Okay , kenyataan yang aku berikan ini sangat lah lemah . Terlalu lemah untuk dibahaskan di dalam dewan Parlimen Blogger , sebab semuanya pandai-pandai . Aku tak cakap , orang lain yang habaq mai . Hehe .
Kita teruskan lagi dengan perihal awek cantik ini . Ada satu status yang aku baca petang tadi dalam Facebook , ada kawan aku ni dengki yang gay boy dan lesbo gurl semua pasangan dia macam sempurna . Cantik , lawa , hensem dan tampan . Korang perasaan tak ? Ada ke macam si loser jadi gay ? Semuanya muka-muka bajet hensem dan memang sah hensem kan ? Muka kampung ni susah nak tengok ada yang gay , tapi tak tahu lah pulak kan ? Semuanya tercatat dalam diari masing-masing lah .
Korang yang takde awek atau pakwe ni nak dengki tak bila pasangan gay dan lesbian ni dapat pasangan yang sempurna bagi zahirnya ? Mesti ada kan ? Ok , kita fikir semula , kalau nak diikutkan semula memang zahir lawa dan hensem tapi ada satu yang sangat jijik dan menjengkelkan dan aku rasa pembaca dapat tahu apa dia . Hehe .
Okay cukup dulu di sini aku menaip , terlalu bebas nanti takut terbabas pulak . See you ya !
Thursday, 12 July 2012
MANIFESTO PALSU MACAM BABI
Manifesto . Perkataan untuk hari ini . Kenapa aku berkata tentang itu ? sebab mungkin pilihanraya tak lama lagi kan berlangsung ? Aaah pergi mampus ok?! Aku malas nak ambil tahu , tapi sebagai rakyat Malaysia aku akan pergi untuk hari itu , hari pilihanraya . Aku sokong apa ? Aku sokong apa yang aku sokong lah , bukannya terpengaruh dengan mana-mana pihak. Semua itu bullshit sahaja . Susah nak berpendirian dalam sesuatu hal ini begitu juga dengan diri aku berkaitan blog ini .
Aku baru je tukarkan nama blog ini kepada yang lebih professional i think. Bukan lagi tikitaka cinta sebab aku mungkin tiada kebebasan untuk menulis apa yang aku mahu tulis . Sekarang aku akan namakan blog ini sebagai BLOG BEBAS BUKAN TERBABAS.
Ini lebih elok daripada sebelumnya . Bagi yang tak pernah nak tahu siapa aku , tak perlulah tahu . Korang baca je apa yang tersebar dalam blog aku ini . Aku bukan seorang pengikut ajaran sesat yang nak jatuhkan kerajaan yang sedia ada , jauh lagi stalker yang entah apa-apa yang ada dalam Facebook . Aku cuba tak kacau hidup sesiapa pun. Baiklah kita mulakan semula dengan perkataan yang aku sebutkan pada mula tadi. Manifesto .
Kita biasa dengar tentang manifesto pilihanraya kan ? pernah tak korang dengar manifesto yang pernah mak ayah korang tujukan untuk korang ? Jarang benar kita dengar kan ? Tapi ianya wujud. Yup sekali lagi aku nak katakan yang ianya wujud. Manifesto daripada ibu bapa buat anak-anaknya . Mereka ada berjanji kepada kita untuk menjadikan kita bahagia , gembira dan sentiasa tersenyum walaupun mereka bersusah payah untuk kita. Manifesto yang biasa kita dengar ialah 'ayah akan jaga kau sampai bila-bila' .
Okay itu cukup .
Itu haiwan yang paling
Okay aku tak nak bagi pembaca di sini rasa macam
Aku tak takut dikecam sebab menulis perkataan
BABI = VAVI = VIVA .
Erk , jangan saman aku !
Apa pula persamaan
okay cukuplah aku bermukadimah di sini . Nanti apabila aku rajin nak menulis aku tulis , aku bukan nak jadi blogger glamour . Aku menulis kerana minat dan inginkan nyatakan apa yang aku inginkan . Byeee!
Subscribe to:
Posts (Atom)