PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Thursday, 26 July 2012

KAD RAYA DARIPADA SYAFIKWAY 2012

Assalamualaikum salam ramadhan semua . Entry kali ini tiada isi yang penting pun yang nak disampaikan cuma nak mengucapkan Salam Ramadahan al-Mubarak . Itu je . Tapi ada yang lagi penting aku nak buat kat sini , macam ni , ada satu soalan untuk korang semua . Bila kali terakhir korang semua dapat kad raya ? Ahha , kalau aku mungkin 5 tahun yang lepas , tak berapa nak ingat sangat lah . =)

Korang semua nak kad raya daripada aku tak ? Hehe . Sekarang ni aku sedang programkan satu rancangan di mana aku nak kembalikan tradisi yang pernah kita kecapi dulu . Cewah , macam retis pulak dah . Maksud aku di sini , sekarang kan kecoh dah dengan twitter , Facebook , Instragram lah dan macam-macam lagi . Sebelum hari raya Aidilfiri ini aku akan beri kepada 10 orang yang bertuah untuk dapat kad raya daripada aku . Lepas tu , kalau sudi kita bertukar-tukarlah pula kad raya . Kalau nak lagi faham korang baca syarat di bawah ini :

1. Mesti baca blog aku , kalau tak follow pun takpe . (aku bukan gila follower,haha) .
2. Buat entry bertajuk 'KAD RAYA DARIPADA SYAFIKWAY 2012' .
3. Dalam entry tu , hanya tuliskan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' dan letakkan gambar yang         berkonsepkan bulan Syawal . (contoh gambar ada di bawah)







4. Lepas dah siap entry tu , tinggalkan link blog anda di dalam ruangan komen dalam entry aku ini .
5. 10 yang bertuah aku akan hubungi nanti .

TARIKH TUTUP : 08 OGOS 2012 .

Gambar yang menarik perhatian aku akan dapat kad raya daripada aku !! Hehe .

# kalau aku dapat balasan kad raya daripada 10 yang bertuah tu , aku akan beri  duit raya kat diorang, Insya Allah =)) .

Semua yang baik datang daripada Allah S.W.T , semua yang jahat datang dari diri kita sendiri . Bersedekah itu amalan mulia . Jom SOLAT !!!




Thursday, 19 July 2012

PAHANG di LIGA SUPER 2013

Fuhh , barulah lega dapat habis tengok play-off Liga Super Malaysia 2012 sebentar tadi . Tiba-tiba rasa nak update tentang bola sepak Malaysia pulak tengah malam ni . Mana taknya pasukan kesayangan aku , Pahang berjaya melangkah ke Liga Super untuk musim depan . Walaupun dikecam teruk sebab dah masuk Liga Perdana tahun lepas , tetapi dengan semangat dan azam pasukan yang digelar Tok Gajah , mereka berjaya mendapat nombor kedua di bawah pasukan ATM .

Pahang menang dengan keadaan yang sungguh mengujakan bagi diri aku . Walaupun keadaan 2-0 memberi sinar harapan untuk Pahang melangkah ke Liga Super dengan lebih awal namun 2 gol yang hadir di separuh masa kedua untuk Kedah buat aku cuak ! Sungguh sehh !

penjaring gol kedua Pahang , Boris .


Dalam masa tambahan , Kedah dapat kad merah untuk Khyrill Muheymen sebab dah dapat 2 kad kuning . Time tu aku rasa Pahang boleh nak score tapi tak boleh , apa yang bolehnya Pahang dapat 2 kad merah pula menerusi Gopinathan dan Azlan . Macam semangat Chelsea yang tak pudar-pudar untuk menang sesuatu perlawanan , Pahang tak mudah berputus asa .


Gopinathan , pemain pertama Pahang dilayang kad merah


Penalti akhirnya yang akan menentukan keputusan perlawanan .

Kedudukan 2-2 selepas 5 sepakan masing-masing daripada Kedah dan Pahang . 4 sepakan penalti Pahang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang , Wan Azraie Wan Teh . Power gilaa kau bro . Haha , bangga aku dengan keeper Pahang sekarang ni . Kapten Pahang , Jalaluddin Jaafar yang berumur 37 tahun berjaya memenangi perlawanan ini selepas berjaya menjaringkan penalti untuk Pahang . Tahniah Pahang . Tahniah Tok Gajah .

Jumpa di LIGA Super 2012 tahun depan .



 fuhhh.nasib baik .....

Wednesday, 18 July 2012

PERKARA YANG DILAKUKAN SELEPAS PUTUS CINTA





Pernah bercinta ? Entry kali ini tentang cinta ? Tapi bukannya cinta monyet , tapi bila dah putus cinta . Opss , entry kali ini mungkin ada kena mengena dengan pembaca juga , siapa tahu kan ? Siapa rasa cili dialah yang rasa pedasnya =P

Putus cinta terlalu sukar . Kadang-kadang terlalu mudah (ini untuk yang dah biasa) . Bila tengok filem janda-jandaku gengster rasa macam tak logik pulak bila dah kahwin 5 kali tapi jodoh tak berapa nak kuat , dah jalan cerita kan ? Macam-amacm lah boleh karang , kalau putus cinta 5 kali , korang pernah tak ? Okay , jujur aku katakan kat sini yang aku tak pernah clash sampai 5 kali . Kenapa aku cerita pasal putus cinta pula untuk entry kali ini ? Baiklah inilah sebabnya .

Apa tindakan korang bila dah putus cinta ? Macam-macam , ada tak korang alami macam aku senaraikan di bawah ni (berdasarkan pengalaman jiran sebelah rumah atok aku) .

1. MAKAN BANYAK



Okay ini mungkin kerana tekanan , bila dah putus rasa macam tak tahu nak buat apa lagi kan ? Kalau dulu kita boleh nak mesej ke call atau hangout ngan dia , tapi bila dah bosan tak tahu nak buat apa , makan adalah hak yang asasi bagi individu tersebut . Salah satu cara bagi menenangkan fikiran yang kusut masai . Kadang-kadang ada yang tak sedar makan terlalu banyak sampai akhirnya perutnya sangat-sangat penuh .

"mak , perut adik dah Boroi laaa .."

2. TAK LALU MAKAN



Ini berlawanan dengan apa yang terjadi untuk perkara yang pertama tadi. Ada jugak peelnya yang macam ni , rasa nak lempang pun ada gak , yelah kalau kita ni asyik nak makan je , tapi bila dah ajak dia nak makan tengah hari tapi dia tak nak , rasa macam nak ketuk je kepala orang ni . Bayangkanlah Ahmad tu sebagai roomate korang yang baru putus cinta , tiba-tiba rasa tak selera nak makan sebab baru putus cinta . Bila korang ajak , TAKNAK. Ishh menyusahkan adalah , dia tak habis duit nak makan tapi lainnya dengan aku , (haha,dengki sebab hal tu) =P

Terlalu memikirkan kenapa dia putus cinta ? Kenapa perempuan/lelaki tu tak suka dia lagi ?
Apa salah dia ? terfikir jugak kadang-kadang pernah ke yang dia korek hidung dan tunjuk kat awek dia ? Hurm , TAK PERNAH . Ishh , kalau dah macam-macam fikir tu , APA PUN TAK BOLEH ! Haha .

3. PERGI JALAN SESORANG



Ini bila rasa diri tu diLONELYkan. Kesian kan ? Kadang-kadang pergi makan sorang , pergi joging sorang dan macam-macam lagilah sorang . Kalau kita ajak dia pergi mana-mana , tak mahu . sebab katanya nak releasekan Tension. Eyhh pernah tensen ke kalau putus cinta ? Bagi aku enjoy je (macam dah biasa je,wakaka) .

Ingat boleh ke jadi macam dalam filem , bila duduk sorang-sorang tiba-tiba ada terlanggar dengan sorang awek ni , berkenalan dan bercinta . kemudian berkahwin . Hamboi senang sungguh . Haha . Apa yang paling penting berusaha lah ye ?!

4. KELUAR DENGAN MEMBER SOSIAL



Tadi pergi jalan sesorang , sekarang keluar dengan member sosial . Member sosial ? Korang tahu ke apa dia tu ? baiklah biar aku jelaskan , nanti macam-macam pulak korang fikirkan , GAY lah , LESBIAN lah , PELACUR laa , macam-macam . Macam ni , teman sosial tu macam teman yang boleh bawak kita dalam keadaan happy selalu , no kesedihan masa keluar tu . Kiranya masa keluar dengan member-member yang macam tu , rasa ENJOY !

5. BERIBADAT DAN BERDOA



Hurm , lebih baik macam ni kan ? Teruskan berdoa dikurniakan jodoh yang baik daripada sebelumnya dan janganlah terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti . Contohnya kalau ada boyfriend ataupun girlfriend , takyah lah nak demand sangat bila ada member lain nak berkenalan . Jodoh semua atas kehendak Allah . Jangan lupa tu , mungkin pakwe/makwe yang korang pegang tangan sekarang bukan milik korang selamanya . Mungkin berpacaran pula dengan orang paling kau benci satu ketika dulu (opss , ini pun sumber filem jugak ni) . Haha .

Baiklah tutup cerita , yang penting semua-semua nya okay sahaja kan ? Bye =D



++++-----++++