PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Saturday 17 August 2013

3 JENIS KUDA DALAM DIRI MANUSIA



Manusia ada tiga jenis ; kuda ladang , kuda lumba dan kuda sarkas . Ini aku ambil status daripada member aku d BBM . Aku tak tahu la dia sedang baca ke tak , tapi aku rasa tak , sebab member-member rapat aku tak beritahu pun link url nya walaupun mereka tahu aku blogger . Ceh blogger apa ? Blogger hampas ! Nak tulis entry takde konsisten langsung . Time ada mood je bolehnye , takpon tengah-tengah memang mood kosong boleh la nak melalut what ever di dalam blog ini . Okay cukup mukadimah mengarut !


Aku masih keliru lagi apa maksud status dia ni . Kuda ladang , kuda lumba dan kuda kursus . Manusia ni ada sama jenis dengan kuda ke ? okay , kalau korang fikirkan pasal nafsu kuda tu mungkin betula la jugak , kalau tak , takkan la ada kes rogol tiap-tiap hari kan ? Hemmm , okay tutup cerita lucah tersebut .

Kalau kata sifat kuda tu sesetengah orang je la , ada juga macam anjing , platipus , gajah dan khinzir. Itu memang tidak dinafikan . Tapi kepada pembaca blog sekalian , korang ialah manusia yang terpuji . hehehe , pandai mujuk nohhh.


Baiklah kita pergi ke satu-satu jenis kuda yang dia maksudkan tadi . Kuda ladang ? hemmm mungkin manusia ni yang suka duduk rumah je kot , tapi kalau pembaca sekalian ada pandangan dan cadangan cuba kongsi dengan aku , mungkin nanti aku boleh perjelaskan lagi . =)
Manusia yang aku rasa ikut je apa-apa rules kat atas muka bumi ataupun dinamakan Macai . Opsss , nanti ada yang salah sangka lak . macai tak semestinye merujuk kepada prokerajaan. Maaf ye sesiapa yang terasa. Manusia jenis kuda ladang ni mungkin manusia yang hanya mengikut apa yang perlu dilakukan dengan penuh tersusun . Kalau hari tu dia kena pergi kerja , kerja je la dia . Kalau hari tu kena menebas rumput tepi rumah , menebas je laa die .

ENTRY MENGARUT ? Okay , fine korang berhak nak nafikan perkara di atas . hehe .


Okay jenis kedua ialah kuda lumba , yang ni aku rasa agak bagus laa tapi penuh egois . Yang ni kejarkan kemewahan , harta dan segalanya laa . Mereka kalau bekerja akan buat sungguh-sungguh (okay itu bagus) , tapi kalau ada niat di sebalik tu macam mana ? Korang pernah liha kuda berlumba tak ? Untuk apa tu ? Untuk menang kan ? Sama la seperti manusia yang jenis ni juga , jenis nak dapatkan kepentingan yang tersendiri sahaja . Tapi apa-apa pun manusia jenis ni ialah manusia yang penuh semangat dan keringat .

ENTRY MENGARUT ? Errr, okay ... sekali lagi .



Jenis ketiga ialah juda sarkas . Bila kita ke sarkas orang akan terhibur . Orang akan ketawa . Gelak-gelak itu memang wajib , betul tak ? Manusia jenis ini bagi aku mungkin jenis yang tak kisah diketawakan , sebab dia ni jenis penghibur , macam pelawak kat Malaysia ni lah . Bagi mereka diorang hanya untuk digelak . Walaupun ada mesej-mesej yang cuba disampaikan tapi dah nama pelawak memang orang tak fikir apa dah . Mungkin kalau buat agak lawak cerdik , persembahan tak laku . tapi bila buat lawak lucah...euuwwwww penuh dengan orang suka dan gelak . Semacam macam tu laa .

Bukan nak target kat pelawak je tapi tuju juga kepada sesiapa yang berkenan . Contohnya dalam satu kumpulan kawan-kawan , akan ada seoarang jenis seperti ini , jenis sarkas ini . Sebabnya kerja nya asyik menghibur orang . Dia tak kisah orang nak kata apa kat dia . kalau tak satu sekupumlan itu semstinya bosan dan asyik blur je . Kot.. hehehe .



ENTRY MENGARUT ? Hummm okay , ikutlah nak cakap apa-apa pun , bagi aku ianya best , tapi kalau ada yang rasa entry ini macam cinai , just jujur je . Hehehe . Bye. Ehh , jap tadi terfikir lak , sebab apa member aku tu tak tulis sal haiwan lain ? kenapa kuda ? Korang ada jawapan tak ? Hummmm =o






No comments:

++++-----++++