PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Friday, 13 July 2012

CANTIK DALAM KONTEKS TERBABAS

Bila jumpa awek lawa je terus nak mengorat ? Hey , mabuk ke apa ? Awek berdahi licin kadang-kadang menjadi sasaran . Letaklah gambar dalam Facebook muka berkedut teruk , kita tengok apa yang berlaku ? Laku ke tak muka korang semua . hehe .


Hye yuyu , sowi amek gamba awak =)


Baiklah inilah apa yang aku nak katakan untuk hari ini . Awek lawa dan cantik adalah satu anugerah , biasa kita lihat awek lawa ni pakwenya tak hensem . Tapi siapa kita yang mengatakan mereka tak hensem ? Kita bukan pakwe/makwe mereka . Oh jangan doakan . Haha . Awek dahi licin memang seronok nak dilihat , kalau tengok sangat comel tu lagilah ye . Lagi lah geram , ye dowk ? Haha . Okay , aku terkecuali  =p .


sorang lagi awek berdahi licin =)


Betul ke lawa ni boleh buat kita bahagia ? Dari satu sudut , ada betulnya jugak . Ini sebabnya bila kita lihat wajah dia , ya Allah cantiknya ! Rezeki rezeki . Terus kita rasa nak bersama dengannya selalu , disampingnya selalu , ini bagi pakwe yang mementingkan kecantikanlah . Namun mungkin ada pakwe yang sedang baca blog ini yang ada makwe tak berapa nak lawa marah kat aku . Haha . Sabar beb , sabar .

Dalam hal ini , masing-masing lah kan ? Korang nak bercinta , bukannya pihak jiran sebelah rumah kau kan ?  Ada aku kisah atau tak ? Baiklah bermula semula dengan permulaan cerita kita tadi . Kenapa lelaki suka cari perempuan yang berdahi licin ? Sebab itu untuk calon isteri . Kenapa nak cari calon isteri yang berdahi licin ? Jawapan aku mudah je , nak cium masa lepas akad nikah nanti lah , kalau muka bergerutu nak ke ? Haha . Aku jujur terlebih ni , takut ada yang sentap pulak .

Aku taknak cakap lebih-lebih nanti jadi hukum karma pulak , naya kan ? Haha . Baiklah , kalau bakal isteri tu tak boleh nak berdahi licin sangat , make up aje lah . Senang kan ? Hoho . Okay , kenyataan yang aku berikan ini sangat lah lemah . Terlalu lemah untuk dibahaskan di dalam dewan Parlimen Blogger , sebab semuanya pandai-pandai . Aku tak cakap , orang lain yang habaq mai . Hehe .

Kita teruskan lagi dengan perihal awek cantik ini . Ada satu status yang aku baca petang tadi dalam Facebook , ada kawan aku ni dengki yang gay boy dan lesbo gurl semua pasangan dia macam sempurna . Cantik , lawa , hensem dan tampan . Korang perasaan tak ? Ada ke macam si loser jadi gay ? Semuanya muka-muka bajet hensem dan memang sah hensem kan ? Muka kampung ni susah nak tengok ada yang gay , tapi tak tahu lah pulak kan ? Semuanya tercatat dalam diari masing-masing lah .

Korang yang takde awek atau pakwe ni nak dengki tak bila pasangan gay dan lesbian ni dapat pasangan yang sempurna bagi zahirnya ? Mesti ada kan ? Ok , kita fikir semula , kalau nak diikutkan semula memang zahir lawa dan hensem tapi ada satu yang sangat jijik dan menjengkelkan dan aku rasa pembaca dapat tahu apa dia . Hehe .

Okay cukup dulu di sini aku menaip , terlalu bebas nanti takut terbabas pulak . See you ya !


Thursday, 12 July 2012

MANIFESTO PALSU MACAM BABI





Manifesto . Perkataan untuk hari ini . Kenapa aku berkata tentang itu ? sebab mungkin pilihanraya tak lama lagi kan berlangsung ? Aaah pergi mampus ok?! Aku malas nak ambil tahu , tapi sebagai rakyat Malaysia aku akan pergi untuk hari itu , hari pilihanraya . Aku sokong apa ? Aku sokong apa yang aku sokong lah , bukannya terpengaruh dengan mana-mana pihak. Semua itu bullshit sahaja . Susah nak berpendirian dalam sesuatu hal ini begitu juga dengan diri aku berkaitan blog ini .

Aku baru je tukarkan nama blog ini kepada yang lebih professional i think. Bukan lagi tikitaka cinta sebab aku mungkin tiada kebebasan untuk menulis apa yang aku mahu tulis . Sekarang aku akan namakan blog ini sebagai BLOG BEBAS BUKAN TERBABAS. 

Ini lebih elok daripada sebelumnya . Bagi yang tak pernah nak tahu siapa aku , tak perlulah tahu . Korang baca je apa yang tersebar dalam blog aku ini . Aku bukan seorang pengikut ajaran sesat yang nak jatuhkan kerajaan yang sedia ada , jauh lagi stalker yang entah apa-apa yang ada dalam Facebook . Aku cuba tak kacau hidup sesiapa pun. Baiklah kita mulakan semula dengan perkataan yang aku sebutkan pada mula tadi. Manifesto . 

Kita biasa dengar tentang manifesto pilihanraya kan ? pernah tak korang dengar manifesto yang pernah mak ayah korang tujukan untuk korang ? Jarang benar kita dengar kan ? Tapi ianya wujud. Yup sekali lagi aku nak katakan yang ianya wujud. Manifesto daripada ibu bapa buat anak-anaknya . Mereka ada berjanji kepada kita untuk menjadikan kita bahagia , gembira dan sentiasa tersenyum walaupun mereka bersusah payah untuk kita. Manifesto yang biasa kita dengar ialah 'ayah akan jaga kau sampai bila-bila' . 

Okay itu cukup . 



Babi . Babi . Babi .





Itu haiwan yang paling babi . kejap ! Kenapa perkataan Babi tu disinonimkan dalam perdebatan bila ada je nak mencarut . Mungkin orang islam sahaja yang sebut nama binatang tu , maksud yang lebih mendalam ialah orang islam yang ada di Malaysia . Kalau ada hati yang baik tu , mungkin mereka tak sebut . Tapi kalau dah terbiasa tu perkataan Babi dah sebati dalam diri . Aku sendiri pun kadang-kadang gelarkan jugak BABI itu sebagai babi . Contohnya macam ada yang buat salah pada kita , kita cakap BABI . Okay taknak tulis caps lock untuk babi . Nanti dia baca ni rasa glamer pula . Aku bukan nak cakap kat sesiapa cuma aku nak share kan je kat pembaca semua .

Babi itu haiwan . Haiwan itu makhluk tuhan . Kenapa tuhan ciptakan makhluk yang bernama babi ini ? Setiap kejadian ada hikmahnya . Babi ada hikmah gak ke ? Baiklah kalau takde babi apa yang boleh kita cakap bila nak mencarut ? hurm , macam-macam kan ? Tetapi babi lah yang paling popular . Sebab apa ? Sebab babi adalah babi . Babi betul !

Okay aku tak nak bagi pembaca di sini rasa macam babi bila baca entry yang terbaru ni . Kadang-kadang apa perkaitan tajuk babi ni dengan cinta ? Hurm , ada kaitan nya . baru kejap tadi aku ada terbaca status member facebook aku ni . CINTA BABI , TAKNAK BERCINTA LAGI . Okay , makhluk itu adalah wanita . Mungkin beliau sangat tertekan kerana banyak lelaki yang mencintainya persis perangai macam babi . Bukan salah dia dapat ex-ex yang macam tu . Bukan salah takdir juga dia dapat pakwe-pakwe yang macam tu , itu semua sebab ada binatang babi kan dunia ini . Faham tak maksud aku ? Tak faham ? Aduh sungguh babi betullah siapa yang tak faham , opsss terlebih jujur pulak .

Aku tak takut dikecam sebab menulis perkataan babi dalam blog aku , mungkin nanti ada yang ingin blok aku cuma bukan masa sekarang ini , sebab perkataan babi wujud dalam Kamus dewan . Bukan perkataan yang aku curi dari mana-mana negara pun . Kalau Indonesia sendiri nak kata yang perkataan babi ini dari negara diorang , ada apahal ? Pergi babi lah . Yang paling menraik hati aku dalam maksud babi ini ialah


BABI = VAVI = VIVA . 




Erk , jangan saman aku !


Apa pula persamaan babi dengan manifesto yang aku inginkan kepada pembaca sekalian ? Korang mesti tak faham kan ? baiklah inilah perkaitannya , bila seseorang itu tidak menepati manifesto yang ingin orang inginkan , bukankah orang yang menunggu ini rasa macam babi je .Memang babi kalau kau buat manifesto macam tu tapi tak lunaskan !


okay cukuplah aku bermukadimah di sini . Nanti apabila aku rajin nak menulis aku tulis , aku bukan nak jadi blogger glamour . Aku menulis kerana minat dan inginkan nyatakan apa yang aku inginkan . Byeee!


Wednesday, 20 June 2012

BILA MANUSIA DIUKUR DENGAN RUPA FIZIKAL




Terkesima sebentar wajah Valeria mendengar ucapan yang diluahkan dari mulut Albert . Dia tahu selama ini Albert hanya memendam perasaan kepadanya sahaja . Namun ia berubah setelah kejadian tempoh hari . Ketika itu waktu hujan yang tak berapa nak lebat , Valeria dan Albert yang memang telah mengenali sesama mereka selama 3 tahun mereka belajar di sebuah IPTA jauh di utara semenanjung .

Tayar Mercedez Benz yang dipandu oleh Albert telah pancit ketika waktu hujan rintik itu turun . Namun untuk tidak menghampakan seorang gadis yang beliau sangat cintai , beliau tidak rela melihat Valeria keseorangan ketika beliau hendak memohon bantuan luar.

"Val , u nak ikut i tak ?"

"where?"

"nak mintak bantuan someone supaya tayar kereta ni elok semula"

"okay,i follow u, lagipun i takut lah kalau sorang-sorang dalam car u ni , tak pasal-pasal nanti ada yang nak merompak pulak, i kan lawa , bergetah , cun ."

Nampak sangat takburnya si Valeria berkata kepada Albert . Namun Albert tidak mengendahkan itu semua kerana bagi Albert itu hanya sebagai mainan kata-kata daripada Valeria . Sesungguhnya beliau sangat mencintai Valeria sejak minggu orientasi lagi di IPTA .

Tiba-tiba ...

DAMMMM!!!!


"eh , kenapa ni ?"

Skrin televisyen plasma 39 inci yang dimiliki Mat terpadam . Mat bengang . Ketika itu beliau sangat seronok menonton babak itu bersama isterinya Aisyah . Rujuk entry ini jika tak tahu siapa mereka. Bengang pun takde makna juga , bil elektrik 3 bulan masih tak berbayar pun .

Aisyah pula ketika itu sudah terlelap .

"aiyoo , dahlah tibi aku dop tengok ni terpadam , yang bini aku ni pun tidur masa ni pulak dah , dah lah masa siang-siang tadi puasa . Aku tak dapat ''mende' tuh(jangan fikir negatif,boleh?) , kalau malam ni tak dapat lagi entahlah nasib aku (sekali lagi tolong jangan fikir negatif) , meroyan hendaknya"

"aisyah oh aisyah ,bangunlah sayammm abammm "

Reaksi Aisyah seperti layan tak layan je , terus Aisyah masuk ke bilik untuk sambung tidurnya semula .

"lah,awalnya masuk tidur sayang ?"

"ermphh,ngantuk..",luah Aisyah dalam keadaan yang sangat mengantuk dan blur .


"emm,abang 'nak' sayang malam ni boleh?"

"nak apa?, sayang ngantuklah"

"laah , nak 'tuh' lah , boleh tak?", jari telunjuk Mat menuju ke arah badan si Aisyah .

"dahlah abang , sayang ngantuklah , esok je ok?"

"hurmmm,ok fine"

Hampa. Itulah perasan si suami jika tak dapat apa yang diimpikan selepas 17 hari berpuasa . Dan 17 kali jugalah isterinya meluahkan kata-kata seperti ini :

"dahlah abang , sayang ngantuklah , esok je ok?"

Naik muak Mat mendengarnya . Tapi takpelah dah takde rezeki bagi si Mat untuk memuaskan nafsu bersama isterinya . Beliau tidak mahu yang dia seorang sahaja puas dalam perhubungan seperti itu . Namun beliau harus akur , ini bulan Ramadhan . Banyakkan baca Quran lagi bagus .

====================================================================

"selamat pagi abang!"



Ceria sungguh wajah si Aisyah bila sahur menjelma . Dan waktu itu sangat dibenci bagi si Mat . Ketika kecil dulu , beliau tidak suka nak bangun sahur . Pernah satu ketika semasa beliau berumur 14 tahun , ketika itu mak angkatnya , Mak Cik Senah mengejutnya untuk sahur . (rujuk entry ini untuk kenal Mak Cik Senah)

"bosanlah sahur ni , tak selera nak makanlah"

"apa pulaknya , sahur ni kan banyak berkat,"ujar MCS* kepada si Mat .

"mak nak berkat ke ? Kalau nak berkat nanti pergi bazar pakai tudung tau ?"

Terkesima Mak Cik Senah kena sound dengan anak angkatnya itu . Beliau tahu yang beliau seorang yang freehair bukan freethinker . Itu lagi berdosa . Selepas itu , secara perlahan-lahan Mak Cik Senah berjaya untuk memakai pakaian yang lebih elok rupanya , dan bukanlah seperti bungkusan nangka yang ada di kebun Pak Abu , si tukang kubur kampung paling hensem di kampung itu 40 tahun dahulu . Namun ianya beruba setelah kemalangan tragis yang mengakibatkan giginya rongak .

====================================================================

Berbalik semula pada cerita si Mat dan Aisyah .

====================================================================

Selesai sahaja bersahur , si Mat terus masuk ke bilik untuk tidur sedangkan isterinya , Aisyah sibuk membasuh pinggan dan membuang lauk-pauk yang dah tak hensem ke dalam tong sampah .

"kalau ikutkan hati aku , nak je pelangkung kepala laki aku ni , bukannya nak tolong aku , terus tidur adalah , hampeh tol!" , namun marah si Aisyah tidaklah seperti menggigit kain buruk Mak Cik Rokiah yang tersidai di atas pagar rumah peninggalan suaminya dulu sampai terputus-putus .

"kalau macam ni lah perangai dia baik aku kawen ngan ustaz , konfom bahagia hidup aku, hahahhahahahahaha," gelak Aisyah sungguh bernafsu pada pagi yang hening itu . Jiran Aisyah , Mimi yang tinggal berseorangan kerana suaminya pergi ke Gaza untuk hantar bekalan ubat tidur kepada askar Israel mendengar ketawa batin Aisyah .

Terus Aisyah teringat cinta pertamanya dulu , yang masa tu dia jatuh cinta pada seorang ustaz dah berbini 3 . Sungguh hairan rakan-rakan Aisyah melihat kesungguhan si Aisyah untuk memdirikan rumah tangga lif dan sebagainya bersama ustaz tersebut . Walaupun sudah beristeri 3 namun ustaz itu seorang yang baik dan lembut butir bicaranya . Beliau tidak pernah berbohong kepada isterinya yang pertama tentang niat untuk berkahwin kali kedua begitu juga untuk kali ketiga . Cuma yang kali ketiga ni , ustaz itu bercerai dengan isterinya kerana isterinya itu mengidap barah usus kus kus kus .

"kalaulah aku berlaki dengan ustaz aku rasa dunia aku akan baik-baik sahaja , tapi takde kebebasan pulak , yelah nak jemur kain pun nanti kena pakai jubah lah ape lah , macam-macam."

Aisyah tahu macam-macam kesulitan bermain dalam otaknya apabila beliau memikirkan hal itu , namun setelah tahu yang ustaz itu pernah merogol seorang anak kandungnya sendiri membuatkan Aisyah sedar tentang sikap seseorang manusia .

Biarlah malas pun , asalkan tak jahat macam ustaz yang pernah beliau cintai dulu . Dan Aisyah sangat berharap satu hari nanti si Mat akan berubah untuk menjadi suami yang rajin dan sangat berdedikasi . Cuma masa sahaja tidak menyebelahi bagi diri Aisyah . Dalam hatinya berkata , "walaupun aku dapat suami yang pemalas , satu hari nanti boleh berubah punyeeee !" , sambil menunjukkan simbol macam Dafi buat semasa konsert mingguan Akademi Fantasia yang lalu di dalam hatinya , cuba korang bayangkan macam mana rupa hati si Aisyah ???




P/S : rambut sama je hitam , hati lain-lain . Mungkin yang macam tu boleh dikatakan tentang manusia , tak begitu ?

++++-----++++