PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Friday, 30 August 2013

MERDEKA BERSAMA YANG TERCINTA.



                  Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


       31 Ogos 2013. Buka mata , sambil teringatkan siarang langsung sempena menyambut kemerdekaan semalam . Terpesona . Sudah 56 tahun kita merdeka . Tapi masih dijajah . Haishh , ada lagi . Tapi sekarang siapa yang kisah ? Belum nak kisah lagi selagi Malaysia tak bergolak , puiii .

      Pagi sabtu 31 Ogos 2013. Lengang di atas dataran itu waktu dahulu kini sudah dipenuhi dengan orang ramai yang bergelaran di situ. Peluh-peluh menitik di antara dahi , dagu dan celah ketiak aku tak dapat dibendung lagi . Rasa macam nak lap peluh je , tapi bila tengok awek-awek litar jadi rasa macam cool. Berlagak! Haha .

" Best ke tengok perarakan?"

"Entah , jom laa . "

"Malas aku , tengok kat rumah je pun dah ok"

" Ikut kau la , aku malas nak ajak orang tak patriotik cam kau ni"

" Patriotik tak semestinya pergi perarakan"

"Tapi kalau dok dalam bilik terperap je , ada aku kisah ? Sambil mengaji takpe jugak , ini asyik dok menghayun kepala kat dinding , Black Metak wak lu "

" aaahhh , mampos aku laa"

     Memang berlagak . Abu a.k.a Abuza Black . Abuza Black tu dia gelarkan diri dia , dia kawan aku . Sumpah aku tak nak pun niat nak kenal dia , tapi tetibe wujud dalam hidup aku . Punah hidup aku 3 tahun hidup dengan dia . Munafik lebih. Hahaha . Bajet black metal sedangkan tak sedar dia tu slave je sebenarnya . Slave Allah S.W.T . =)


Nak diikutkan nak pergi perarakan , tapi macam malas lak bila takde member .

Tiba-tiba ..

"Teettt , Tettt , Tettt , Tettt , Tettt"

Bunyi mesej whatsapp masuk dari I phone 8 aku. Korang ada ? Dengki lettew . Haha .


Awek aku. =D


Cuba teka mana awek aku ? (kalau taktahu memang sah lah korang main terjah je)


MEREKA , MERDEKA , MERDEKA 


"Alamak , pukul 10 dah ke ? Alahai nak pergi perarakan apa kalau macam ni , Hehehe , takpe laa awek aku dah mesej bagi gambar-gambar dia di dataran merdeka membuatkan hati aku gembira .

Daripada melayan Abuza Black yang Black Metal kolot tu , baik aku layan kecomelan gambar gadis memakai baju hitam berebalang oren tu . heee . 

"thanks u awak" 

"welkem , nanti update dalam blog awak ye?"

" heee , okay sayang.."

"Heeeeeee..terima kaseh awak"

"Sama-sama,take care"




TAMAT.



Pesanan Cap Jari kaki : SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-56 MALAYSIA KU                                               GEMILANG. =)


Saturday, 17 August 2013

3 JENIS KUDA DALAM DIRI MANUSIA



Manusia ada tiga jenis ; kuda ladang , kuda lumba dan kuda sarkas . Ini aku ambil status daripada member aku d BBM . Aku tak tahu la dia sedang baca ke tak , tapi aku rasa tak , sebab member-member rapat aku tak beritahu pun link url nya walaupun mereka tahu aku blogger . Ceh blogger apa ? Blogger hampas ! Nak tulis entry takde konsisten langsung . Time ada mood je bolehnye , takpon tengah-tengah memang mood kosong boleh la nak melalut what ever di dalam blog ini . Okay cukup mukadimah mengarut !


Aku masih keliru lagi apa maksud status dia ni . Kuda ladang , kuda lumba dan kuda kursus . Manusia ni ada sama jenis dengan kuda ke ? okay , kalau korang fikirkan pasal nafsu kuda tu mungkin betula la jugak , kalau tak , takkan la ada kes rogol tiap-tiap hari kan ? Hemmm , okay tutup cerita lucah tersebut .

Kalau kata sifat kuda tu sesetengah orang je la , ada juga macam anjing , platipus , gajah dan khinzir. Itu memang tidak dinafikan . Tapi kepada pembaca blog sekalian , korang ialah manusia yang terpuji . hehehe , pandai mujuk nohhh.


Baiklah kita pergi ke satu-satu jenis kuda yang dia maksudkan tadi . Kuda ladang ? hemmm mungkin manusia ni yang suka duduk rumah je kot , tapi kalau pembaca sekalian ada pandangan dan cadangan cuba kongsi dengan aku , mungkin nanti aku boleh perjelaskan lagi . =)
Manusia yang aku rasa ikut je apa-apa rules kat atas muka bumi ataupun dinamakan Macai . Opsss , nanti ada yang salah sangka lak . macai tak semestinye merujuk kepada prokerajaan. Maaf ye sesiapa yang terasa. Manusia jenis kuda ladang ni mungkin manusia yang hanya mengikut apa yang perlu dilakukan dengan penuh tersusun . Kalau hari tu dia kena pergi kerja , kerja je la dia . Kalau hari tu kena menebas rumput tepi rumah , menebas je laa die .

ENTRY MENGARUT ? Okay , fine korang berhak nak nafikan perkara di atas . hehe .


Okay jenis kedua ialah kuda lumba , yang ni aku rasa agak bagus laa tapi penuh egois . Yang ni kejarkan kemewahan , harta dan segalanya laa . Mereka kalau bekerja akan buat sungguh-sungguh (okay itu bagus) , tapi kalau ada niat di sebalik tu macam mana ? Korang pernah liha kuda berlumba tak ? Untuk apa tu ? Untuk menang kan ? Sama la seperti manusia yang jenis ni juga , jenis nak dapatkan kepentingan yang tersendiri sahaja . Tapi apa-apa pun manusia jenis ni ialah manusia yang penuh semangat dan keringat .

ENTRY MENGARUT ? Errr, okay ... sekali lagi .



Jenis ketiga ialah juda sarkas . Bila kita ke sarkas orang akan terhibur . Orang akan ketawa . Gelak-gelak itu memang wajib , betul tak ? Manusia jenis ini bagi aku mungkin jenis yang tak kisah diketawakan , sebab dia ni jenis penghibur , macam pelawak kat Malaysia ni lah . Bagi mereka diorang hanya untuk digelak . Walaupun ada mesej-mesej yang cuba disampaikan tapi dah nama pelawak memang orang tak fikir apa dah . Mungkin kalau buat agak lawak cerdik , persembahan tak laku . tapi bila buat lawak lucah...euuwwwww penuh dengan orang suka dan gelak . Semacam macam tu laa .

Bukan nak target kat pelawak je tapi tuju juga kepada sesiapa yang berkenan . Contohnya dalam satu kumpulan kawan-kawan , akan ada seoarang jenis seperti ini , jenis sarkas ini . Sebabnya kerja nya asyik menghibur orang . Dia tak kisah orang nak kata apa kat dia . kalau tak satu sekupumlan itu semstinya bosan dan asyik blur je . Kot.. hehehe .



ENTRY MENGARUT ? Hummm okay , ikutlah nak cakap apa-apa pun , bagi aku ianya best , tapi kalau ada yang rasa entry ini macam cinai , just jujur je . Hehehe . Bye. Ehh , jap tadi terfikir lak , sebab apa member aku tu tak tulis sal haiwan lain ? kenapa kuda ? Korang ada jawapan tak ? Hummmm =o






Thursday, 15 August 2013

MASA

           
           Bila berkata tentang masa , orang akan katakan masa itu emas . Masa itu emas . Means that ? Bila kita dapat masa kita boleh jadi kaya dan harta itu boleh dikongsi untuk semua masayarakat di muka bumi ini . Kalau betul masa itu emas , dah ramai fakir miskin yang sudah menjadi kaya . Yang sudah ada kereta mewah dan sebagainya . Masa itu emas , memang ungkapan yang sangat-sangat tak bagi untung kat sesiapa yang tidak memahaminya.






Sebenarnya pemahaman emas itu adalah , masa takkan ditemui semula . okay kita fikir , bila difikirkan semula satu saat yang lalu , apakah yang anda lakukan ? Sedut nafas atau melepaskan nafas ? Walaupun perkara itu kita boleh melakukan beberapa kali namun waktu untuk kita melakukan perkara itu tidak boleh diulang . maksud penulis , jika waktunya 03.05.2013 pada pukul 2:30:45 petang , tentunya masa waktu itu sudah tidak ketemu lagi , yang kita temu adalah pada pukul 2:30:46 petang . Aneh kan ?

Ada yang hairan ke dengan kenyataan penulis ? Dipendekkan cerita macam ni laa , Abu berjalan di atas jambatan di kampungnya pada pukul 3:56 petang . Ali berjalan 3:57 petang . Masakan mereka boleh berjalan bersama-sama di atas jambatan dan melakukan perkara yang sama ? Harap pembaca sekalian faham la hendaknya .



Masa sukar untuk dipusing semula , kalau boleh pun jika anda yang mengubahnya sendiri . kalau ada yang gatal tangan , syok je nak pusing-pusing waktu pukul berapa yang dia nak . Lainlah kalau kita berada di dunia Doraemon . Senang je . Guna alatan-alatan yang tak boleh diterima dek akal tapi boleh diterima dek sains itu . =)

Kadang-kadang kita merasakan masa berlalu sangat cepat . Contohnya keluar dengan awek . Baiklah tak tahu jam mana yang kita tengok , alih-alih dari pukul 8.00 pagi sudah sampai waktunya pukul 5.30 petang . kalau yang sedang bercinta dan pernah bercinta , anda mesti pernah menghadapinya . Kalau yang single jangan kecil hati pulak , tak semestinya orang yang bercinta sahaja . Kalau kita berborak dengan kawan kita , ada banyaknya cerita dan macam-macam lagi lah yang dibualkan tentunya perjalanan jam akan bertambah cepat . Ini kerana kita tidak melihat jam tangan semasa kita bercakap . Kadang-kadang terasa rugi kalau asyik berborak je (bila difikirkan semula) , sebab akan membuang masa sahaja . Apa pandangan anda jika anda sendiri yang membuang masa ? ohhh tentulah rugi .



Masa kan emas , kalau masa itu dibuang , tentunya seperti kita membuang emas . Fuhhh , orang kaya pun taknak buang emas , kalau boleh masa yang ada tu macam-macam lagi perkara yang boleh dilakukan . hehehe , kadang-kadang penulis pun begitu .

Cukuplah dulu kita bercerita tentang masa , mungkin nanti ada bahagian kedua pula untuk membicarakan tentang masa ini . Akhir kata , anggaplah masa itu sebagai emas yang fantasi tapi berharga dalam diri ini =) .
Assalam .


GAMBAR PILIHAN ENTRY KALI INI #01






Sunday, 16 June 2013

#2 PAK MAT

 Syarifah adik Zaidi . Zaidi adik Nuar . Syarifah kakak kepada Zaidi dan Nuar . Okay , itu kesimpulan tentang kisah hidup Syarifah . Siapa Kamariah binti Samad ? Siapa Mat Topa bin Idrusi ? Siapa Mansor ?
Baiklah secara biologinya , Zaidi merupakan anak kandung Mat Topa bin Idrusi dan Kamariah binti Samad .

Syarifah dan Nuar adik beradik secara wajib . Tiada haram untuk menyentuh sesama sendiri kecuali mengeluarkan nafsu kepada diri masing-masing sahaja . Haram untuk melakukan hubungan seks sesama mereka . Okay titik . Berlebih-lebih nanti kena sebat . Padan muka aku .



Mansor semakin hairan dengan kehadiran Pak Mat sebentar tadi . Beliau tak sangka orang tua nyanyuk (maybe?) itu boleh menghilangkan diri dengan begitu mudah . Guna saka ? Guna sihir ? Guna silap mata ? Aaaah mengarut . Pak mat bodoh dalam hal-hal macam tu . Tiada idea untuk mengatakan beliau pandai sangat . Cuma yang membuatkannya pandai adalah mengeluarkan air mani untuk masuk ke ovum si isterinya menghasilkan bukan anak kucing. Tapi anak mereka sendiri . Pak Mat dan isteri manusia . Kesimpulannya , anak mereka bukan anak kucing . Noktah bertindih .


Anak Kucing : bukan anak manusia .
Anak manusia : Anak orang .



Karutan bagi seorang penulis sudah bermula . Pak Mat tak tahu ke mana beliau pergi , tadi baru sebentar Mansor hendak menumbuk mukanya . Namun sekarang Pak Mat sudah di tempat lain . Tempat yang amat gelap gelita . Tiada air . Tiada api . Sebab tak bayar elektrik dan api . Kan dah kata Pak Mat bodoh .



Mansor pelik . Hairan . Bagaimana orang tua seperti Pak Mat boleh hilang ? Takkan bagi penumbuk dah mati ? Tapi kalau dah mati tentu ada mayatnya . Tapi hilang . Lesap . Eh ? Kenapa macam tu ? Hairan lagi Mansor . Mansor pun berada di tempat lain . Hilang dari tempat yang wujud sebentar tadi . Otak masing-masing di bawah sedar . Masing-masing ? Maksud penulis apa ? Ahhh tak payah nak ambil kisah . Dermm !

 Pak Mat di dalam rumah kosong . Yang ada di situ cuma mancis sebatang dan katil saiz queen . Tapi tiada orang . Pelik dan pelik . Pak Mat jadi lagi pelik . Mungkin kerana penyakit lupanya yang mengakibatkan beliau di sini ? Ahh tak tahu laa . Pelik dan tetap pelik juga bagi Mansor . Bagaimana beliau boleh ada di tepi sungai di Kampung Damak . Sebelah kiri sungai ada papan tanda mengatakan " SELAMAT DATANG KE KAMPUNG DAMAK " .



Apa kaitan Kampung Damak dengan Mansor ? Apa kaitan Pak Mat dengan Mansor yang belum terungkai ? Eh , mengantuk mata penulis . Tidur dulu , nanti sambung . =D


#sambungan2



P/S : Banyak kaitan lagi yang membelenggu .xxxxx.

Wednesday, 15 May 2013

#1 PAK MAT






Diam sejenak . Hanya bunyi cengkerik yang bermain . Awan kolumbus menutupi segala ruang yang ada . Poster-poster calon-calon pilihanraya yang kalah masih bertebaran di sana-sini . Dilenyek lori pasir . Dilanggar bas mini . Serta diludahi oleh Pak Mat yang ingin terlalu membuang kahak hijau yang ada .

Penyakit Pak Mat teruk . Tapi tiada siapa peduli . Sebab apa ? Sebab beliau tidak pernah dapat masuk rancangan Bersamamu TV3 . Kena masuk rancangan tu baru orang boleh simpati . Tapi tengok kat rancangan tu , orang ada rumah jugak walaupun da nampak macam bangsal . Takde lak yang gelandangan .

Pak Mat mempunyai seorang isteri . Beliau merupakan bidadari bagi Pak Mat . Ketika berumur 19 tahun , Pak Mat kahwin . Kahwin dengan seorang anak dara yang tulen . Zaman berubah . Umur 19 tahun sekarang , 60 peratus aku percaya tiada dara . Kajian aku . Bukan kajian korang . Lantak aku .

Pak Mat tidak menyesal mengahwini gadis itu walaupun ibu bapanya yang merancang . Zaman dulu . Zaman komunis . Zaman tiada Kosmo . Zaman tiada fitnah dari Utusan . Zaman Harakah belum wujud . Zaman Sinar Harian yang masih belum hidung untuk dikorek . Zaman demi zaman . Lima orang anak bersama dengan isterinya itu .



Cantik . Ayu . Manis . Gebu . Ramping . Itu sifat-sifat fizikal isteri Pak Mat . Tapi itu dulu . Sekarang dah masuk kubur . Tanah kubur yang menimbusnya . Pak Mat takde arah hidup . Anak ? Cucu ? Tunggu zaman Facebook berkubur belum tentu mereka ingin menjenguk ayah mereka . Mungkin dah anggap mati pun . Kenapa macam tu ? Lantak diorang lah . Bukan salah aku . Aku hanya menulis cerita yang tak berkarisma ini sahaja .

Pak Mat berjalan seorang diri . Tiada arah hidup . Dulu dia sihat . Macam-macam pernah dia lakukan . Judi . Nombor Ekor . Betina . Semua Pak Mat tak buat semua tu . Tak pernah pun Pak Mat sentuh benda-benda haram itu kecuali rokok . Rokok haram ? Entah . Aku tak pernah hisap rokok . Jadi aku rasa diri aku tak haram laa .

Pak Mat terus berjalan dan berjalan. Tak sangka ada yang memerhati . Ada yang menengok . Ada yang prihatin .

Mansor . Anak saudara Pak Mat . Berumur 28 tahun . Anak muda yang hobinya merempit . Tapi tak pernah nak menyakiti Pak Mat . Layan pun tak . Macam mana nak sakiti Pak Mat . Tapi hari ini lain . Hari ini Mansor tak macam biasa . Mansor rasa lain . Mansor mahukan sesuatu dari orang tua itu . Dia tahu Pak Mat ada duit yang banyak selepas kematian isterinya dulu .


Isteri Pak Mat kerja kerajaan . Pencen ada laa . Nak kata kerja apa , maaf . Aku tak mahu sebut . Yang penting perkara itu tak menjejaskan hormon perempuannya . Mansor menuju ke arah Pak Mat , Pak Mat hampir terkejut . Nasib baiklah jantungnya ada di dalam badan , kalau tak sudah tentu jantungnya itu mengepam dengan laju bila dilihat dari luar . Dan tentu juga Mansor tidak berani mendekati Pak Mat . Pak Mat sekarang umurnya 80 tahun . Lebih kurang sama dengan Perdana Menteri ke-4 Malaysia .

Beza Pak Mat dengan PM ke-4 ialah Pa mat tak berduit . Kasta terlalu memainkan peranan dalam kehidupannya . Aku pun rasa macam tu . Tertindas di negara sendiri .

Mansor perlahan-lahan menerpa ke arah Pak Mat . Terus terjatuh . Terus tersungkur . Sakit . Itu mungkin keluhan insan yang jatuh itu . Bengang . Geram . Mansor tak sangka yang Pak Mat hilang begitu sahaja . Mansor tak sangka Pak Mat boleh hilang dalam sekelip mata . Mana Pak Mat ? Mana dia pergi ? Jasad yang Mansor lihat tadi tiada sudah . Lenyap . Mansor pelik . Mansor tak tahu nak kata apa . Bibirnya pecah kerana tersungkur .


Kubur pasangan bahagia itu cukup meriah dengan dahan-dahan patah yang jatuh serta daun-daun buruk yang berhamparan di atas kubur mereka . Pasangan ini merupakan pasangan bahagia . Meraka menikah ketika masih remaja . Remaja zaman 2020 sekarang apa mereka tahu ? K-Pop . K-Pop . K-Pop . K-Pop dan K-Pop lagi . Kalu dulu suka makan karipap , tapi zaman sekarang suka makan K-Pop . Menari tertungging . Tunjuk punggung bulat . Itu zaman sekarang , bukan dulu .

Kubur yang tertulis nama KAMARIAH binti SAMAD dan MAT TOPA bin IDRUSI sangat menyedihkan bagi Syarifah . Siapa Syarifah ? Apa kaitan dengan Kamariah dan Mat Topa ? Siapa pula Mansor ? Pak Mat ?


#sambungan


P/S : Idea cerita datang dari insan ini =D



Sunday, 21 April 2013

POLITIK BUSUK YANG JIJIK

Politik memang busuk kalau orang busuk yang masuk bertanding .
Politik memang busuk kalau cacian , hinaan , fitnah terus berleluasa .
Politik memang busuk kalau asyik memrendahkan kemampuan orang lain .
Politik sangat busuk kalau ada yang korupsi .




Politik oh Politik .


Pilihanraya ke 13 akan berlangsung 05.05.2013 .
Manifesto itu janji ke ?
Manifesti itu hanya angan-angan ke ?
Manifesto itu mungkin sebagai pemanis mulut je la ibarat meminang anak dara orang .


Tak suka bila politik dicampur aduk bersama hal agama .
Kalimah Alah .
Bible .
Kristian sebagai agama rasmi .
Menghina ulama .
Macam-macam .
Politik memang busuk !

Politik oh politik .



Susah nak cari politik yang suci sekarang ni .
Di negara islam sekalipun pemimpin penuh dengan dunia korupsi yang tersendiri .
Di Malaysia ?
Entah lah , susah nak habaq (bak orang kedah kata)


Rakyat didahulukan ?
Phuii !
Rakyat ditindas lagi adalah .
Bukanlah niat aku nak mempersoalkan kerajaan sekarang ini jahat .
Tapi bukankah itu yang berlaku ?
Semakin banyak korupsi yang berlaku .
Semakin ramai yang ditindas .
Tidak sampai umur 30 tahun sudah muflis.
Di mana keadilan ?


Politik oh politik .

Seks , lucah .
Yurkss .
Ditelanjangkan dengan video-video yang sangat bahana .
Kanak-kanak 5 tahun sudah kenal apa itu video seks .
Tiru ?
Janganlah salahkan mereka jika mereka mencuba .
Ini sebabnya kebebasan video sangat berleluasa.
Padah akibat untuk anak-anak masa hadapan .



Politik oh politik .

Masih suci lagikah ?

Politik oh politik .

Masih dara lagikah ?

Politik sudah dicampur aduk dengan agama .
Sangat malu untuk membicarakan hal yang sangat tiada faedah ini .
Pangkah sahaja calon yang kita suka .
Ini MALAYSIA .
Senang cerita .
Kalau kotor lagi untuk mengira undi , tak tahu la juga .
Memang politik sangat kotor dan jijik jika itu berlaku .



Kebebasan bersuara pun tak boleh nak bebas sangat pun .
Apa salahnya televisyen ini berdiri di atas pagar sahaja .
Melindungi sebelah pihak lagi untuk mengutuk pihak yang lain .
Sokong SINAR HARIAN .
Bantah Utusan , Berita Harian , Kosmo , Harakah , Keadilan .
Bukan bantah sebab tak suka .
Tapi bantah kerana berat sebelah .
Takpe itu hak korang , yang penting jangan manipulasikan isu .


#suaramahasiswa #kalipertamamengundi #bubar #balikkampung #PAS #BN #DAP #Bebas #PAS #UMngok



P/S : kebebasan menulis pun ada had =)




Thursday, 14 February 2013

VALENTINE DAY ? WAJAR KAH ?

Valentine day ?



Nak kata tentang valentine day ke dalam entry kali ini ? Alamak , ini mencabar . Memang kita digalakkan berkasih sayang sesama manusia tetapi janganlah jadikan hari Valentine ni hari yang boleh menghalalkan segalanya . Cukuplah sekadar bertepuk tampi atas dagu je . Hahaha . Baiklah merapu nanti ramai yang baca ni naik menyampah tapi takpe semua yang tulis di sini dah takde edit-edit dah , semuanya original . Sekali tulis lepas tu terus publish . Hehehe .

Valentine day ?

Okay , persoalan kembali menular . Kenapa Valentine Day nak kena wujud dalam kalendar sekarang ? Baiklah , dalam kalender islam tiada , yang ada pun cuma dalam kalender cina sahaja . Kenapa dia wujud di situ ? Sebab mereka bukan islam , so sibuklah mereka nak meraikannya . Yang kita islam ni pergi sibuk nak sambut kenapa ? Alangkah manisnya hari berkasih sayang itu adalah hari-hari . baiklah kita ambil secara positifnya di sini . Secara positifnya kasih sayang ini dapat mengeratkan hubungan sesama manusia . Contoh yang ada ialah hubungan antara mak dan anak , suami dan isteri serta datuk dan nenek . Takkan nak tunggu sampai 14 Februari baru rasa nak kasih sayang ? Kalau laki bini tu yakyah nak tunggu 14 Februari la , tiap-tiap malam pun boleh . Hahaha .

Secara negatifnya , hari valentine menggalakkan anak-anak luar nikah . perghh , jap kenapa aku rasa menaip seperti membikin satu karangan untuk SPM di mana tajuknya " Kesan-kesan Hari Valentine kepada masyarakat " . Okay aku silap . Hahaha . Tulis secara sempoi dan boleh buat orang faham sudah . Dan kena ada sedikit unsur humor dalam setiap entry . Okay , itu adalah tips daripada seorang blogger otai kepadaku . walaupun dah lama , tapi aku masih ingat lagi akan kata-kata beliau . Hehehe .

Valentine day ?




Erk , berbalik semula kepada persoalan yang di atas . Wajarkah hari valentine day yang kafir ini ? Baiklah untuk pengetahuan dan mungkin sudah ada yang tahu , valentine day ini adalah hari di mana islam jatuh di negara Sepanyol satu tempoh masa yang lalu . Wahh habis tu nak ada alasan apa lagi ? Buang je lah ke tepi Valentine day tu . Kan ? Tak gitu ? Vongok dan vavi sahaje . Hahaha .

Valentine day kalau nak diikutkan bawak banyak keburukan kat anak-anak muda . Eh anak-anak muda ? Tadi baru je baca Kosmo yang tulis pasal orang tua 60 tahun ditangkap khalwat di malam Valentine . WADAPAK ! Apa kes ? Mungkin masa remaja dulu orang tua ni kuat sangat bekerja . Dan semasa Valentine day semalam juga banyak perkara tragis terjadi .

1. Atlet Olimpik Afrika Selatan berkaki palsu tembak mati kekasih . 

2. Wanita mati ditikam kekasih ketika mandi .

3. Lelaki berusia 60 tahun ditahan dalam Ops Valentine .

Itu baru tiga sahaja , belum aku senarai banyak-banyak lagi yang berlaku . Dan mesti korang juga ada baca yang lain punya cerita kan ? Takpe masing-masing tahu tentang cerita itu takpelah . So kita kenalah katakan No to Valentine day .




Are You Ready For Valentine day ?

NO !

Are you ready for Valentine day ?

NO !

Are you ready for Valentine day ?

NO ! 

Are you ready for PRU 13 ?

YES ! Errrr .... NO !

Are you ready for PRU 13 ?

NO ! Ehhh , YES !

Are you ready for PRU 13 ?

..........................err......... lek lu !


P/S : Are you ready for Kak Ros ?

#more info for Valentine day. Klik sini .

Friday, 1 February 2013

SEKUMPULAN ORANG GILA #1




Sunyi . Hanya bunyi cengkerik di luar menandakan waktu sudah gelap dan kelam . Namun ada sekumpulan orang gila yang masih berada di bangsal itu . Sekumpulan orang gila yang sedang sibuk melakukan kerja yang sangat tidak diiktiraf daripada ahli surau di kampung tersebut . Satu aktiviti yang memang tiada manfaat bagi mereka namun cukup memberi nikmat kepada sekumpulan orang gila itu .


Sekumpulan orang gila yang terdiri daripada Yidin , Khai , Jibb dan Mail sangat sakai dalam upacara tersendiri mereka . Pelik dan hairan . Nuar merupakan seorang anak tok imam yang baru pulang daripada belajar di Universiti Al-Azhar . Nuar hairan bagaimana ada sekumpulan orang gila di kampung mereka di zaman yang sangat indah ini . Bermacam nikmat yang dinikmati sekarang sungguh memberi satu rahmat dalam diri Nuar tetapi bukan bagi sekumpulan orang gila tadi . Lalu dengan hati yang ikhlas , Nuar terus ingin  memberi nasihat kepada sekumpulan orang gila yang asyik memetik gitar tanpa menghiraukan ayat Al-Quran dibaca di masjid berdekatan .

Nuar :  Sudahlah memetik gitar , alangkah indahnya kalau kita pergi ke masjid membuat ibadah ?

Jibb :  Kubur masing-masing !!!!

Nuar :  Kalau kubur masing-masing itu yang saya takutkannya , takut tiada yang nak tolong kamu nanti dalam kubur .

Jibb :  Dah mati , nak takut apa ..adoii , ceramah entah apa-apa...dermmm !

Nuar : Ini bukan ceramah , kita sebagai umat islam diwajibkan berdakwah sesama kita . Saya saje mengingat untuk korang semua .

Jibb : Ahh sudah lah , kubur aku bukan kubur kau ! Biarlah ....

Nuar : Sebab kubur kau lah , aku nak pesan . Kalau kubur aku takpe ..kubur aku elok , cantik dan lawa . Mungkin nanti ada letak batu marmar yang cantik gila . Hahaha !!!


Jibb : ceh ustaz materialistik sungguh =p .



P/S : so apa komen anda ???

Thursday, 31 January 2013

BILA DAH MALAS ...







Bila dah malas .... Hurm , bila dah malas macam-macam perkara yang tertangguh . Banyak yang tak disiapkan dan sebagainya . Bila dah malas nak study , result pun jadi malas nak dapat pointer yang lebih bagus . Tak rasa macam hukum karma ke ? Hehe , saya tak rasa langsung . Ini semua sebab kemalasan dalam diri yang dah lama tak terpendam . Bila dah malas nak bersukan , peluh pun malas nak keluar . Betul tak ? Bila peluh malas nak keluar , lemak pun malas nak terbakar dalam badan . Ehh , senang macam tu je ke ? Yup , kesimpulannya saya MALAS untuk membikin satu kesimpulan yang sangat kreatif dan hebat .

Orang yang malas kadang-kadang ada yang berjaya . Satu perkara ialah bila dah malas untuk malas . Semunya berkaitan dengan malas , apa peduli ? Apa pula kalau nak kata bila dah malas nak tahu hal politik . Mungkin ada sesetengah orang rasa tiada apa-apa , mungkin sesetengah orang katakan YA . Bila dah malas nak tunjuk rajin , cuba tunjuk malas . Tentunya malas akan menjadi satu habit atau tabiat dalam hidup kita yang dalam kemalasan ini . Baiklah pening baca entry kali ini berkaitan dengan malas =)



Malas merupakan satu tabiat yang ada dalam diri kita ini sendiri . Tok imam pun ada sifat malas . Bukan malas untuk beribadat tetapi malas untuk berbuat jahat . Ehh , betul ke ayat ni ? Kalau ada cikgu bahasa melayu membaca kisah yang aku sampaikan ini tentu beliau akan memberikanku gred D . Dungu . Malas untuk berkomunikasi . Malas untuk bergerak . Malas untuk makan . Malas untuk tidur . Itu semua okay lagi , tapi apa kata kalau ada yang malas untuk beribadat . Okay , hak masing-masing . Malaysia kan negara demokrasi . Kahkahkah !!!

Malas untuk menegur pemimpin juga terpalit dalam kisah hidup yang negatif di Malaysia ini . Pemimpin lakukan salah laku yang salah macam tiada apa-apa pun , padahal mereka yang patut kita jaga . Tegur mereka , katakan pada mereka yang tidak boleh berpelukan lelaki dan perempuan sesama mereka . Lembu pun malu dengan hal begini , baiklah sorry ... nanti menteri lembu naik marah siapa susah ? Singa JANTAN juga .

Malas untuk menimbulkan masalah satu agenda yang baik dalam hati seseorang manusia . Bila dah kata malas , nak buat macam mana . Tetap malas lah . Contohnya :

" Man , tolong belikan susu tepung untuk adik kau ni ? "

" Malaslah mak ! "

" Okay , fine..... "

Ada ke mak menjawab seperti itu ? Oh itu mak yang malas untuk mendidik anak-anak . Ayah lagi malas kot ? Ehh yeke ? Mana tahu ? Tengok kat jiran-jiran atau adik sendiri yang dah bernikah . Hahaha . Baiklah aku malas nak mencetuskan sesuatu isu . Isu malas ini memang banyak di Malaysia ini . kadang-kadang aku rasa aku pemalas juga . Online dan terus online . Bukankah itu juga satu perbuatan malas . Malas untuk bergerak . Bila nak menegur perbuatan orang yang melakukan kejahatn , kita malas untuk campur hal mereka . Malas jugak , aishh bila boleh rajinnya . =( Nasiblah . Hahaha .



Bila dah malas , apa kerja pun tak jadi .
Bila dah malas , anak diabaikan
Bila dah malas , cakap pun teragak-agak .
Bila dah malas , semuanya diam .
Bila dah malas , kapel pun boleh putus .
Bila dah malas , hubungan suami isteri boleh terpisah .
Bila dah malas , tauke balak bankrap .
Bila dah malas , negara takkan maju .
Bila dah malas , PM kita tak sayang kita dah . Hahaha .





Jangan guna perkataan malas untuk rasakan diri kita ini bagus . Jangan katakan yang malas adalah makhluk yang paling akrab dengan anda . Malas adalah musuh kita , musuh negara . Jangan pula malas untuk berfikir . Malas berfikir , apa pun tak jadi . naya kan ? Baiklah menutup pena pada hari ini ialah malas itu racun . Noktah .


P/S : Malas nak couple , nak kumpul duit je dulu . Hahaha .=D


Tuesday, 29 January 2013

MISI MENABUNG

2013 dah menjelma 28 hari , baru kini aku nak mencoret apa yang tersarang dalam fikiran aku . Tahun ini aku macam lebih nak berusaha untuk menulis dalam blog ini , ishh kadang-kadang rasa seperti Azam Tahi Ayam je . Mana taknya , bila dah lama tak buat entry mula lah beritahu semua orang kononnya nak menulis sangat , tapi habuk pon tarak . Sebulan satu dua entry sahaja yang keluar . Aiyoo . Dulu lainlah , hidup-hidup blogger sentiasa dihujani dengan pelawat yang sempoi-sempoi dan semuanya friendly .

Terkenang semula dunia blogger dulu-dulu , dah dua tahun dah . Baiklah tak mahu mengenangkan kisah lama  lagi . Entry kali ini mungkin semuanya berkaitan dengan aku , yang tentang emo-emo semua dah tiada ye ? Maybe kot... hurmm =(

Menabung . Satu jalan yang ada untuk orang yang tiada duit . Bukan maksud aku tiada duit langsung tapi tiada duit yang cukup untuk dibelanjakan . Duit tabung ini adalah anugerah . Kenapa aku mengatakan begitu ? Hishh , sebab ini adalah pengalaman . Masa aku sekolah rendah aku pernah menabung , 50 sen setiap hari . Bila dikumpul-kumpul selama 3 bulan dapatlah RM150++ . Perghh , banyaklah tu bagi pelajar sekolah rendah . Duit itu pula aku simpan dalam bank , wah bahagianya hidup aku . =)




Sekolah rendah pun aku menabung juga , tapi tak lama sangat . Menabung pun sebab niat nak beli MP3 player . Wah bahagia gila masa tu ada dapat MP3 Player , kalau pelajar sekolah sekarang entah apa dah diorang ada , Samsung Tab , Samsung S lah dan macam-macam lagi lah . Gila ! Bila dah dapat duit untuk beli MP3 Player itu terus aku keluar ke bandar , time tu hari sabtu . Hari outing untuk pelajar asrama . Wah mahal gila gua cakap sama korang harga MP3 Player tu , kalau sekarang mungkin bawah RM50 je dah . Azam menbeli MP3 player berhasil dan harga yang cukup untuk membawanya ulang ialah RM100 . Sedangkan sekarang aku dah tak tahu MP3 itu pergi ke mana . Haishh !

 Baiklah bila dah masuk universiti amalan menabung sudah dilupakan . Duit yang aku kumpul sampai beribu-riban dulu dah habis . Ye, dah habis . Selama setahun lebih berada dalam pengajian ketika diploma duit yang aku simpan dah habis . Perghhh duit PTPTN dah dapat , tapi sebab baru rasa bebas tiada orang yang boleh mengawal sikap aku yang membazir ini . Macam-macamlah aku beli dulu , kalau tanya member rapat-rapat aku confirm diorang akan katakan aku ini pembeli henset yang TAK SETIA .




Semasa zaman diploma , aku dah ada 6 handphone . Satu semester satu handphone . What the ???? Dan semua handphone tu dah ada yang rosak , jual dan macam-macam lagilah . Haiyya ! Sekarang masuk ijazah sarjana muda . Hanya berpegangkan satu prinsip sahaja . Berbelanja apabila mahukan barangan sahaja . Okay muktamad ! Tapi satu kelemahan aku bila pergi kedai buku dan majalah . kalau tak pergi dalam tempoh yang lama , 5,6 majalah akan aku sebat dan harganya mungkin hampir kepada RM50++ . Itu belum dengan novel lagi . Tapi nasib baiklah aku jenis lambat nak membaca buku yang ada tulisan banyak sangat ni . Hehe .

Tahun 2013 aku dah muncul dengan azam baru tapi lambat sampai . Hehe . Tapi usaha itu kan penting ? Aku cuba untuk menabung semula . Kalau nak diikutkan duit-duit yang aku belanjakan dulu mungkin sekarang aku dah boleh kahwin . Hehe , tapi takde lagi calon . Acaner tuh ? Hoho , lupakanlah ...

Okay kita buat pengiraan di sini . Jika setiap hari simpan RM 1.00 , kalau sebulan dapat RM 30.00 . Kalau 3 bulan dapat RM 90.00 . Itu belum kira dengan jumlah yang kadang-kadang terisi dengan tak sengaja . Contohnya ada satu hari itu kita masukkan duit RM 5.00 dalam tabung kita . Hah , mungkin dah RM 100.00++ untuk masa 3 bulan yang mendatang . Aku tak kata yang menabung ini membantu kita untuk membeli Samsung SIII dan Samsung Galaxy Tab 2 atau sebagainya , tapi kita akan merasa bahagia dengan apa yang sedang kita usahakan . =)



Lagipun dengan macam-macam impian dan harapan aku di masa depan , mungkin kita dapat capai apa yang kita hajati suatu hari nanti . Insya Allah , yang penting kita kena bersabar . Aku akui yang kadang-kadang lembab sangat hidup aku ini tapi aku percaya kepada rezeki masing-masing . Kalau ada yang sebaya atau seusia dengan aku dah bekerja dan juga berkahwin tapi rezeki aku belum tiba lagi untuk berbuat demikian . Mungkin satu hari nanti dan mungkin dapat lebih dari apa yang kita impikan sekarang . Baiklah teruskan perjuangan anda =)



P/S : Nak kahwin umur 28 tahun ke atas selepas dah dapat kerja , kereta dan rumah impian . Insya Allah =)


++++-----++++