PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Sunday, 16 June 2013

#2 PAK MAT

 Syarifah adik Zaidi . Zaidi adik Nuar . Syarifah kakak kepada Zaidi dan Nuar . Okay , itu kesimpulan tentang kisah hidup Syarifah . Siapa Kamariah binti Samad ? Siapa Mat Topa bin Idrusi ? Siapa Mansor ?
Baiklah secara biologinya , Zaidi merupakan anak kandung Mat Topa bin Idrusi dan Kamariah binti Samad .

Syarifah dan Nuar adik beradik secara wajib . Tiada haram untuk menyentuh sesama sendiri kecuali mengeluarkan nafsu kepada diri masing-masing sahaja . Haram untuk melakukan hubungan seks sesama mereka . Okay titik . Berlebih-lebih nanti kena sebat . Padan muka aku .



Mansor semakin hairan dengan kehadiran Pak Mat sebentar tadi . Beliau tak sangka orang tua nyanyuk (maybe?) itu boleh menghilangkan diri dengan begitu mudah . Guna saka ? Guna sihir ? Guna silap mata ? Aaaah mengarut . Pak mat bodoh dalam hal-hal macam tu . Tiada idea untuk mengatakan beliau pandai sangat . Cuma yang membuatkannya pandai adalah mengeluarkan air mani untuk masuk ke ovum si isterinya menghasilkan bukan anak kucing. Tapi anak mereka sendiri . Pak Mat dan isteri manusia . Kesimpulannya , anak mereka bukan anak kucing . Noktah bertindih .


Anak Kucing : bukan anak manusia .
Anak manusia : Anak orang .



Karutan bagi seorang penulis sudah bermula . Pak Mat tak tahu ke mana beliau pergi , tadi baru sebentar Mansor hendak menumbuk mukanya . Namun sekarang Pak Mat sudah di tempat lain . Tempat yang amat gelap gelita . Tiada air . Tiada api . Sebab tak bayar elektrik dan api . Kan dah kata Pak Mat bodoh .



Mansor pelik . Hairan . Bagaimana orang tua seperti Pak Mat boleh hilang ? Takkan bagi penumbuk dah mati ? Tapi kalau dah mati tentu ada mayatnya . Tapi hilang . Lesap . Eh ? Kenapa macam tu ? Hairan lagi Mansor . Mansor pun berada di tempat lain . Hilang dari tempat yang wujud sebentar tadi . Otak masing-masing di bawah sedar . Masing-masing ? Maksud penulis apa ? Ahhh tak payah nak ambil kisah . Dermm !

 Pak Mat di dalam rumah kosong . Yang ada di situ cuma mancis sebatang dan katil saiz queen . Tapi tiada orang . Pelik dan pelik . Pak Mat jadi lagi pelik . Mungkin kerana penyakit lupanya yang mengakibatkan beliau di sini ? Ahh tak tahu laa . Pelik dan tetap pelik juga bagi Mansor . Bagaimana beliau boleh ada di tepi sungai di Kampung Damak . Sebelah kiri sungai ada papan tanda mengatakan " SELAMAT DATANG KE KAMPUNG DAMAK " .



Apa kaitan Kampung Damak dengan Mansor ? Apa kaitan Pak Mat dengan Mansor yang belum terungkai ? Eh , mengantuk mata penulis . Tidur dulu , nanti sambung . =D


#sambungan2



P/S : Banyak kaitan lagi yang membelenggu .xxxxx.

Wednesday, 15 May 2013

#1 PAK MAT






Diam sejenak . Hanya bunyi cengkerik yang bermain . Awan kolumbus menutupi segala ruang yang ada . Poster-poster calon-calon pilihanraya yang kalah masih bertebaran di sana-sini . Dilenyek lori pasir . Dilanggar bas mini . Serta diludahi oleh Pak Mat yang ingin terlalu membuang kahak hijau yang ada .

Penyakit Pak Mat teruk . Tapi tiada siapa peduli . Sebab apa ? Sebab beliau tidak pernah dapat masuk rancangan Bersamamu TV3 . Kena masuk rancangan tu baru orang boleh simpati . Tapi tengok kat rancangan tu , orang ada rumah jugak walaupun da nampak macam bangsal . Takde lak yang gelandangan .

Pak Mat mempunyai seorang isteri . Beliau merupakan bidadari bagi Pak Mat . Ketika berumur 19 tahun , Pak Mat kahwin . Kahwin dengan seorang anak dara yang tulen . Zaman berubah . Umur 19 tahun sekarang , 60 peratus aku percaya tiada dara . Kajian aku . Bukan kajian korang . Lantak aku .

Pak Mat tidak menyesal mengahwini gadis itu walaupun ibu bapanya yang merancang . Zaman dulu . Zaman komunis . Zaman tiada Kosmo . Zaman tiada fitnah dari Utusan . Zaman Harakah belum wujud . Zaman Sinar Harian yang masih belum hidung untuk dikorek . Zaman demi zaman . Lima orang anak bersama dengan isterinya itu .



Cantik . Ayu . Manis . Gebu . Ramping . Itu sifat-sifat fizikal isteri Pak Mat . Tapi itu dulu . Sekarang dah masuk kubur . Tanah kubur yang menimbusnya . Pak Mat takde arah hidup . Anak ? Cucu ? Tunggu zaman Facebook berkubur belum tentu mereka ingin menjenguk ayah mereka . Mungkin dah anggap mati pun . Kenapa macam tu ? Lantak diorang lah . Bukan salah aku . Aku hanya menulis cerita yang tak berkarisma ini sahaja .

Pak Mat berjalan seorang diri . Tiada arah hidup . Dulu dia sihat . Macam-macam pernah dia lakukan . Judi . Nombor Ekor . Betina . Semua Pak Mat tak buat semua tu . Tak pernah pun Pak Mat sentuh benda-benda haram itu kecuali rokok . Rokok haram ? Entah . Aku tak pernah hisap rokok . Jadi aku rasa diri aku tak haram laa .

Pak Mat terus berjalan dan berjalan. Tak sangka ada yang memerhati . Ada yang menengok . Ada yang prihatin .

Mansor . Anak saudara Pak Mat . Berumur 28 tahun . Anak muda yang hobinya merempit . Tapi tak pernah nak menyakiti Pak Mat . Layan pun tak . Macam mana nak sakiti Pak Mat . Tapi hari ini lain . Hari ini Mansor tak macam biasa . Mansor rasa lain . Mansor mahukan sesuatu dari orang tua itu . Dia tahu Pak Mat ada duit yang banyak selepas kematian isterinya dulu .


Isteri Pak Mat kerja kerajaan . Pencen ada laa . Nak kata kerja apa , maaf . Aku tak mahu sebut . Yang penting perkara itu tak menjejaskan hormon perempuannya . Mansor menuju ke arah Pak Mat , Pak Mat hampir terkejut . Nasib baiklah jantungnya ada di dalam badan , kalau tak sudah tentu jantungnya itu mengepam dengan laju bila dilihat dari luar . Dan tentu juga Mansor tidak berani mendekati Pak Mat . Pak Mat sekarang umurnya 80 tahun . Lebih kurang sama dengan Perdana Menteri ke-4 Malaysia .

Beza Pak Mat dengan PM ke-4 ialah Pa mat tak berduit . Kasta terlalu memainkan peranan dalam kehidupannya . Aku pun rasa macam tu . Tertindas di negara sendiri .

Mansor perlahan-lahan menerpa ke arah Pak Mat . Terus terjatuh . Terus tersungkur . Sakit . Itu mungkin keluhan insan yang jatuh itu . Bengang . Geram . Mansor tak sangka yang Pak Mat hilang begitu sahaja . Mansor tak sangka Pak Mat boleh hilang dalam sekelip mata . Mana Pak Mat ? Mana dia pergi ? Jasad yang Mansor lihat tadi tiada sudah . Lenyap . Mansor pelik . Mansor tak tahu nak kata apa . Bibirnya pecah kerana tersungkur .


Kubur pasangan bahagia itu cukup meriah dengan dahan-dahan patah yang jatuh serta daun-daun buruk yang berhamparan di atas kubur mereka . Pasangan ini merupakan pasangan bahagia . Meraka menikah ketika masih remaja . Remaja zaman 2020 sekarang apa mereka tahu ? K-Pop . K-Pop . K-Pop . K-Pop dan K-Pop lagi . Kalu dulu suka makan karipap , tapi zaman sekarang suka makan K-Pop . Menari tertungging . Tunjuk punggung bulat . Itu zaman sekarang , bukan dulu .

Kubur yang tertulis nama KAMARIAH binti SAMAD dan MAT TOPA bin IDRUSI sangat menyedihkan bagi Syarifah . Siapa Syarifah ? Apa kaitan dengan Kamariah dan Mat Topa ? Siapa pula Mansor ? Pak Mat ?


#sambungan


P/S : Idea cerita datang dari insan ini =D



Sunday, 21 April 2013

POLITIK BUSUK YANG JIJIK

Politik memang busuk kalau orang busuk yang masuk bertanding .
Politik memang busuk kalau cacian , hinaan , fitnah terus berleluasa .
Politik memang busuk kalau asyik memrendahkan kemampuan orang lain .
Politik sangat busuk kalau ada yang korupsi .




Politik oh Politik .


Pilihanraya ke 13 akan berlangsung 05.05.2013 .
Manifesto itu janji ke ?
Manifesti itu hanya angan-angan ke ?
Manifesto itu mungkin sebagai pemanis mulut je la ibarat meminang anak dara orang .


Tak suka bila politik dicampur aduk bersama hal agama .
Kalimah Alah .
Bible .
Kristian sebagai agama rasmi .
Menghina ulama .
Macam-macam .
Politik memang busuk !

Politik oh politik .



Susah nak cari politik yang suci sekarang ni .
Di negara islam sekalipun pemimpin penuh dengan dunia korupsi yang tersendiri .
Di Malaysia ?
Entah lah , susah nak habaq (bak orang kedah kata)


Rakyat didahulukan ?
Phuii !
Rakyat ditindas lagi adalah .
Bukanlah niat aku nak mempersoalkan kerajaan sekarang ini jahat .
Tapi bukankah itu yang berlaku ?
Semakin banyak korupsi yang berlaku .
Semakin ramai yang ditindas .
Tidak sampai umur 30 tahun sudah muflis.
Di mana keadilan ?


Politik oh politik .

Seks , lucah .
Yurkss .
Ditelanjangkan dengan video-video yang sangat bahana .
Kanak-kanak 5 tahun sudah kenal apa itu video seks .
Tiru ?
Janganlah salahkan mereka jika mereka mencuba .
Ini sebabnya kebebasan video sangat berleluasa.
Padah akibat untuk anak-anak masa hadapan .



Politik oh politik .

Masih suci lagikah ?

Politik oh politik .

Masih dara lagikah ?

Politik sudah dicampur aduk dengan agama .
Sangat malu untuk membicarakan hal yang sangat tiada faedah ini .
Pangkah sahaja calon yang kita suka .
Ini MALAYSIA .
Senang cerita .
Kalau kotor lagi untuk mengira undi , tak tahu la juga .
Memang politik sangat kotor dan jijik jika itu berlaku .



Kebebasan bersuara pun tak boleh nak bebas sangat pun .
Apa salahnya televisyen ini berdiri di atas pagar sahaja .
Melindungi sebelah pihak lagi untuk mengutuk pihak yang lain .
Sokong SINAR HARIAN .
Bantah Utusan , Berita Harian , Kosmo , Harakah , Keadilan .
Bukan bantah sebab tak suka .
Tapi bantah kerana berat sebelah .
Takpe itu hak korang , yang penting jangan manipulasikan isu .


#suaramahasiswa #kalipertamamengundi #bubar #balikkampung #PAS #BN #DAP #Bebas #PAS #UMngok



P/S : kebebasan menulis pun ada had =)




++++-----++++