Terkenang semula dunia blogger dulu-dulu , dah dua tahun dah . Baiklah tak mahu mengenangkan kisah lama lagi . Entry kali ini mungkin semuanya berkaitan dengan aku , yang tentang emo-emo semua dah tiada ye ? Maybe kot... hurmm =(
Menabung . Satu jalan yang ada untuk orang yang tiada duit . Bukan maksud aku tiada duit langsung tapi tiada duit yang cukup untuk dibelanjakan . Duit tabung ini adalah anugerah . Kenapa aku mengatakan begitu ? Hishh , sebab ini adalah pengalaman . Masa aku sekolah rendah aku pernah menabung , 50 sen setiap hari . Bila dikumpul-kumpul selama 3 bulan dapatlah RM150++ . Perghh , banyaklah tu bagi pelajar sekolah rendah . Duit itu pula aku simpan dalam bank , wah bahagianya hidup aku . =)
Sekolah rendah pun aku menabung juga , tapi tak lama sangat . Menabung pun sebab niat nak beli MP3 player . Wah bahagia gila masa tu ada dapat MP3 Player , kalau pelajar sekolah sekarang entah apa dah diorang ada , Samsung Tab , Samsung S lah dan macam-macam lagi lah . Gila ! Bila dah dapat duit untuk beli MP3 Player itu terus aku keluar ke bandar , time tu hari sabtu . Hari outing untuk pelajar asrama . Wah mahal gila gua cakap sama korang harga MP3 Player tu , kalau sekarang mungkin bawah RM50 je dah . Azam menbeli MP3 player berhasil dan harga yang cukup untuk membawanya ulang ialah RM100 . Sedangkan sekarang aku dah tak tahu MP3 itu pergi ke mana . Haishh !
Baiklah bila dah masuk universiti amalan menabung sudah dilupakan . Duit yang aku kumpul sampai beribu-riban dulu dah habis . Ye, dah habis . Selama setahun lebih berada dalam pengajian ketika diploma duit yang aku simpan dah habis . Perghhh duit PTPTN dah dapat , tapi sebab baru rasa bebas tiada orang yang boleh mengawal sikap aku yang membazir ini . Macam-macamlah aku beli dulu , kalau tanya member rapat-rapat aku confirm diorang akan katakan aku ini pembeli henset yang TAK SETIA .
Semasa zaman diploma , aku dah ada 6 handphone . Satu semester satu handphone . What the ???? Dan semua handphone tu dah ada yang rosak , jual dan macam-macam lagilah . Haiyya ! Sekarang masuk ijazah sarjana muda . Hanya berpegangkan satu prinsip sahaja . Berbelanja apabila mahukan barangan sahaja . Okay muktamad ! Tapi satu kelemahan aku bila pergi kedai buku dan majalah . kalau tak pergi dalam tempoh yang lama , 5,6 majalah akan aku sebat dan harganya mungkin hampir kepada RM50++ . Itu belum dengan novel lagi . Tapi nasib baiklah aku jenis lambat nak membaca buku yang ada tulisan banyak sangat ni . Hehe .
Tahun 2013 aku dah muncul dengan azam baru tapi lambat sampai . Hehe . Tapi usaha itu kan penting ? Aku cuba untuk menabung semula . Kalau nak diikutkan duit-duit yang aku belanjakan dulu mungkin sekarang aku dah boleh kahwin . Hehe , tapi takde lagi calon . Acaner tuh ? Hoho , lupakanlah ...
Okay kita buat pengiraan di sini . Jika setiap hari simpan RM 1.00 , kalau sebulan dapat RM 30.00 . Kalau 3 bulan dapat RM 90.00 . Itu belum kira dengan jumlah yang kadang-kadang terisi dengan tak sengaja . Contohnya ada satu hari itu kita masukkan duit RM 5.00 dalam tabung kita . Hah , mungkin dah RM 100.00++ untuk masa 3 bulan yang mendatang . Aku tak kata yang menabung ini membantu kita untuk membeli Samsung SIII dan Samsung Galaxy Tab 2 atau sebagainya , tapi kita akan merasa bahagia dengan apa yang sedang kita usahakan . =)
Lagipun dengan macam-macam impian dan harapan aku di masa depan , mungkin kita dapat capai apa yang kita hajati suatu hari nanti . Insya Allah , yang penting kita kena bersabar . Aku akui yang kadang-kadang lembab sangat hidup aku ini tapi aku percaya kepada rezeki masing-masing . Kalau ada yang sebaya atau seusia dengan aku dah bekerja dan juga berkahwin tapi rezeki aku belum tiba lagi untuk berbuat demikian . Mungkin satu hari nanti dan mungkin dapat lebih dari apa yang kita impikan sekarang . Baiklah teruskan perjuangan anda =)
P/S : Nak kahwin umur 28 tahun ke atas selepas dah dapat kerja , kereta dan rumah impian . Insya Allah =)











