Duit oh duit . Susah nak cari , senang nak tuang . Macam mana ? Dah itu yang berlaku dalam dunia sekarang . Nak buang air liur pun kena buang duit , kena tuang duit . FAKta kan itu ? Sangat-sangat FAKta . Tangan terus ingin menterjemahkan apa yang tersirat di dalam hati selama beberapa bulan meninggalkan lapangan tulisan yang kosong . Mungkin sebelum ini tiada langsung nafsu untuk menaip seperti dulu .
Permulaan sentiasa menyusahkan . Tiada orang memahami diri aku kecuali mak ayah aku . Mak ayah aku tahu aku siapa dan apa keburukan dan kebaikan aku . Tapi kadang-kadang kejahatan kita dapat nyorokkan daripada mata mak bapak kita . Bukan nak cerita pasal duit sangat hari ini , cuma nak complain kan tentang hal anak-anak yang sentiasa merungut tentang mak ayah . What the FAK !
Bila mak ayah dah jauh semuanya dah hilang kejahatan . Cukup ke dengan hanya menelefon mak ayah seminggu sekali daripada bermesej dengan makwe atau pakwe tanpa melepaskan handset walaupun tengah berak . What the FAK ! Itulah kadang-kadang yang berlaku kepada diri kita sendiri tanpa menyedarinya . Mungkin ada alasan yang akan mengatakan kita sibuk . Tapi mak ayah kita tak pernah sibuk untuk bertanyakan dan tahu tentang hal kita . Hanya telefon untuk mendengar suara pun cukuplah . Terubat rindu mereka . Bagi yang dah berkahwin ke atau belum , sama sahaja terutama bagi lelaki. Ya , insan bernama lelaki . Ini FAKta .
Manusia mudah lupa , kadang-kadang cepat alpa dengan dunia yang diberi . Kekasih kadang-kadang dianggap seperti sampah . Sampah yang elok jangan dibuang , sampah yang sudah direnyuk masih disimpan . Itulah manusia . pernah tak kita terfikir mengapa kita ditakdirkan menjadi manusia ? Sebab kita perlu menjadi manusia . Jawapan yang mudah bagi soalan yang mudah . Seperti 1+1=2 . Tetapi kadang-kadang ada yang bebal mengatakan 1+1 = 11 . Itu FAKta cipan okay !
Maaf jika entry yang pertama selepas beberapa lama hilang di dalam lapangan antarabangsa yang tidak didendang ini . Kadang-kadang kita puas dengan apa yang berlaku dulu , dan kadang-kadang terfikir untuk memulakan semula . Baiklah , mudah untuk mengatakan kembali dalam bidang penulisan blog merupakan hobi aku dan ianya takkan berubah . Sikap rendah diri dalam diri sendiri kena ada dan jugak sikap ego . Ego adalah elemen penting dalam hidup tidak kira lah buntuk lelaki mahupun wanita . Moga coretan kali ini memberi satu ketajaman dalam aku membicarakan apa yang terbuku dari dalam hati .
Sekian.
No comments:
Post a Comment