PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Thursday 15 August 2013

MASA

           
           Bila berkata tentang masa , orang akan katakan masa itu emas . Masa itu emas . Means that ? Bila kita dapat masa kita boleh jadi kaya dan harta itu boleh dikongsi untuk semua masayarakat di muka bumi ini . Kalau betul masa itu emas , dah ramai fakir miskin yang sudah menjadi kaya . Yang sudah ada kereta mewah dan sebagainya . Masa itu emas , memang ungkapan yang sangat-sangat tak bagi untung kat sesiapa yang tidak memahaminya.






Sebenarnya pemahaman emas itu adalah , masa takkan ditemui semula . okay kita fikir , bila difikirkan semula satu saat yang lalu , apakah yang anda lakukan ? Sedut nafas atau melepaskan nafas ? Walaupun perkara itu kita boleh melakukan beberapa kali namun waktu untuk kita melakukan perkara itu tidak boleh diulang . maksud penulis , jika waktunya 03.05.2013 pada pukul 2:30:45 petang , tentunya masa waktu itu sudah tidak ketemu lagi , yang kita temu adalah pada pukul 2:30:46 petang . Aneh kan ?

Ada yang hairan ke dengan kenyataan penulis ? Dipendekkan cerita macam ni laa , Abu berjalan di atas jambatan di kampungnya pada pukul 3:56 petang . Ali berjalan 3:57 petang . Masakan mereka boleh berjalan bersama-sama di atas jambatan dan melakukan perkara yang sama ? Harap pembaca sekalian faham la hendaknya .



Masa sukar untuk dipusing semula , kalau boleh pun jika anda yang mengubahnya sendiri . kalau ada yang gatal tangan , syok je nak pusing-pusing waktu pukul berapa yang dia nak . Lainlah kalau kita berada di dunia Doraemon . Senang je . Guna alatan-alatan yang tak boleh diterima dek akal tapi boleh diterima dek sains itu . =)

Kadang-kadang kita merasakan masa berlalu sangat cepat . Contohnya keluar dengan awek . Baiklah tak tahu jam mana yang kita tengok , alih-alih dari pukul 8.00 pagi sudah sampai waktunya pukul 5.30 petang . kalau yang sedang bercinta dan pernah bercinta , anda mesti pernah menghadapinya . Kalau yang single jangan kecil hati pulak , tak semestinya orang yang bercinta sahaja . Kalau kita berborak dengan kawan kita , ada banyaknya cerita dan macam-macam lagi lah yang dibualkan tentunya perjalanan jam akan bertambah cepat . Ini kerana kita tidak melihat jam tangan semasa kita bercakap . Kadang-kadang terasa rugi kalau asyik berborak je (bila difikirkan semula) , sebab akan membuang masa sahaja . Apa pandangan anda jika anda sendiri yang membuang masa ? ohhh tentulah rugi .



Masa kan emas , kalau masa itu dibuang , tentunya seperti kita membuang emas . Fuhhh , orang kaya pun taknak buang emas , kalau boleh masa yang ada tu macam-macam lagi perkara yang boleh dilakukan . hehehe , kadang-kadang penulis pun begitu .

Cukuplah dulu kita bercerita tentang masa , mungkin nanti ada bahagian kedua pula untuk membicarakan tentang masa ini . Akhir kata , anggaplah masa itu sebagai emas yang fantasi tapi berharga dalam diri ini =) .
Assalam .


GAMBAR PILIHAN ENTRY KALI INI #01






2 comments:

budakbandunglaici said...

rindu zaman sekolah rendah..

My recent post : Pisang Goreng Di Mcd

Unknown said...

tau takpeee , lain kali hargao masa yang ada . heee

++++-----++++