PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Monday, 27 August 2012

SEBAB DAN CARA ATASI CURANG

Bila buat perbincangan kononnya perempuan lebih curang daripada lelaki , semua itu dah tercatat dalam kajian yang berfakta , bukan nak salahkan perempuan dalam apa-apa hal. Taktau lah pulak siapa yang kaji perkara yang macam ni. Kadang-kadang saja nak buat gaduh lelaki dan perempuan . Apa yang betulnya kat sini ialah perempuan yang aku suka adalah seorang perempuan yang menyerupai perempuan . Bukan yang tunjuk paha gebu kat orang lain !



Status Facebook hari ini . Dulu kan ada buat kajian tentang tahap kecurangan rakyat Malaysia . What the ??? Semua itu aku tak boleh nak kata apa lah kan , mana tempat diorang kaji pun aku tak tahu . Yang aku tahu wanita Malaysia nombor 3 paling curang di dunia . Ada betul ke fakta ini ? Menurut Ghana Web .

Ghana Web ? Laman web dari Afrika ? Boleh percaya ke ? Ke ada diskrimasi dalam kajian ini . Orang lelaki Ghana terasa dengan wanita Malaysia dan sebab itu kajian ada yang macam ni ? Oh tidaklah , sebenarnya ramai wanita Malaysia kena tipu dengan orang Afrika ada lah . Baiklah meneruskan lagi penulisan aku di sini . Sebenarnya betul ke wanita di Malaysia ini terlalu curang . Kalau baca dalam paper Harian Metro ada betulnya juga . Setiap hari aku beli paper tu , ada je berita tentang kecurangan yang dilakukan oleh wanita di Malaysia . Dan yang tak boleh blah pula bila asyik negeri tu je yang kena dengan masalah curang ? Negeri lain takde masalah curang ke ? Mybe itu sebab politik . Kat sini aku tak nak bangkitkan hal politik cuma nak bangkitkan tentang hal curang ini sahaja . 


Ada beberapa sebab kenapa wanita di Malaysia ini curang , dan pada pendapat aku ini adalah sebab-sebabnya :

1. Kurang perhatian daripada pasangan .
2. Kurang kasih sayang yang diingini oleh wanita itu .
3. Membalas dendam sebab pasangannya juga curang .
4. Untuk memuaskan nafsu batin yang tersimpan .
5. Terpedaya dengan lelaki lain .
6. Tidak ada kepuasan bersama pasangan .
7. Ingin selalu dibelai dan dimanjai.



Yang nombor 7 tu aku nak tarik dalam emosi aku dalam entry kali ini . Lelaki tak menunjukkan kasih sayang dah sebab mereka dah cukup dah bila kahwin . Sebelum kahwin macam-macam janji , nak membahagiakan dan macam-macam lagi lah . Sampaikan meniti atas bara api pun sanggup . Tapi bila dah kahwin , semua taknak . Nak dukung baby pun malas . Kat sini bukan aku nak ceritakan tentang seseorang tapi lebih daripada seseorang .

Ada beberapa idea yang aku rasa boleh tidak pakai untuk mengelakkan pasangan kita curang terutamanya bagi yang dah bertunang mahupun dah yang berkahwin . Antaranya :

1. Tidak mengurangkan kasih sayang untuk pasangan .
2. Jangan malu-malu bersama pasangan anda , Bagi yang dah berkahwin , bermesralah lebih lagi walaupun lemak dah menjuih di tepi perut !
3. Selalu membeli bunga untuk pasangan sebab wanita ini akan mudah cair dengan perkara yang macam ini , kalau ada yang tak suka bunga berilah hadiah yang lain . Lakukan perkara ini adalah contoh yang terbaik bagi seorang lelaki sebab wanita ingi perhatian selalu .
4. Jangan pandang lama sangat wanita lain , jika ada yang berkaitan dengan kerja jangan rapat sangat . Takut tergoda dengan bibir yang mulus , peha yang gebu dan badan yang montok , mintak jauh ye !
5. Pergi melancong bersama pasangan . Bagi yang dah berkahwin , pergi lah ke pulau-pulau berdua sahaja . 
Bagi yang belum , cuba ajak family dia ikut juga . Nampak serius di situ .


Cukuplah aku rasa 5 perkara di atas ini untuk mengajar mana yang patut . Next entry aku akan tulis perempuan atau lelaki paling curang bagi diri aku . Assalamualaikum hawa sekalian yang curang . Hehe .


P/S : Pernah kapel dengan awek orang tapi tak lama . 

Wednesday, 22 August 2012

HARI RAYA AIDILFITRI 2012M/1433H !

Assalamualaikum semua . Hari ini hari raya ke-5 . Tak sempat nak update apa-apa pun selama beraya ini . Raya ke-4 aku demam , so duduk je lah di rumah . Menikus sungguh rasa diri ini . Tapi takpe duit raya tetap je ada , sepupu yang dah kahwin , mak saudara dan bapak aku yang dah nak bersara . Thank you sebab bagi duit raya yang cukup untuk aku mulakan perniagaan aku tak lama lagi .



Baiklah belum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua , semoga semua berbahagia semasa raya tahun ini . Pecah rekod aku tahun ni , dalam masa lima hari raya , satu hari je aku pergi beraya . Itupun pergi ke rumah saudara mara yang terdekat dan aku kenal je lah . Hihi . Dah satu kampung senang sangat lah nak pergi , kan ?



Raya pertama dan Raya ke-empat aku sangat best sekali . Bukan sebab dapat jemputan daripada Nora Danish untuk hadir kerumah terbuka beliau , tetapi keterujaan aku sebab Chelsea menang . Erk!


Memang takde langsung kaitan dengan hari raya , tapi bagi aku bila Eden Hazard main sangat cantik dan unselfish , aku gembira . Sorang lagi bakal bintang Chelsea (yang masih ada) yang aku bakal kagumi selepas David Luiz , Frank Lampard , Ramires , Petr Cech , Branislav Ivanovic dan Ashley Cole . Itu belum muncul lagi bisa daripada Oscar dan Marko Marin .



Eh eh eh cukuplah berkata tentang Chelsea , nanti penyokong Manchester United benci pulak ! Heee .
Okaylah siapa nak duit raya , letak nombor phone dalam inbox aku , nanti guwa top upkan je lah , takyah nak duit raya dalam sampulnya (Kenyataan serius ni) . Babai !



P/S : Menantikan kepulangan ke Perlis 31 Ogos 2012 ini di hari MerdekA !!!


Wednesday, 15 August 2012

SHORTFORM - PART 2

Siapa Amran ? Kalau nak baca cerita ni kena rujuk dulu entry sebelum ini ...

PART 1 

Amran : Hurm , kenapa awek tadi tak layan aku ? Rasa betul dah aku tengok baju dia warna apa dan pakai   apa , takkan jadi kebetulan pulak dah ? Haiyoo.

Walaupun rupanya tidaklah setampan Aaron Aziz tapi seburuk Os , beliau tidak pedulikan kata rakan-rakannya untuk berhenti mencari jodoh di dalam Facebook . Bagi membernya semua itu palsu bagi diri Amran .

Syuib : Aku rasa kau tak payah lah nak jumpa dengan awek Facebook kau tu lagi , palsu belaka .

Amran : Aku takde jalan lain dah.

Syuib : Teruk sangat dah aku tengok kau ni , dulu Scha Al Yahya tapi dia dah kahwin . Lepas tu dengan Fasha Sandha , dia gak bini orang .

Amran : Fasha Sandha dulu aku mintak clash dengan dia .

Syuib : Uwekk , termuntah aku mendengor nye ko cakap , baik aku pergi layan awek aku dalam henset .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam"

"sayang sihat?"

"Sihat je , u sihat?"

"Sihat je , erm tadi tak jumpa pun kat Mall tu , you kata tunggu kat tempat tu tapi takde pon "

"Eh I ada lah tadi , tunggu U . Last-last takde orang pun yang datang . I tahu lah I tak tengok muka U lagi tapi tak pernah ada yang tegur I pun . Sorang gadis pun tak lalu tadi , makcik ada lah . Itu pun mak cik jual nasi lemak"

"Hahaha , U buat lawak apa ni ? Mana ada mak cik jual nasi lemak kat Mall"

"Ada lah , kat KB Mall"

"Iskkk , U ni , nanti orang Kelantan dengar marah lak diorang "

"Lah betul lah , I tunggu U kat KB Mall tadi punya lah lama , takde pun "

"Lah KOTA BHARU ke?"

"Yup!"

"Huh patutlah , I kata kat Kuala Berang Mall"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amran : Kalau aku masih takde girlfriend masa umur aku 30 tahun aku nekad nak bujang sampai bila-bila.

Syuib : Gila ke ape kau ni?

Amran : Bukan gila tapi nekad.

Syuib : Jodoh tu rahsia tuhan dengan kita , jangan bajet sangat lah nak membujang , tahan ke?

Amran : Entah sampai bila boleh tahan , haha .

Syuib : Aku rasa kau patut letak nama kau sendiri lah dalam Facebook .

Amran : Eh aku letak nama sendiri lah , Amran Macho .

Syuib : Tapi nama kau tu ,, ishh payah aku nak cakap . Terlalu shortform .

Amran : Lah aku ingatkan kau nak tegur pasal aku guna perkataan Macho tu . 

Syuib : takde lah , nama kau shortform sangat . Bukan ke nama kau Ahmad Mutahir Rahim Ahmad Najib .

Amran : Hak ah ... hahaha .



A - Ahmad

M - Mutahir

R - Rahim

A - Ahmad

N - Nawab 


#ada tak member-member korang nama macam dalam watak ni? Shortform sungguh...hahaha 





++++-----++++