PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Monday, 27 August 2012

SEBAB DAN CARA ATASI CURANG

Bila buat perbincangan kononnya perempuan lebih curang daripada lelaki , semua itu dah tercatat dalam kajian yang berfakta , bukan nak salahkan perempuan dalam apa-apa hal. Taktau lah pulak siapa yang kaji perkara yang macam ni. Kadang-kadang saja nak buat gaduh lelaki dan perempuan . Apa yang betulnya kat sini ialah perempuan yang aku suka adalah seorang perempuan yang menyerupai perempuan . Bukan yang tunjuk paha gebu kat orang lain !



Status Facebook hari ini . Dulu kan ada buat kajian tentang tahap kecurangan rakyat Malaysia . What the ??? Semua itu aku tak boleh nak kata apa lah kan , mana tempat diorang kaji pun aku tak tahu . Yang aku tahu wanita Malaysia nombor 3 paling curang di dunia . Ada betul ke fakta ini ? Menurut Ghana Web .

Ghana Web ? Laman web dari Afrika ? Boleh percaya ke ? Ke ada diskrimasi dalam kajian ini . Orang lelaki Ghana terasa dengan wanita Malaysia dan sebab itu kajian ada yang macam ni ? Oh tidaklah , sebenarnya ramai wanita Malaysia kena tipu dengan orang Afrika ada lah . Baiklah meneruskan lagi penulisan aku di sini . Sebenarnya betul ke wanita di Malaysia ini terlalu curang . Kalau baca dalam paper Harian Metro ada betulnya juga . Setiap hari aku beli paper tu , ada je berita tentang kecurangan yang dilakukan oleh wanita di Malaysia . Dan yang tak boleh blah pula bila asyik negeri tu je yang kena dengan masalah curang ? Negeri lain takde masalah curang ke ? Mybe itu sebab politik . Kat sini aku tak nak bangkitkan hal politik cuma nak bangkitkan tentang hal curang ini sahaja . 


Ada beberapa sebab kenapa wanita di Malaysia ini curang , dan pada pendapat aku ini adalah sebab-sebabnya :

1. Kurang perhatian daripada pasangan .
2. Kurang kasih sayang yang diingini oleh wanita itu .
3. Membalas dendam sebab pasangannya juga curang .
4. Untuk memuaskan nafsu batin yang tersimpan .
5. Terpedaya dengan lelaki lain .
6. Tidak ada kepuasan bersama pasangan .
7. Ingin selalu dibelai dan dimanjai.



Yang nombor 7 tu aku nak tarik dalam emosi aku dalam entry kali ini . Lelaki tak menunjukkan kasih sayang dah sebab mereka dah cukup dah bila kahwin . Sebelum kahwin macam-macam janji , nak membahagiakan dan macam-macam lagi lah . Sampaikan meniti atas bara api pun sanggup . Tapi bila dah kahwin , semua taknak . Nak dukung baby pun malas . Kat sini bukan aku nak ceritakan tentang seseorang tapi lebih daripada seseorang .

Ada beberapa idea yang aku rasa boleh tidak pakai untuk mengelakkan pasangan kita curang terutamanya bagi yang dah bertunang mahupun dah yang berkahwin . Antaranya :

1. Tidak mengurangkan kasih sayang untuk pasangan .
2. Jangan malu-malu bersama pasangan anda , Bagi yang dah berkahwin , bermesralah lebih lagi walaupun lemak dah menjuih di tepi perut !
3. Selalu membeli bunga untuk pasangan sebab wanita ini akan mudah cair dengan perkara yang macam ini , kalau ada yang tak suka bunga berilah hadiah yang lain . Lakukan perkara ini adalah contoh yang terbaik bagi seorang lelaki sebab wanita ingi perhatian selalu .
4. Jangan pandang lama sangat wanita lain , jika ada yang berkaitan dengan kerja jangan rapat sangat . Takut tergoda dengan bibir yang mulus , peha yang gebu dan badan yang montok , mintak jauh ye !
5. Pergi melancong bersama pasangan . Bagi yang dah berkahwin , pergi lah ke pulau-pulau berdua sahaja . 
Bagi yang belum , cuba ajak family dia ikut juga . Nampak serius di situ .


Cukuplah aku rasa 5 perkara di atas ini untuk mengajar mana yang patut . Next entry aku akan tulis perempuan atau lelaki paling curang bagi diri aku . Assalamualaikum hawa sekalian yang curang . Hehe .


P/S : Pernah kapel dengan awek orang tapi tak lama . 

4 comments:

Taufik said...

curang time kapel i dont give a damn
curang lepas kawen, u will be damned!

najihahfara said...

setuju dengan taufik..
pade masing2 jugak..

Everything's Everythings said...

bagus idea kau tu ;D
ak xtaw la kenapa article akhbar tu boleh jdi cmtuh actually xD sbb bgi ak sebaliknya kan? kalau ikut lumrah la

Namee Roslan said...

curang. orang curang ni selalnya jenis tak serious. dia takde hala tuju dan vision. instead of curang, lebih baik terus terang dan putus je.

++++-----++++