PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Monday, 10 September 2012

SALAH SIAPA BILA CURANG ?

Korang rasa curang tu kejam atau tidak ? Satu pengertian yang membuatkan kadang-kadang manusia ni pening . Curang boleh datang dari pelbagai sudut . Contohnya bila tengok pakwe kita sendiri bermesra dengan awek lain , terasa nak mencabar pakwe tu untuk menjadi cemburu juga seperti yang kita lalui .



Baiklah teruskan dengan entry ini . Curang pula merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam perhubungan cinta-cintun. Tapi apa yang memaksa kita untuk menjadi curang ? Macam-macam .

Lelaki atau perempuan yang lebih curang ? Hurmmm , bergantung dengan diri masing-masing juga sebenarnya . Pondan pun boleh curang dengan pasangannya , apatah lagi lelaki dan perempuan. Ada lelaki mengatakan perempuan lebih curang , kenapa begitu ? Mungkin mereka putus cinta sebab awek mereka curang .

Dan jika perempuan pula kata pakwenya curang dengannya  , ini menunjukkan pengalaman mereka sendiri mendidik mereka mengatakan begitu . Jangan lah kita bersikap begitu kerana hukum karma mungkin terjadi kepada diri kita satu hari nanti . Hukum karma tidak akan lari dari hidup kita . Contohnya kalau kita gelak kepada orang bila orang itu jatuh dalam longkang , mungkin satu hari nanti selepas 3 tahun ke , 50 tahun ke akan terkena kepada kita semula . Mungkin tak jatuh longkang , tapi mungkin kita akan diketakawakan oleh rakan kita yang jatuh longkang sebelum ini =)


Jagalah perhubungan kita sendiri . Perempuan biasanya suka menceritakan masalah mereka kepada seorang rakan lelaki yang rapat kepadanya . Dan dalam sedar ataupun tak sedar , mereka akan menjadi lebih rapat . Perempuan lebih suka diberi perhatian . Jika ada perhubungan jarak jauh yang memerlukan komitmen , sukar untuk kita bayangkan .

Perempuan mudah cair , Itu adalah berdasarkan pengalaman yang pernah aku rasakan . Dan bagi lelaki pula berkawanlah seperti biasa . Sifat dan cara untuk perempuan dan lelaki untuk curang adalah berbeza-beza . Ini termasuk dalam perasaan dan emosi masing-masing .



Cukup sampai di sini dulu , next entry cerita lain lak =)


p/S : Berkawan dengan awek orang jee ..


3 comments:

Atiqah Wadiah said...

x suka curang..

Fatin Liyana said...

was here =)

Azee Hana said...

seboleh bolehnya bila dah ade hubungan,,jgn la terlalu rapat sangat dengan kawan berlainan jantina..kesian pasangan makan hati ulam jantung nanti...

++++-----++++