Salam semua . Ini adalah post yang kedua yang terbit dari dalam blog SYAFIKCOKLAT juga. Bukan tiada idea untuk menulis cerita baru cuma aku nak korang beri reaksi apa yang korang baca ni . Itu je ! Hehe . Semua material yang baru tak lama lagi akan ditulis pula =='
Eiiiii , seronoknya . Dulu aku suka dia . Tengok sekarang makin cantik pulak dah .
Eishh malu lah nak tegur , tapi peduli apa . Yang dulu zaman sekolah rendah je .
Tapi dia ingat kat aku ke hah ?
Dia cam aku ke hah ?
Aku segan doee nak tegur dalam Facebook .
Ishhh .. tak boleh ni , nak kena tegur jugak .
Poke pun jadi lah .
Ehem ....
2 MINGGU BERLALU .......
Alaaaa dia tak balas pun , tak ingat aku siapa kot !
Takpelah bukan rezeki aku pun .
Apa-apa pun aku nak add dulu lah .
Eh jap nak hantar mesej gak .
Eh tak jadilah , nanti apa pulak dia kata .
Tapi kalau aku tak hantar mesej muungkin susah dia nak cam aku , tapi kalau aku hantar dia tau kot .
"Salam awak , ingat lagi tak saya ? Saya Imran kelas 6 Inovatif 12 tahun lalu masa sekolah rendah , awak Liana kelas 6 Bestari kan ? Awak sihat ? Apa cerita sekarang nie =) ?"
Cukup kot mesej macam ni , maybe dia balas nanti . Mungkin masa ni sibuk lagi kot . takpelah .
2 MINGGU SETERUSNYA.......
"Salam awak , oh yee saya ingat awak . Awak dulu budak baik dalam kelas 6 Inovatif tu kan ? Kita pernah main kejar sama-sama dulu waktu pendidikan jasmani . Awak ada jatuh tempoh hari luka kat lutut , saya ingat awak =) . Saya sihat je , sekarang belajar kat UK . How about you ?"
Hah ! Dia ingat aku ? Perghh ni dah terbaik ni . Hehe .
"eh awak ingat saya sampai macam tu sekali ye ? Thanks ek . Malu gila lah time tuh awak , hahaha . Tapi semua tu dah lama dah , 12 tahun dah berlalu , hehehe . Saya kat UPM "
2 minit kemudian ....
"oh ye kan ? hihi . u kat mana sekarang ni ? Malaysia duduk mana ?"
"saya duduk kat Ampang "
"Ampang ? Lah sama lah , saya baru je sampai Malaysia kelmarin , hehe ."
"dulu bukan sekolah kat Pahang ke ? Sekarang dua-dua dah pindah kat KL , haha "
"hii , ayah saya tukar kat sini , dia jadi pengetua sekolah kat Ampang ni "
"oh macam tuh , awak jom jumpa ?"
"Jom!"
Ehh , dia approve aku nak keluar . pakwe dia ni tak marah ke ? Hurmm, nak tanya jap . tapi kalau tanya nanti mungkin dia rasa aku suka kat dia , nak buat macam mana eh ? Hurm fikir-fikir .
"Oh keluar dengan sapa ?"
" Member-member kita dulu macam mana? Ada contact lagi ?"
"hm , entahlah saya pun tak tahu , saya baru je jumpa awak dalam facebook ni "
"kalau macam tu kita keluar berdua ajelah ? Boleh ?"
Ehhh , biar betul ni ? Dia ni dah lah macam Nora Danish , takde orang nak marah ke nanti ? Nanti tak pasal-pasal je kena ketuk dengan pakwe dia .
"urm , awak ni nanti takde orang marah ke ?"
"kenapa nak marah pulak , awak kan kawan sekolah rendah saya ?"
"oh yee kan ?"
Macam dah ada boyfriend je dah , hurmm takpelah macam tu =( .
13 MINIT SELEPAS ITU ....
"kenapa awak tak balas mesej facebook saya ?"
"ehh awak ada hantar ke ?"
"lahh tak dapat eh ? Oh busy takpelah "
"eh mana ada , saya ada hal tadi kejap "
"Oh macam tu .. okay2"
"Bila nak keluar ni?"
" Esok malam , JOM !"
Malam ? Wahh bestnya macam tu , eishh aku bukan nak cari jodoh pun . Dia ni member lama aku . Diingatkan MEMBER LAMA ! MEMBER LAMA ! Okay tutup kes , lantaklah dia ada pakwe ke tak , dia MEMBER LAMA aku . Tapi dulu tak pernah rapat sangat pun , aku je admired kat dia .
"Awak !"
"oopsss sorry , berangan-angan pulak tadi . Liana stay kat mana ?"
"Oh its ok , ni alamat Liana . No.23, Taman Ampang Jaya , Jalan Seri Semarak , Kuala Lumpur "
"Oh okay , nanti saya pergi search eh ? i will pick u later "
"ok!"
Yahooo , boleh keluar dengan Liana . Dah 22 tahun umur dia , Tengok muka dia kat facebook ni makin cantik sangat dah dari dulu . Tengok status jap .
Status : Single .
Single ? Biar betul ? Wahhh untung aku , eh silap-silap . Liana ni KAWAN LAMA aku lah , okay cukup-cukup.
"okay , see u tomorow"
Okay petang ni aku nak cari rumah dia dulu . Haha . Kalau esok senang sikit . No.23, Taman Ampang Jaya , Jalan Seri Semarak , Kuala Lumpur . Oh sama taman dengan aku ajelah . hehee .
Aik ? Nombor 23 ? ehh jap , aku nombor 22 . Eh Liana duduk sebelah rumah aku ke ? jap nak search . Apa lah aku ni jiran sendiri tak tahu . Sengal . Haha .
Bukan ? Ni rumah apek lah . Adoii Liana tipu aku maaa . Macam mana ni , facebook baru je offline . Padan muka aku . =p
Keesokan harinya ............
Liana : Ishh mana dia ni , kata janji malam ni , takde pun pulak . facebook Offline . Nombor phone tak ambil pulak semalam , sengal jugak aku ni . Adoii .
2 hari kemudian dalam Facebook .......
Liana : Oh ok , dia Online . Jap nak tanya . Mungkin masa tu dia ada hal kot , huhu .
Liana : Hi .
Imran : Hi =)
Liana : Kenapa tak ambil saya hari tu , saya tunggu dah lama tau ?
Imran : ye ke ? rumah awak kat mana sebenarnya , saya pergi tengok rumah apek ada lah .
Liana : Rumah apek ? awak salah tuh . Adeyhh merajuk lah ni ye ? hihi .
Imran : eh takde lah .
Liana : eleh ye lah tu kan ? Ni alamat rumah saya , No.23, Taman Ampang Jaya , Jalan Seri Semarak , Kuala Lumpur . tak jumpa ke ?
Imran : itu alamat sebelah rumah saya , rumah apek sebelah saya ni .
Liana : ehh ye ke ?
Imran : Takyah nak drama lah awak .
Liana : eh mana ada .
Imran : huhuhuhu .
Liana : awak tengok betul-betul alamat rumah saya dengan awak tuh .
Imran : jap ...
No.23, Taman Ampang Jaya , Jalan Seri Semarak , Kuala Lumpur (Liana)
No.22, Taman Ampang Jaya 2 , Jalan Seri Semarak , Kuala Lumpur (Imran)
Hadoiiyaiii !!!! Dia ni taman belah sana tu , aduyai . bahlol jugak aku ni .
Imran : Liana sorry2 . tak nampak perbezaan alamat hari tuh . heeee .
Liana : ishh salah awak lah ni .
Imran : Sorry tau . Saya tak check masa tu =(
Liana : oh takpe2 , 3 hari lagi saya dah nak balik UK dah pun . Ada kat sini kejap je , kakak saya kahwin tempoh hari .
Imran : laaahh kejapnya kat Malaysia .
Liana : =p
Imran : ??????
Liana : =p
Imran : kenapa awak ?
Liana : hehehe , saya gurau aje lah . Saya cuti 2 bulan kat sini =p
Imran : =D . Jom dating !
Alamak ! Tersilap pulak dah kata nak pergi dating , adoi confirm tak balas dah pasni mesej aku , aiyorkkk !
Liana : Jom lah awak ! =)
Imran : =) hieee .
Yahooo !!!!!
#Jodoh memang pelik kan ? So bersabar tu penting , siapa setuju ?
1 comment:
comel je kisah2 cm gini..tp mcm mustahil je kan real life cmni...>_<
Post a Comment