PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Saturday, 2 June 2012

BERHATI-HATI DALAM MEMILIH JODOH


Penting ke hidup berpasangan ? Betul ke pasangan yang kita miliki sekarang adalah jodoh kita yang betul ? Semuanya dah ditakdirkan ke ? Kalau macam tu lebih baik aku duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa hanya menunggu jodoh yang bakal kita miliki . Senang kan ?




Kalau kejadian yang seperti di atas berlaku tentunya masyarakat menjadi masyarakat yang malas dalam hal mencari jodoh . Tentunya dunia bekerjaya menjadi tunjang yang lebih penting daripada bercinta . Apa yang aku nak katakan di sini ialah cinta memang tidak boleh dielakkan . Kita tolak dulu cinta untuk-Nya dan ibu bapa kerana cinta seperti itu adalah cinta yang wajib kita ada . Apa yang aku nak katakan di sini ialah cinta kita pada manusia yang kita ingini .

Hairan . Pelik . Semuanya ada di dalam otak aku ni . Pasangan yang sudah berkahwin setelah beberapa tahun mengumumkan untuk berpisah . Mengisytiharkan diri mereka untuk menentukan haluan masing-masing . Macam tak masuk akal pun ada juga . Dah sampai beranak pinak then kata mereka tiada persefahaman . Apa ni ? Tolong lah jawab bagi pasangan yang seperti itu .




Dunia memang pelik . Cinta suami isteri adalah cinta semulajadi yang ada dalam diri manusia . Syaitan senang-senang untuk memutuskan hubungan yang telah sekian lama berlangsung . Orang ketiga . Curang . Dan ada juga kerana mandul . Okay di sini aku nak katakan tentang mandul . Contohnya jika lelaki mahukan anak tetapi isteri mandul , pelbagai langkah boleh diambil . Contohnya seperti anak angkat jika tidak mahu untuk berkahwin lain . Bukan untuk membahagikan cinta yang sudah lama ada dalam diri suami itu tapi kerana inginkan keturunan yang diidamkan .

Baiklah aku nak bicarakan pula tentang jodoh yang tak panjang ini . Kenapa dulu sebelum berkahwin tidak kita berfikir dengan betul ? Mungkin kerana nafsu ketika berkahwin tempoh hari . Jadi perkahwinan yang dijanjikan sehingga sehidup semati tiada . Perkataan yang sesuai bagi pasangan seperti ini ialah PENIPU . Kes penceraian berlaku begitu lebat pada masa ini , tidak perlulah menunjukkan angka di sini untuk memberitahu tentang penceraian ini . Cukup kita tengok , dengar dan lihat di suratkhabar , majalah mahupun di laman-laman web yang berkaitan . Sebelum berkahwin dulu hendaklah mereka berdoa meminta petunjuk kepada tuhan , betulkah itu jodoh aku yang betul ? Walaupun ketika itu kita sangat-sangat mencintainya sehinggalah sanggup berhutang untuk berkahwin . Mungkin kita tidak tahan atau tidak mahu pasangan yang kita cintai dulu terus ada dalam hidup kita .




Jadi kita hendaklah berfikir secara waras sebelum berkahwin . Jodoh kita itu adalah teman yang boleh menerima kekurangan kita . Kalau kerana pakej yang ada pada isteri contohnya , mungkin nanti di masa tua sudah tiada dahi licin yang diingininya itu , yang tinggal hanya kedut-kedut yang semakin banyak . Bagi si isteri pula dulu mengharapkan badan sasa dan tegap si suami . Itu adalah apa yang diharapkan dahulu . Namun mungkin nanti semasa tua sudah tiada otot-otot yang timbul , yang mungkin ada ialah urat-urat yang semakin lemah .


Bagi yang masih bujang rebutlah peluang untuk mengenal lebih mendalam tentang orang yang diingini itu . Teruskan berdoa bahawa jodoh kita itu akan menjadi jodoh yang begitu kuat . Doa amat penting dalam kehidupan kita . Tanpa doa , mungkin kita hanya berserah pada takdir sahaja . Sedangka takdir itu adalah satu petunjuk untuk manusia untuk lebih mengenali diri masing-masing .

Sekian .


Posted  by 


No comments:

++++-----++++