Terkesima sebentar wajah Valeria mendengar ucapan yang diluahkan dari mulut Albert . Dia tahu selama ini Albert hanya memendam perasaan kepadanya sahaja . Namun ia berubah setelah kejadian tempoh hari . Ketika itu waktu hujan yang tak berapa nak lebat , Valeria dan Albert yang memang telah mengenali sesama mereka selama 3 tahun mereka belajar di sebuah IPTA jauh di utara semenanjung .
Tayar Mercedez Benz yang dipandu oleh Albert telah pancit ketika waktu hujan rintik itu turun . Namun untuk tidak menghampakan seorang gadis yang beliau sangat cintai , beliau tidak rela melihat Valeria keseorangan ketika beliau hendak memohon bantuan luar.
"Val , u nak ikut i tak ?"
"where?"
"nak mintak bantuan someone supaya tayar kereta ni elok semula"
"okay,i follow u, lagipun i takut lah kalau sorang-sorang dalam car u ni , tak pasal-pasal nanti ada yang nak merompak pulak, i kan lawa , bergetah , cun ."
Nampak sangat takburnya si Valeria berkata kepada Albert . Namun Albert tidak mengendahkan itu semua kerana bagi Albert itu hanya sebagai mainan kata-kata daripada Valeria . Sesungguhnya beliau sangat mencintai Valeria sejak minggu orientasi lagi di IPTA .
Tiba-tiba ...
DAMMMM!!!!
"eh , kenapa ni ?"
Skrin televisyen plasma 39 inci yang dimiliki Mat terpadam . Mat bengang . Ketika itu beliau sangat seronok menonton babak itu bersama isterinya Aisyah . Rujuk entry ini jika tak tahu siapa mereka. Bengang pun takde makna juga , bil elektrik 3 bulan masih tak berbayar pun .
Aisyah pula ketika itu sudah terlelap .
"aiyoo , dahlah tibi aku dop tengok ni terpadam , yang bini aku ni pun tidur masa ni pulak dah , dah lah masa siang-siang tadi puasa . Aku tak dapat ''mende' tuh(jangan fikir negatif,boleh?) , kalau malam ni tak dapat lagi entahlah nasib aku (sekali lagi tolong jangan fikir negatif) , meroyan hendaknya"
"aisyah oh aisyah ,bangunlah sayammm abammm "
Reaksi Aisyah seperti layan tak layan je , terus Aisyah masuk ke bilik untuk sambung tidurnya semula .
"lah,awalnya masuk tidur sayang ?"
"ermphh,ngantuk..",luah Aisyah dalam keadaan yang sangat mengantuk dan blur .
"emm,abang 'nak' sayang malam ni boleh?"
"nak apa?, sayang ngantuklah"
"laah , nak 'tuh' lah , boleh tak?", jari telunjuk Mat menuju ke arah badan si Aisyah .
"dahlah abang , sayang ngantuklah , esok je ok?"
"hurmmm,ok fine"
Hampa. Itulah perasan si suami jika tak dapat apa yang diimpikan selepas 17 hari berpuasa . Dan 17 kali jugalah isterinya meluahkan kata-kata seperti ini :
"dahlah abang , sayang ngantuklah , esok je ok?"
Naik muak Mat mendengarnya . Tapi takpelah dah takde rezeki bagi si Mat untuk memuaskan nafsu bersama isterinya . Beliau tidak mahu yang dia seorang sahaja puas dalam perhubungan seperti itu . Namun beliau harus akur , ini bulan Ramadhan . Banyakkan baca Quran lagi bagus .
====================================================================
"selamat pagi abang!"
Ceria sungguh wajah si Aisyah bila sahur menjelma . Dan waktu itu sangat dibenci bagi si Mat . Ketika kecil dulu , beliau tidak suka nak bangun sahur . Pernah satu ketika semasa beliau berumur 14 tahun , ketika itu mak angkatnya , Mak Cik Senah mengejutnya untuk sahur . (rujuk entry ini untuk kenal Mak Cik Senah)
"bosanlah sahur ni , tak selera nak makanlah"
"apa pulaknya , sahur ni kan banyak berkat,"ujar MCS* kepada si Mat .
"mak nak berkat ke ? Kalau nak berkat nanti pergi bazar pakai tudung tau ?"
Terkesima Mak Cik Senah kena sound dengan anak angkatnya itu . Beliau tahu yang beliau seorang yang freehair bukan freethinker . Itu lagi berdosa . Selepas itu , secara perlahan-lahan Mak Cik Senah berjaya untuk memakai pakaian yang lebih elok rupanya , dan bukanlah seperti bungkusan nangka yang ada di kebun Pak Abu , si tukang kubur kampung paling hensem di kampung itu 40 tahun dahulu . Namun ianya beruba setelah kemalangan tragis yang mengakibatkan giginya rongak .
====================================================================
Berbalik semula pada cerita si Mat dan Aisyah .
====================================================================
Selesai sahaja bersahur , si Mat terus masuk ke bilik untuk tidur sedangkan isterinya , Aisyah sibuk membasuh pinggan dan membuang lauk-pauk yang dah tak hensem ke dalam tong sampah .
"kalau ikutkan hati aku , nak je pelangkung kepala laki aku ni , bukannya nak tolong aku , terus tidur adalah , hampeh tol!" , namun marah si Aisyah tidaklah seperti menggigit kain buruk Mak Cik Rokiah yang tersidai di atas pagar rumah peninggalan suaminya dulu sampai terputus-putus .
"kalau macam ni lah perangai dia baik aku kawen ngan ustaz , konfom bahagia hidup aku, hahahhahahahahaha," gelak Aisyah sungguh bernafsu pada pagi yang hening itu . Jiran Aisyah , Mimi yang tinggal berseorangan kerana suaminya pergi ke Gaza untuk hantar bekalan ubat tidur kepada askar Israel mendengar ketawa batin Aisyah .
Terus Aisyah teringat cinta pertamanya dulu , yang masa tu dia jatuh cinta pada seorang ustaz dah berbini 3 . Sungguh hairan rakan-rakan Aisyah melihat kesungguhan si Aisyah untuk memdirikan rumah tangga lif dan sebagainya bersama ustaz tersebut . Walaupun sudah beristeri 3 namun ustaz itu seorang yang baik dan lembut butir bicaranya . Beliau tidak pernah berbohong kepada isterinya yang pertama tentang niat untuk berkahwin kali kedua begitu juga untuk kali ketiga . Cuma yang kali ketiga ni , ustaz itu bercerai dengan isterinya kerana isterinya itu mengidap barah usus kus kus kus .
"kalaulah aku berlaki dengan ustaz aku rasa dunia aku akan baik-baik sahaja , tapi takde kebebasan pulak , yelah nak jemur kain pun nanti kena pakai jubah lah ape lah , macam-macam."
Aisyah tahu macam-macam kesulitan bermain dalam otaknya apabila beliau memikirkan hal itu , namun setelah tahu yang ustaz itu pernah merogol seorang anak kandungnya sendiri membuatkan Aisyah sedar tentang sikap seseorang manusia .
Biarlah malas pun , asalkan tak jahat macam ustaz yang pernah beliau cintai dulu . Dan Aisyah sangat berharap satu hari nanti si Mat akan berubah untuk menjadi suami yang rajin dan sangat berdedikasi . Cuma masa sahaja tidak menyebelahi bagi diri Aisyah . Dalam hatinya berkata , "walaupun aku dapat suami yang pemalas , satu hari nanti boleh berubah punyeeee !" , sambil menunjukkan simbol macam Dafi buat semasa konsert mingguan Akademi Fantasia yang lalu di dalam hatinya , cuba korang bayangkan macam mana rupa hati si Aisyah ???
P/S : rambut sama je hitam , hati lain-lain . Mungkin yang macam tu boleh dikatakan tentang manusia , tak begitu ?