PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Tuesday, 11 December 2012

BiLa hIDuP eMo #2

Ada somebody suruh kita jadi macam itu dan macam ini . Kadang-kadang ianya merimaskan , sebab ianya palat . tau tak apa itu palat ? Ianya bukan tahi kambing , itu jawapan mudah aku . Palat ialah seperti sesuatu yang annoying , pernah tak kalau orang itu memang berhati busuk tidak menyebut perkataan palat itu ? oh , dongeng belaka .


Kadang-kadang kita diwajibkan untuk berlakon menjadi orang lain . Orang lain itu kadang-kadang tidak pernah lahir dari jiwa kita sendiri pun , kononnya untuk mengubah kita menjadi seorang yang lebih dan matang dan juga bla bla bla , ishhh bebal . Menjadi orang lain kadang-kadang membantutkan kita untuk menjadi diri kita sendiri . Contoh yang ada di sini ialah guru mengajar kita menyebut sesuatu perkataan dalam bahasa inggeris . mampus aku lah nak sebut macam mana pun perkataan derok . Okay bagi yang tak tahu apa itu derok inilah maksudnya , derok ialah batu . Ya , batu ialah derok . Itu memang FAKta oke !


Zaman untuk berlakon sekarang semakin berleluasa sejak CCTV dan AES semakin banyak bertaburan di bumi Malaysia ini . Macam cendawan pulak semua haramjadah tu , rasa macam nak bako je semuanya . Menyibuk ! Yelah sampai dalam tandas pun ada CCTV , orang sedang baiki bra dalam toilet memang kantoi dengan cepatlah , bodoh punya CCTV . Kebaikan pun ada juga , tapi sikit . Memang sikit , nak aku senaraikannya . Bla bla bla bla dan bla lagi . Okay itu sahaja ye , memang FAKta !

AES pun menimbulkan kemarahan pada orang lain jugak . Bayangkan orang yang tengah bermesra dalam kereta yang sedang bercium , bercemolot dan mungkin ada yang mengulum aiskrim akan berhati-hati dengan semua itu . Adanya AES mereka akan berlakon dengan baik sekali . AES akan mendidik mereka jangan melakukan perkara terkutuk dalam kereta . Kalau dalam hotel takut pihak pengurusan hotel lak yang letak CCTV . Susah betul nak bebas sekarang ni . Jadah apa ? sebab ianya memang FAKta !

Entry kali ini macam bikin gempak je , ada makna dalam tulisan aku ni . kadang-kadang ia seperti direct to the point tapi dalam direct tu ada juga mesejnya , jangan ada yang tersilap tafsir . Bagi akulah kan siapa yang pandai membaca tentunya pandai menganalisis apa yang dibaca . kalau baca tentang dinasour takkan nak fikir yang dinasour ni sama dengan muka PM kita . Opsss , okay terlepas . Tapi ianya memang FAKta !


Kadang-kadang tak sedar apa yang kita nukilkan di sini , tiba-tiba ianya berkahir seperti itu sahaja . Sesuatu topik yang hangat akan menjadi hangat tapi ianya sekejap sahaja . Contoh di sini ialah Diana Danielle , sekejap sahaja gosip tentang AWAlnya kandungannya . baiklah itu memang FAKta , tapi yang kita tak tahu berapa lama ada dalam perut dia tu ? Nak tanya , mereka tak nak jawab . Tapi semua perkara boleh dikenalpasti dengan alatan canggih yang baru . Contohnya Instagram . Aku malas nak menggunakannya sebab aku ingat Instagram ini adalam measurement method dala pengiraan yang baru . Mana tahu ada seoarang lagi tokoh gila seperti Einstein muncul .



Ini bukan entry marah cuma entry yang ingin menyumbangkan sedikit idea yang kononnya segar dalam kehidupan sekarang , ishh semua tu poyo la . Uweeekk !!!! FAKta !

Sekian.


BiLa HiDup EmO #1

Duit oh duit . Susah nak cari , senang nak tuang . Macam mana ? Dah itu yang berlaku dalam dunia sekarang . Nak buang air liur pun kena buang duit , kena tuang duit . FAKta kan itu ? Sangat-sangat FAKta . Tangan terus ingin menterjemahkan apa yang tersirat di dalam hati selama beberapa bulan meninggalkan lapangan tulisan yang kosong . Mungkin sebelum ini tiada langsung nafsu untuk menaip seperti dulu .


Permulaan sentiasa menyusahkan . Tiada orang memahami diri aku kecuali mak ayah aku . Mak ayah aku tahu aku siapa dan apa keburukan dan kebaikan aku . Tapi kadang-kadang kejahatan kita dapat nyorokkan daripada mata mak bapak kita . Bukan nak cerita pasal duit sangat hari ini , cuma nak complain kan tentang hal anak-anak yang sentiasa merungut tentang mak ayah . What the FAK !

Bila mak ayah dah jauh semuanya dah hilang kejahatan . Cukup ke dengan hanya menelefon mak ayah seminggu sekali daripada bermesej dengan makwe atau pakwe tanpa melepaskan handset walaupun tengah berak . What the FAK ! Itulah kadang-kadang yang berlaku kepada diri kita sendiri tanpa menyedarinya . Mungkin ada alasan yang akan mengatakan kita sibuk . Tapi mak ayah kita tak pernah sibuk untuk bertanyakan dan tahu tentang hal kita . Hanya telefon untuk mendengar suara pun cukuplah . Terubat rindu mereka . Bagi yang dah berkahwin ke atau belum , sama sahaja terutama bagi lelaki. Ya , insan bernama lelaki . Ini FAKta .



Manusia mudah lupa , kadang-kadang cepat alpa dengan dunia yang diberi . Kekasih kadang-kadang dianggap seperti sampah . Sampah yang elok jangan dibuang , sampah yang sudah direnyuk masih disimpan . Itulah manusia . pernah tak kita terfikir mengapa kita ditakdirkan menjadi manusia ? Sebab kita perlu menjadi manusia . Jawapan yang mudah bagi soalan yang mudah . Seperti 1+1=2 . Tetapi kadang-kadang ada yang bebal mengatakan 1+1 = 11 . Itu FAKta cipan okay !



Maaf jika entry yang pertama selepas beberapa lama hilang di dalam lapangan antarabangsa yang tidak didendang ini . Kadang-kadang kita puas dengan apa yang berlaku dulu , dan kadang-kadang terfikir untuk memulakan semula . Baiklah , mudah untuk mengatakan kembali dalam bidang penulisan blog merupakan hobi aku dan ianya takkan berubah . Sikap rendah diri dalam diri sendiri kena ada dan jugak sikap ego . Ego adalah elemen penting dalam hidup tidak kira lah buntuk lelaki mahupun wanita . Moga coretan kali ini memberi satu ketajaman dalam aku membicarakan apa yang terbuku dari dalam hati .



Sekian.

++++-----++++