PenCinTA TegaR

SIMPANAN UNTUK PTPTN

Wednesday 22 August 2012

HARI RAYA AIDILFITRI 2012M/1433H !

Assalamualaikum semua . Hari ini hari raya ke-5 . Tak sempat nak update apa-apa pun selama beraya ini . Raya ke-4 aku demam , so duduk je lah di rumah . Menikus sungguh rasa diri ini . Tapi takpe duit raya tetap je ada , sepupu yang dah kahwin , mak saudara dan bapak aku yang dah nak bersara . Thank you sebab bagi duit raya yang cukup untuk aku mulakan perniagaan aku tak lama lagi .



Baiklah belum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua , semoga semua berbahagia semasa raya tahun ini . Pecah rekod aku tahun ni , dalam masa lima hari raya , satu hari je aku pergi beraya . Itupun pergi ke rumah saudara mara yang terdekat dan aku kenal je lah . Hihi . Dah satu kampung senang sangat lah nak pergi , kan ?



Raya pertama dan Raya ke-empat aku sangat best sekali . Bukan sebab dapat jemputan daripada Nora Danish untuk hadir kerumah terbuka beliau , tetapi keterujaan aku sebab Chelsea menang . Erk!


Memang takde langsung kaitan dengan hari raya , tapi bagi aku bila Eden Hazard main sangat cantik dan unselfish , aku gembira . Sorang lagi bakal bintang Chelsea (yang masih ada) yang aku bakal kagumi selepas David Luiz , Frank Lampard , Ramires , Petr Cech , Branislav Ivanovic dan Ashley Cole . Itu belum muncul lagi bisa daripada Oscar dan Marko Marin .



Eh eh eh cukuplah berkata tentang Chelsea , nanti penyokong Manchester United benci pulak ! Heee .
Okaylah siapa nak duit raya , letak nombor phone dalam inbox aku , nanti guwa top upkan je lah , takyah nak duit raya dalam sampulnya (Kenyataan serius ni) . Babai !



P/S : Menantikan kepulangan ke Perlis 31 Ogos 2012 ini di hari MerdekA !!!


3 comments:

miss yatie said...

selamat hari raya, KY harap dah sembuh sekarang ni..

khairul akmal bin azman said...

pro chelsea...

le fight man u session ni..

Nizam Ijam said...

selamat hari raya :)

++++-----++++