Status Facebook hari ini . Dulu kan ada buat kajian tentang tahap kecurangan rakyat Malaysia . What the ??? Semua itu aku tak boleh nak kata apa lah kan , mana tempat diorang kaji pun aku tak tahu . Yang aku tahu wanita Malaysia nombor 3 paling curang di dunia . Ada betul ke fakta ini ? Menurut Ghana Web .
Ghana Web ? Laman web dari Afrika ? Boleh percaya ke ? Ke ada diskrimasi dalam kajian ini . Orang lelaki Ghana terasa dengan wanita Malaysia dan sebab itu kajian ada yang macam ni ? Oh tidaklah , sebenarnya ramai wanita Malaysia kena tipu dengan orang Afrika ada lah . Baiklah meneruskan lagi penulisan aku di sini . Sebenarnya betul ke wanita di Malaysia ini terlalu curang . Kalau baca dalam paper Harian Metro ada betulnya juga . Setiap hari aku beli paper tu , ada je berita tentang kecurangan yang dilakukan oleh wanita di Malaysia . Dan yang tak boleh blah pula bila asyik negeri tu je yang kena dengan masalah curang ? Negeri lain takde masalah curang ke ? Mybe itu sebab politik . Kat sini aku tak nak bangkitkan hal politik cuma nak bangkitkan tentang hal curang ini sahaja .
Ada beberapa sebab kenapa wanita di Malaysia ini curang , dan pada pendapat aku ini adalah sebab-sebabnya :
1. Kurang perhatian daripada pasangan .
2. Kurang kasih sayang yang diingini oleh wanita itu .
3. Membalas dendam sebab pasangannya juga curang .
4. Untuk memuaskan nafsu batin yang tersimpan .
5. Terpedaya dengan lelaki lain .
6. Tidak ada kepuasan bersama pasangan .
7. Ingin selalu dibelai dan dimanjai.
Yang nombor 7 tu aku nak tarik dalam emosi aku dalam entry kali ini . Lelaki tak menunjukkan kasih sayang dah sebab mereka dah cukup dah bila kahwin . Sebelum kahwin macam-macam janji , nak membahagiakan dan macam-macam lagi lah . Sampaikan meniti atas bara api pun sanggup . Tapi bila dah kahwin , semua taknak . Nak dukung baby pun malas . Kat sini bukan aku nak ceritakan tentang seseorang tapi lebih daripada seseorang .
Ada beberapa idea yang aku rasa boleh tidak pakai untuk mengelakkan pasangan kita curang terutamanya bagi yang dah bertunang mahupun dah yang berkahwin . Antaranya :
1. Tidak mengurangkan kasih sayang untuk pasangan .
2. Jangan malu-malu bersama pasangan anda , Bagi yang dah berkahwin , bermesralah lebih lagi walaupun lemak dah menjuih di tepi perut !
3. Selalu membeli bunga untuk pasangan sebab wanita ini akan mudah cair dengan perkara yang macam ini , kalau ada yang tak suka bunga berilah hadiah yang lain . Lakukan perkara ini adalah contoh yang terbaik bagi seorang lelaki sebab wanita ingi perhatian selalu .
4. Jangan pandang lama sangat wanita lain , jika ada yang berkaitan dengan kerja jangan rapat sangat . Takut tergoda dengan bibir yang mulus , peha yang gebu dan badan yang montok , mintak jauh ye !
5. Pergi melancong bersama pasangan . Bagi yang dah berkahwin , pergi lah ke pulau-pulau berdua sahaja .
Bagi yang belum , cuba ajak family dia ikut juga . Nampak serius di situ .
Cukuplah aku rasa 5 perkara di atas ini untuk mengajar mana yang patut . Next entry aku akan tulis perempuan atau lelaki paling curang bagi diri aku . Assalamualaikum hawa sekalian yang curang . Hehe .
P/S : Pernah kapel dengan awek orang tapi tak lama .