Aku cuba mendefinisikan diri aku sebagai 'aku' dalam blog ini. Bukan untuk berkasar tapi untuk lebih dekat dengan para penonton supaya mereka dapat mesej yang aku ingin sampaikan. Walaupun tak sebanyak mana dapat membantu individu-individu yang terlibat , namun blog ini ingin berkongsi dengan mereka yang berhubung kait dengan diri aku. Ehem-ehem , takut ada yang terasa.
Baiklah permulaan blog ini aku tiada lagi idea untuk menulis namun dengan post yang pertama , aku cuba imbaskan korang kembali dengan post yang dulunya wujud dalam blog syafikcoklat. Kini TikiTakaCinta mengambil alih. Terimalah.....
DEFINISI CINTA DARI ISI HATI PENULIS
Cinta . Satu perkataan yang tak perlu diperkenalkan lagi . Macam-macam definisi yang tercipta untuk kita tahu tentang cinta ini . Cinta itu buta . Betulkah ? Atau itu hanya ungkapan daripada seseorang sahaja kerana cintanya dulu adalah cinta buta ? Bagaimana kita nak tahu yang cinta itu buta ?
Kadang-kadang kita lihat di sekeliling kita yang cinta yang hakiki tidak mengenal paras rupa . Lelaki gemuk , pasangannya cantik dan menawan . Kadang-kadang ada pula pihak yang dengki sebab perkara ini . Ini semuanya bergantung kepada soal jodoh . Jodoh ditentukan oleh tuhan . Tuhan itu maha kuasa . Cukup untuk aku kiaskan di sini . Ketika menaip entry ini , penulis sedang mendengar lagu Ada Apa Dengan Cinta - Melly Goeslow & Eric . Dan sebab itu mungkin rasa cinta untuk penulis menulis entry ini adalah lahir dari jiwa penulis itu sendiri .
Berikut ialah lirik lagu tersebut (kredit to this):
satu masa tlah terlewati
benci dan rindu merasuk di kalbu
ada apa dengan cintaku
sulit untuk aku ungkap semua
jangan pernah bibir tertutup
bicarakan semua yang kau rasakan
cinta itu kita yang rasa
bila sengsara hati kan merana
wahai pujangga cinta
biar membelai indah
telaga di kalbuku
jujurlah pada hatimu
ada apa dengan cinta
perbedaan aku dan engkau
biar menjadi bait
dalam puisi cinta terindah
andai bumi terbelah dua
biar kita tetap saling berpeluk
benci dan rindu merasuk di kalbu
ada apa dengan cintaku
sulit untuk aku ungkap semua
jangan pernah bibir tertutup
bicarakan semua yang kau rasakan
cinta itu kita yang rasa
bila sengsara hati kan merana
wahai pujangga cinta
biar membelai indah
telaga di kalbuku
jujurlah pada hatimu
ada apa dengan cinta
perbedaan aku dan engkau
biar menjadi bait
dalam puisi cinta terindah
andai bumi terbelah dua
biar kita tetap saling berpeluk
Yang paling menarik bagi penulis ialah lirik bahagian yang terakhir itu . Andai bumi terbelah dua , biar kita tetap saling berpeluk . Ini menunjukkan cinta yang dikatakan oleh Melly Goeslow menerusi lagu ini sangatlah kuat . Jika sekalipun dunia ini kiamat , tak tentu lagi 'kita' akan terpisah . Macam-macam cerita cinta yang boleh kita dengar dan lihat , juga pelbagai kisah dongeng juga yang kita sedia maklum untuk kita pelajari .
Kisah Romeo dan Juliet , Uda dan Dara adalah kisah cinta yang glamour . Begitu juga dengan cinta alaf baru sekarang , cinta Nora Elena dan Seth Tan . Macam-macam halangan ketika bercinta . Penulis di sini tidak mahu berbicara tentang cinta kepada tuhan dan keluarga , kerana itu cinta yang hakiki . Cinta yang teragung . Cukuplah kita membacanya di sumber yang lain . Apa yang ingin penulis sampaikan di sini ialah tentang cinta antara lelaki dan perempuan .
Apabila kita bertemu dengan pasangan kita , tentu kita akan menjadi berdebar , seronok tidak terkira dan macam-macam lagi perasaannya . Walaupun kita bersama pasangan kita itu untuk beberapa tahun (dalam tempoh masa yang lama) , belum tentu jika berkahwin kita akan bahagia . Penulis juga amat gembira dan tersenyum keseorangan bila membaca cinta Ashraf Muslim dan isterinya Dayana . Cinta selepas kahwin . Itu lebih manis . Tidak perlulah kita dapat cacian dan makian daripada orang di sekeliling kita . Mudah kan ? Tidak perlu untuk sakit hati untuk bercinta pada masa usia yang muda .
Tidak perlulah kita mewujudkan cinta seperti filem Hantu Bonceng . Boleh pula penerbit membenarkan seorang perempuan untuk tinggal bersama-sama lelaki yang bukan muhrim di bawah bumbung yang sama . Memang lah niat untuk menumpang sebentar namun jika dikaji ianya tidak sesuai .
Penulis juga tidak lari daripada cinta remaja ini . Kadang-kadang kita tidak terlepas dengan semua ini . Lumrah manusia untuk dikasihi dan disayangi . Penulis juga pernah ada kawan perempuan yang rapat . Namun ianya sudah berakhir . Bila bermula cerita yang baru , cerita lama pasangan penulis (kini tidak lagi) berulang kembali . Faham tidak maksud penulis ? Jika tidak teruskan membaca .
Apa yang ingin penulis katakan tadi ialah cinta lama pasangan penulis sebelum ini telah kembali . Dan semestinya wanita itu kembali semula pada pasangan dahulu . Pelik kan ? Kenapa harus sakit hati untuk bercinta ? Bukankah kita hidup di dunia ini untuk berjaya dulu . Prinsip hidup penulis yang baru ialah jodoh mungkin datang bila-bila masa sahaja , tapi jangan lupa mencari pula . Teruskan belajar untuk menjamin kehidupan yang lebih baik . Keputusan penulis untuk menyambung belajar ialah demi si dia , si dia yang akan menjadi pasanganku pada masa depan .
Tentu semua pembaca yang ada terkejut dengan kenyataan ini . Tapi itu semua hak masing-masing . Tidak perlu kita menegakkan benang yang basah . Tidak perlu kita membuat sesuatu yang luar biasa untuk kehidupan yang lebih baik . Susunkan hidup kamu dengan lebih baik , biarlah perlahan ia berlangsung kerana apa yang dijanjikan dalam kehidupan ini ialah kebahagiaan dalam ketenteraman bukannya kebahagiaan dalam perpisahan .
Kita tak perlu untuk sakit hati ketika perpisahan kerana setiap pertemuan itu ada perpisahan. Jadi tak peliklah jika dalam perpisahan itu akan terbitnya satu pertemuan yang lebih manis. Jadi janganlah pembaca di sana berputus asa untuk bercinta. Dan dalam cinta tidak baik menyimpan dendam. Contohnya jika ditakdirkan kita putus cinta namun perhubungan sebagai seorang manusia di muka bumi ini amatlah penting.
Jangan bermasam muka tak pasal-pasal. He-he.
Sekian terima kasih .
5 comments:
biarlah cinta Allah ditakluki sebelum cinta manusia dimiliki.
semoga Allah mengurniakn cinta terbaek utk kita ~
cinta ibarat hantu.. ramai yang bercerita tentangnya.. tapi tak semua penah bertemu..
#curik ayat sapa ntah ni :P
bercinta dengan buku dahulu ;) kemudian cinta kepada manusia akan menyusul :)
http://dhyeahana.blogspot.com/2012/05/saya-mahu-follower-tegar.html
wah jiwang lah ! tahniah blog baru.
cinta? huish panjang kalau ak bebel.
goodluck :)
Post a Comment